Utama Bilik (04) Rahiqum Makhtum Pasar Bani Qainuqa’

Pasar Bani Qainuqa’

5481
0
Iklan

Pasar Bani Qainuqa’

Pasar Bani Qainuqa’ adalah antara pasar yang wujud di Madinah yang paling maju dan masyhur di Madinah. Kawasan dan tapak perniagaan di pasar ini diurus selia oleh Yahudi.

Kenapa pasar Bani Qainuqa’ masyhur? Mengikut pengkaji tamadun arab, pasar ini juga dikenali sebagai pasar tukang emas/goldsmith market, kerana emas-emas dilebur dan dijadikan barang perhiasan. Seperti mana satu hadis yang diriwayatkan dalam Musnad Ahmad mafhumnya:

“Sayidina Ali r.a telah mendapat seekor unta betina, dihadiahkan seekor unta betina yang sudah tua oleh Rasulallah SAW daripada khumus Badar (pembahagian ghanimah).

Suatu hari beliau telah meletakkan/mendudukkan unta tersebut di hadapan rumah seorang Ansar untuk dimuatkan Izhkir sambil ditemani oleh seorang tukang emas dari pasar Bani Qainuqa’. Kata pensyarah, Sayidina Ali r.a bercadang daripada Izhkir yang dikutip akan dijual kepada tukang emas untuk mendapat sedikit wang untuk persiapan walimah beliau dengan Fatimah r.a. Beberapa ketika semasa Sayidina Ali r.a sibuk dengan urusannya, Hamzah bin Abi Talib r.a telah keluar dalam keadaan mabuk (sebelum pengharaman arak) lalu memotong perut unta tersebut.”

Cerita ini menggambarkan bahawa para sahabat Nabi berurus niaga di pasar Bani Qainuqa’. Begitu juga tentang Sayidina Usman yang berniaga di pasar tersebut.

Berkenaan kisah yang dicatatkan oleh Ahli Sirah yang disebutkan sebagai serangan ke atas Yahudi di pasar Bani Qainuqa’. Serangan ke atas Yahudi di Bani Qainuqa’ adalah respons terhadap perlakuan yang dilakukan oleh sekumpulan Yahudi ke atas penduduk Islam. Namun jika kita baca kitab-kitab sirah sangat banyak cerita yang disebutkan dan dari pelbagai versi cerita.

Punca terjadinya peristiwa ini

Saya tidak mahu mentarjih riwayat-riwayat tersebut cuma cukup sekadar saya katakan bahawa ringkasnya maruah seorang wanita Islam telah diperendahkan/dipersendakan. Maka Rasulallah ﷺ setelah mendapat maklumat lengkap telah menghantar sekumpulan sahabat untuk bertindak mengepung perkampungan Bani Qainuqa’ dan semua lelaki telah ditawan.

Setelah disemak, baik penulis Rahimahullah tidak memilih kisah wanita tersebut menjadi punca kepada serangan, sepertimana saya sebutkan bahawa punca serangan ini memang menjadi khilaf antara ahli tarikh.

Penulis rahimahullah telah memilih kisah di mana beberapa orang Yahudi telah mengalunkan qasidah dan syair peperangan Buath yang telah mengimbau dan mengguris hati di kalangan Aus dan Khazraj yang masih segar dalam ingatan mereka yang baru berlalu kurang dari 5 tahun peristiwa tersebut. Maka Aus dan Khazraj telah terpengaruh dengan provokasi tersebut.

Semenjak dari peristiwa ini Rasulallah ﷺ telah mengarahkan ehwal orang Islam di pasar tersebut di pantau sehingga berlaku peristiwa yang disebutkan di atas yang menjadi alasan TERAKHIR dan alasan yang KUAT untuk serangan dan pengusiran ke atas Yahudi Bani Qainuqa’.

Maka jika kita mendapat dakwaan dari orientalis serangan ke atas Bani Qainuqa’ adalah serangan yang tidak munasabah dan tindakan keganasan kerana disebabkan satu peristiwa ianya adalah juga mungkin disebabkan kesalahan pendakwah kita yang menceritakan sebahagian sahaja.

