UiTO Channel: Tazkirah Harian
Tak perlu berdebat,sampaikan sahaja sunnah kerana hati yang telah ditetapkan Allah untuk mendapat hidayah akan menerimanya
Sabda Rasulullah SAW
‘ أنا زعيم ببيت في ربض الجنة لمن ترك المراء وإن كان محقا’
Aku menjamin sebuah rumah di dalam (pinggiran) syurga bagi mereka yang meninggalkan perdebatan sekalipun dia dipihak yang benar. [Riwayat Abu Daud]
Imam Malik rahimahullah pernah ditanya tentang seseorang yang memiliki ilmu sunnah, apakah dia boleh berdebat untuk membela sunnah? Malik menjawab,”Tidak , tetapi cukup dia memberitahukan orang tentang sunnah.”
Berkata Imam Al-Auza’ie rahimahullah,
إذا أراد الله بقوم شراً ألزمهم الجدل ، ومنعهم العمل
Apabila Allah mengehendaki keburukan kepada sesuatu kaum maka akan dijadikan mereka berdebat dan disekat bagi mereka untuk beramal.
(FB Ustaz Emran)