Utama Tazkirah Admin Hikmah Rasulullah Dalam Dakwah Dan Tarbiyah

Hikmah Rasulullah Dalam Dakwah Dan Tarbiyah

174
0
Iklan

UiTO Channel: Tazkirah Harian

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله وَبَرَكَاتُه

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد الله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله

اللهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ اٰلِه فِي كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَمَا وَسِعَهُ عِلْمُ الله💚💚💚
صباح الخير

اللهُمَّ أَرِنَا الحَقَّ حَقّاً وَارْزُقْنَا التِبَاعَةَ وَأَرِنَا البَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَاجْتِنَابَهُ،
بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.

Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0492.

Dari Mu’awiyah bin Hakam As Sulami, katanya: “Ketika aku sedang solat bersama-sama Rasulullah S.A.W., tiba-tiba ada orang bersin. Lalu ku ucapkan ‘Yarhamukallah'(Semoga Allah memberi Anda rahmat). Kerana itu seluruh jemaah menujukan pandangannya kepada ku. Aku berujar, “Aduh, ibu! Mengapa anda semua menengok kepada ku?” Mereka bahkan menepuk paha mereka. Setelah itu barulah aku tahu bahawa mereka menyuruh ku diam. Tetapi aku telah diam. Tatkala Nabi S.A.W telah selesai solat, Demi Allah! Aku belum pernah bertemu dengan seorang guru yang sepandai beliau mengajar, Demi Allah! Beliau tidak mengasari ku, tidak memukul dan tidak memaki ku. Beliau bersabda, “Sesungguhnya tidak patut bercakap-cakap dalam solat; kerana solat itu ialah tasbih, takbir dan membaca Qur’an.”

Komen dan Soalan