TKK 113: Gunung-ganang Lesap
(زوال الجبال من أماكنها)
Dalam Al-Qur’an, gunung-ganang adalah pasak bumi.
Dalilnya:
(31). وَجَعَلْنَا فِي الْأَرْضِ رَوَاسِيَ أَنْ تَمِيدَ بِهِمْ وَجَعَلْنَا فِيهَا فِجَاجًا سُبُلًا لَعَلَّهُمْ يَهْتَدُونَ
Dan telah Kami jadikan di bumi ini gunung-gunung yang kukuh supaya bumi itu (tidak) goncang bersama mereka, dan telah Kami jadikan (pula) di bumi itu jalan-jalan yang luas, agar mereka mendapat petunjuk.
AQ 21:31
Tapi Nabi saw dengan mukjizat kenabiannya mengkhabarkan bahawa gunung-ganang di akhir zaman akan musnah.
Dalil hadith:
وعن سمرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال:«لا تقوم الساعة حتى تزول الجبال عن أماكنها وترون الأمور العظام التي لم تكونوا ترونها> رواة الطبراني وصححه الألباني في السلسلة الصحيحة رقم (3061)
Terj: Dari Samurah ra, bahawa Nabi saw bersabda:
Tidak akan berlaku Kiamat hingga gunung-ganang hilang dari tempatnya dan selepas itu kamu akan menyaksikan banyak peristiwa dahsyat yang terjadi yang belum pernah kau saksikan sebelum ini.”
HR Tabrani, disahihkan oleh al-Albani, silsilah al-sahihah, no 3061.
Kata Dr al-Areefi, KSA, ada banyak kemungkinan gunung-ganang hilang sebab pembangunan, industri, perlombongan, lebuhraya, terowong, yang mengakibatkan pelbagai kesan terhadap alam sekitar dan kemusnahan alam. Kemungkinan kedua, ia musnah sebab alami, seperti gempa.