Utama UiTO Bicara THTL Usul Fiqh: Kaedah hendak memahami perbuatan Rasulullah saw (Kaedah 1 dan...

Usul Fiqh: Kaedah hendak memahami perbuatan Rasulullah saw (Kaedah 1 dan 2)

388
0
Iklan

HUKUM FIQH DENGAN

USUL FIQH

 

Adakah perbezaan antara hukum fiqh dengan usul fiqh?

i) Hukum fiqh:

Ilmu amali dari dalil-dalil syarak

ii)Usul fiqh:

Ilmu alat atau metod untuk mengeluarkan hukum fiqh.

 

Maka, ilmu fiqh adalah produk, usul fiqh adalah metod untuk mengeluarkan hukum fiqh. Bagi ahli fiqh, orang yang pakar dalam hukum, kena belajar usul fiqh dulu.

 

 

Usul Fiqh: Cara hendak memahami

perbuatan Rasulullah saw

(أفعال الرسول صلى الله عليه وسلم)

dari kitab Usul fiqh ahli Hadith oleh

Zakariya al-Bakistani, Dar Ibn jauzi, KSA

 

* Usul ini membedah implikasi fiqh atau syariat di sebalik tindakan dan amalan Nabi saw, ada yang mengatakan semua perbuatan Nabi adalah syariat dan ada yang mengatakan ada yang bersifat syariat dan bukan syariat. Dalam usul ini kita akan memaparkan 14 kaedah sub-usul atau kaedah sunnah di sebalik perbuatan Nabi tersebut.

 

 

Kaedah pertama

Perbuatan khusus tidak thabit kecuali dengan dalil

(القاعدة الأولى : الخصوصية لا تثبت إلا بدليل)

 

 

Kaedah kedua

i) Bahagian 1

Tidak disyariatkan melakukan sesuatu amalan Nabi yang beliau tidak berterusan dilakukan beliau dalam Ibadat (القاعدة الثانية : لا يشرع المداومة على ما لم يداوم عليه النبي صلى الله عليه وسلم من العبادات )

الأصل في العبادات المنع ، فما لم يداوم عليه النبي صلى الله عليه وسلم من العبادات لا يشرع المداومة عليه ، كعدم مداومته على فعل النوافل جماعة

Hukum asal dalam ibadat ialah tegahan. Maka sesuatu amalan/ibadat yang tidak berterusan diamalkan oleh baginda, tidak disyariatkan kepada umatnya untuk melakukan secara berterusan.

 

ii) Bahagian 2

Misalnya Nabi tidak berterusan melakukan solat sunat berjamaah melainkan sekali sekala sahaja.

Dalilnya:

عن أنس بن مالك أن جدته مليكة دعت رسول الله صلى الله عليه وسلم لطعام صنعته له فأكل منه ثم قال قوموا فلأصل لكم قال أنس فقمت إلى حصير لنا قد اسود من طول ما لبس فنضحته بماء فقام رسول الله صلى الله عليه وسلم وصففت أنا واليتيم وراءه والعجوز من ورائنا فصلى لنا رسول الله صلى الله عليه وسلم ركعتين ثم انصرف

“Dari Anas bin Malik ia berkata bahawasanya neneknya (yang bernama) Mulaikah mengundang Nabi saw untuk memakan makanan yang telah dibuatnya untuk Nabi saw. Maka Nabi pun memakannya kemudian beliau berkata, ‘Marilah solat aku akan mengimami kalian.’ Anas berkata, ‘Maka aku pun mengambil sebuah tikar milik kami yang sudah menghitam kerana telah lama dipakai lalu aku pun memercikkan air padanya.’ Rasulullah saw berdiri (untuk solat) dan aku bersama seorang anak yatim berdiri satu saf di belakang beliau dan orang yang tua (iaitu nenek beliau) di belakang kami. Lalu Rasulullah saw solat dua rakaat kemudian beliau berpaling (selesai dari solat).” (أخرجه البخاري ( 380 ) ومسلم ( 658 ) )

 

 

Rumusan Syaikhul Islam

(Mukhtasar al-Fatawa al-Misriyah, ms 81):

1. Boleh melakukan solat sunat secara berjamaah, asalkan tidak dijadikan upacara rutin (misalnya solat Hajat perdana, pen)

2. Boleh melakukan secara berjamaah, jika seseorang merasai susah atau tidak khusyuk, cuma tidak boleh dilakukan secara berterusan. (qiamullail berjamaah, pen)

Hukum umum, solat sunat lebih utama di rumah dan lebih utama secara individu atau solo.

 

Apabila kita faham usul kedua ini, maka kita faham amalan masyarakat mengadakan majlis solat hajat perdana peperiksaan SPM adalah perbuatan bid’ah kerana ia dilakukan secara berterusan dan saban tahun.

 

Komen dan Soalan