Bismillah..
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Universiti Islam Telegram Online yang dikenali dengan nama UiTO telah ditubuhkan pada awal tahun 2015 hasil cetusan idea Che Ab Rahim bin Mahmood @Cikgu Rahim yang juga merupakan pelopor AFN yahoo groups (Februari 2001). Cikgu Rahim telah terlibat dengan dakwah Ikhwan Muslim (IM) sejak tahun 1980-an lagi. Beliau juga merupakan ahli ABIM, PERKIM, IKRAM dan HALUAN.
Fokus kami adalah dakwah dan pendidikan tentang Islam melalui medium telegram. Pada masa kini, teknologi semakin maju dan manusia semakin sibuk dengan urusan harian lantas pengasas kami menjadikan telegram sebagai perantara untuk dakwah dan pendidikan islam. UiTO terus menerus sentiasa aktif memantau dan menguruskan bilik-bilik pengajian bersama Panelis yang telah dilantik.
Prinsip UiTO adalah dakwah dan pendidikan berteraskan kepada al-quran dan hadis yang sahih. Alhamdulillah dengan pelancaran laman web rasmi uito (uito.org) nota-nota di dalam bilik-bilik pengajian dapat dikumpulkan untuk disebarluaskan. UiTO juga menjalankan program lain antaranya waqaf kepada madrasah atau sekolah yang dikelolakan oleh Panelis kami, menerbitkan beberapa e-buku hasil daripada tulisan Panelis, menganjurkan konvensyen tahunan UiTO dan lain-lain.
UiTO kini maju selangkah lagi dengan tertubuhnya Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia (PPM-004-10-04062019) (UKHUWAH) pada 4 Jun 2019 di mana UiTO dimiliki dan ditadbir sepenuhnya oleh UKHUWAH demi untuk memantapkan serta menyebarluaskan lagi dakwahnya dengan bermatlamat penubuhannya seperti berikut:
- Membina hubungan baik sesama ahli, dengan menggunakan medium sosial (bilik-bilik kuliah Telegram).
- Berkongsi pengalaman/pengetahuan sesama ahli (perbincangan dua hala antara Panelis dan ahli bilik tentang hal-hal berkaitan dengan keagamaan dan masyarakat).
- Membuat perjumpaan tahunan/berkala bagi mengumpulkan ahli dan berkenal-kenalan (Konvensyen tahunan).
- Memelihara kebajikan ahli dengan menawarkan bantuan serta khidmat bimbingan yang diperlukan (khidmat-nasihat dan solusi kepada permasalahan yang dihadapi yang diberikan oleh Panelis yang layak dan berpengetahuan).
UiTO telah menyediakan kuliah-kuliah secara mingguan, berkala dan berterusan kepada pencari ilmu untuk memanfaatkannya dan juga sebagai satu alternatif kepada medan dakwah sedia ada. UiTO secara berterusan sentiasa aktif memantau dan menguruskan bilik-bilik pengajian bersama Panelis yang telah dilantik.
Sehingga hari ini UiTO mempunyai sebanyak 20 Bilik Pengajian di mana terdapat bilik pengajian yang telah mencapai lebih daripada 2000 orang ahli. Panelis UiTO pula terdiri daripada asatizah yang datang dari pelbagai bidang dan kecenderungan. Mereka telah secara sukarela melibatkan diri dalam memberikan kuliah-kuliah dan juga menjawab soalan-soalan daripada ahli bilik dengan bersemangat dan tanpa rasa jemu. Setakat ini UiTO mempunyai seramai 20 orang asatizah dari seluruh negara.
Bilik Kuliah aktif UiTO boleh dilayari di https://t.me/bilikkuliahonlineUiTO
Harapan kami agar pendakwah-pendakwah sunnah boleh menggunapakai teknologi sedia ada untuk terus menerus menyampaikan ilmu yang bertepatan dengan al-quran dan hadith sahih.
Sehubungan dengan itu UKHUWAH mengalu-alukan dan membuka pendaftaran keahlian kepada semua ahli-ahli Bilik Telegram UiTO (Panelis, Admin, Moderator, ahli bilik) untuk menjadi ahli UKHUWAH untuk kesinambungan dakwah sunnah secara online 24/7 demi untuk matlamat dan manfaat bersama.
Syarat-syarat keahlian
1. Warganegara: Malaysia
2. Umur minima: 18 tahun ke atas
3. Kawasan/Negeri Tempat Tinggal: Semua
4. Keturunan/Bangsa: Semua
5. Jantina: Lelaki dan Perempuan
6. Agama: Islam
Bayaran Masuk/Daftar: RM10.00
Yuran Keahlian: RM20.00 setahun
Yuran Seumur Hidup : RM200.00
Yuran Pendaftaran hendaklah didepositkan ke akaun UKHUWAH (Malayan Banking Berhad No. Akaun 562058070928)
Borang keahlian boleh didapati di link berikut:
http://bit.ly/AhliUkhuwah
Sebarang pertanyaan sila hubungi Setiausaha UKHUWAH
https://t.me/NorM99
http://www.wasap.my/60192831337/ahliukhuwah
email: [email protected]
Sertai bilik kuliah online UiTO:
https://t.me/joinchat/AAAAAE34ioUwoypTrs828g
وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى ٱلْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِٱلْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ ٱلْمُنكَرِ ۚ وَأُو۟لَٰئِكَ هُمُ ٱلْمُفْلِحُونَ
Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.[ Ali ‘Imran: 104 ]
Jazaakumullahu khayran atas perhatian dan kerjasama.
Wassalam.
web rasmi: uito.org