Apa yang berlaku di pasar Bani Qainuqa’

Tindakan untuk mengusir semua lelaki dewasa Bani Qainuqa’ dari kediaman mereka yang bersempadan dengan kawasan umat Islam adalah wajar. Manakala tindakan Rasulallah ﷺ membunuh lelaki daripada Bani Qainuqa’ yang terlibat dalam plot menjatuhkan maruah umat Islam juga adalah wajar, kerana ianya juga termaktub di dalam hukum agama Yahudi di antara 613 perkara di dalam kitab Taurat.

Namun dengan perantaraan Abdullah bin Ubai, lelaki-lelaki tersebut dibebaskan dengan syarat segala harta dan tanah dan perniagaan mereka di pasar tersebut diserahkan kepada umat Islam dan semua mereka diusir dari kediaman mereka.

Hadis-hadis berkaitan Pasar Bani Qainuqa’

“Telah menceritakan kepada kami ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abdullah, telah menceritakan kepada kami Ibrahim bin Sa’ad, dari bapaknya, dari kakeknya berkata; ‘Abdurrahman bin ‘Auf, radliallahu ‘anhu berkata, ketika kami sampai di Madinah; Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mempersaudarakan antara aku dengan Saad bin ar-Rabi’, lalu Saad bin ar-Rabi’ berkata; “”Aku adalah orang Anshar yang paling banyak hartanya, maka aku beri separuh hartaku untukmu, kemudian lihatlah di antara kedua isteriku siapa yang engkau suka nanti akan aku ceraikan untukmu, jika ia telah halal maka nikahilah””.

Perawi berkata; “”Maka ‘Abdurrahman berkata kepadanya; “”Aku tidak memerlukan itu. Begini saja, apakah ada pasar yang sedang berlangsung transaksi jual beli saat ini?”” Sa’ad menjawab: “”Pasar Qainuqa'””.

Perawi berkata; “”Lalu Abdur Rahman pergi ke sana, ia membawa keju dan minyak samin. Perawi berkata lagi; “”Dia melakukan hal itu pada hari-hari berikutnya. ‘Abdurrahman tetap berdagang di sana hingga akhirnya ia datang dengan mengenakan pakaian yang bagus dan penuh aroma wewangian. Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bertanya: “”Apakah engkau sudah menikah?”” Dia menjawab; “”Ya, sudah””. Lalu beliau bertanya lagi: “”Dengan siapa?”” Dia menjawab; “”Dengan seorang wanita Anshar””. Beliau bertanya lagi: “”Dengan mahar apa engkau melakukan akad nikah?”” Dia menjawab; “”Dengan perhiasan sebiji emas, atau sebiji emas””. Lalu Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam berkata, kepadanya: “”Adakanlah walimah (resepsi) walau hanya dengan seekor kambing””.”

 “Telah menceritakan kepada kami ‘Ali bin ‘Abdullah, telah menceritakan kepada kami Sufyan, dari ‘Ubaidullah bin Abu Yazid, dari Nafi’ bin Jubair bin Muth’im, dari Abu Hurairah Ad-Dawsiy radliallahu ‘anhu berkata: Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam keluar pada waktu siang hari dan Beliau tidak berbicara kepada ku dan aku pun juga tidak berbicara kepada Beliau hingga sampai di pasar Bani Qainuqa’. (Setelah keluar dari pasar) maka Beliau duduk di halaman rumah Fatimah lalu berkata: “”Mana anak kecil itu? Mana anak kecil itu? (maksudnya Hasan bin ‘Ali)””. Rupanya Fatimah yang menahan anak kecil itu kerana suatu keperluan, seingat ku Fatimah memasangkan ikat leher yang sering dipakainya atau memandikannya, lalu Beliau datang dengan tergesa hingga Beliau bentangkan tangannya untuk memeluk dan menciumnya, lalu Beliau berdoa: Ya Allah, cintailah dia dan cintailah orang yang mencintainya””.

 

Komen dan Soalan