Utama Bilik (07) Tadabbur Al-Quran INDAHNYA QIYAMULLAYL

INDAHNYA QIYAMULLAYL

199
0
Iklan

UiTO Channel: Tazkirah Harian
INDAHNYA QIYAMULLAYL

#NotaBroSyarief

Teringat pesan Syaikh Dr Aiman ibn Muhammad al-Hamdan, dalam salah satu perkongsian beliau di masjid UIA, Ramadhan baru-baru ini.

Beliau mengupas ayat berikut mengenai ciri Ibadur Rahman,

وَالَّذِينَ يَبِيتُونَ لِرَبِّهِمْ سُجَّدًا وَقِيَامًا

Dan mereka yang menghidupkan malam, untuk Tuhan mereka, dalam keadaan sujud dan berdiri

[Al-Furqan(25):64]

Pesannya,

اذا قمت لصلاة الليل تجد ان الهموم تتفرج عنك والكرب تبتعد عنك

Sekirakan engkau bangun untuk solat malam, engkau akan dapati segala kerunsingan menghilang darimu, dan segala kesulitan menjauh darimu..

Dia menyebutkan lagi,

ولذلك اغتنام هذه الساعات من آخر الليل من انفع ما يعين المسلم على امر دينه ودنياه

Oleh kerana itu, merebut peluang beberapa waktu di hujung malam ini merupakan sesuatu yang paling bermanfaat dari apa yang dapat membantu seseorang muslim pada urusan agama dan (urusan) dunianya.

فاحرص ان يكون لك ولو بضع دقائق حسب ما يتيسر لك، كلما زدت فهو افضل

Bersungguhlah agar diusahakan untuk dirimu walaupun beberapa minit, mengikut kadar yang mudah bagimu, (dan) setiap kali engkau tambah (masa dan rakaat solatmu), maka ianya lebih utama.

اهم شيء لا يفوتك هذا وقت عظيم، قبيل الفجر، تستيقظ وتتوضاء وتصلي ما كتب الله لك وتدعو الله وتسأله، تجد أثرا عجيبا في حياتك في جميع شؤونك واحوالك ولهذا من اخص اوصاف المسلمين وعباد الرحمان

Apa yang penting, janganlah waktu yang hebat ini terlepas darimu begitu sahaja.

Tibanya masa hampir waktu subuh, engkau bangun, berwudhu, dan solat sebanyak apa yang telah Allah tuliskan untukmu, dan kemudian engkau berdoa kepada Allah & meminta kepadaNya..

Engkau akan temui kesan yang menakjubkan dalam hidupmu, dalam kesemua urusan dan hal ehwalmu

Ini kerana melaksanakan solat malam merupakan antara sifat-sifat yang paling khusus bagi muslim dan hamba-hamba bagi ar-Rahman.

*Video rakaman sesi beliau boleh dilihat di https://youtu.be/Aweb5c6ehzk
___
@BroSyariefShares << KLIK & SERTAI (Di Aplikasi Telegram)

Komen dan Soalan