Utama Bilik (11) Syarah Hadith 40 HADITH ARBA’IN – 23

HADITH ARBA’IN – 23

127
0
Iklan

 

[KEUTAMAAN BERSUCI,SHALAT,

BERDZIKIR DAN

MEMBACA AL-QURAN]

 

 

عَنْ أَبِيْ مَالِكْ الْحَارِثِي ابْنِ عَاصِمْ اْلأَشْعَرِي رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : الطُّهُوْرُ شَطْرُ اْلإِيْمَانِ، وَالْحَمْدُ للهِ تَمْلأُ الْمِيْزَانِ، وَسُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ للهِ تَمْلأُ – أَوْ تَمْلآنِ – مَا بَيْنَ السَّمَاءِ وَاْلأَرْضِ، وَالصَّلاَةُ نُوْرٌ، وَالصَّدَقَةُ بُرْهَانٌ، وَالْقُرْآنُ حُجَّةٌ لَكَ أَوْ عَلَيْكَ . كُلُّ النَّاسِ يَغْدُو فَباَئِعٌ نَفْسَهُ فَمُعْتِقُهَا أَوْ مُوْبِقُهَا

[رواه مسلم]

Terjemahan Hadith

Dari Abu Malik Al Haritsy bin ‘Ashim Al ‘Asy’ary radhiallahuanhu dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Bersuci adalah sebahagian dari iman, Alhamdulillah dapat memenuhi timbangan, Subhanallah dan Alhamdulillah dapat memenuhi antara langit dan bumi. Solat adalah cahaya, sedekah adalah bukti, Al-Quran dapat menjadi saksi yang meringankanmu atau yang memberatkanmu. Semua manusia berangkat menjual dirinya, ada yang membebaskan dirinya (dari kehinaan dan azab) ada juga yang menghancurkan dirinya.

(Riwayat Muslim)

 

 

Catatan :

 

1. Iman merupakan ucapan dan perbuatan, bertambah dengan amal shalih dan ketaatan dan berkurang dengan maksiat dan dosa.

 

2. Amal perbuatan akan ditimbang pada hari kiamat dan dia memiliki beratnya.

 

3. Bersuci merupakan syarat sahnya ibadah, kerana itu harus diperhatikan.

 

4. Menjaga shalat akan mendatangkan petunjuk dan memperbaiki kondisi seorang Muslim terhadap manusia, membezakannya dengan akhlaknya dan perilakunya, kewarakannya dan ketakwaannya.

 

5. Seruan untuk berinfaq pada jalan-jalan kebaikan dan bersegera melakukannya di mana hal tersebut merupakan pertanda benarnya keimanan.

 

6. Anjuran untuk bersabar tatkala mengalami musibah, khususnya apa yang dialami seorang Muslim kerana perbuatan amar ma’ruf nahi munkar.

 

7. Semangat membaca Al-Quran dengan pemahaman dan mentadabburi (merenungkan) maknanya, mengamalkan kandungan-kandungannya kerana hal tersebut dapat memberi syafaat bagi seorang hamba pada hari kiamat.

 

8. Seorang Muslim harus menggunakan waktunya dan umurnya dalam ketaatan kepada Allah Ta’ala serta tidak mengabaikannya kerana kesibukan lainnya.

Komen dan Soalan