Utama Bilik (123) Tafsir, Tadabbur dan Tazakkur Nota 10 Kelas Tafsir – Surah Adh-Dhuha (Ayat 4)

Nota 10 Kelas Tafsir – Surah Adh-Dhuha (Ayat 4)

1968
0
Iklan

Bismillah

Alhamdulilllah, selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad saw.

Syukur kita atas nikmat Islam dan Iman kita. Sehingga hari ini, Allah pelihara diri kita dari perkara kekufuran.

Seterusnya syukur di atas kesihatan serta masa yang ada. Sehingga kita berpeluang untuk meneruskan sesi pengajian Surah Adh Dhuha.

Hari ni, Sayyidul Ayyam.. Semoga kita mempertingkatkan amalan menyusun masa dengan lebih baik untuk bertemu di hari Akhirat nanti.

Sesuai dengan perbincangan kita pada hari ini, kalimah “Akhirah” pada ayat ke – 4 Surah Adh Dhuha.

وَلَلآخِرَةُ خَيرٌ لَكَ مِنَ الأولىٰ

Hari ni kita akan bincang dua kalimah:

Akhirah: ?
Al-Ula: (perhatikan – bukan kalimah dunia)

“Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.”

Ada ل tambahan dalam وَلَلآخِرَةُ , itu menunjukkan ada penekanan (taukid)

Ada 2 maksud kalimah “Akhirah” di sini:

PERTAMA:
“Dan sesungguhnya AKHIRAT adalah lebih baik bagimu daripada DUNIA (AL-ULA)

Ia bermaksud:
Wahai Muhammad! Janganlah risau dengan dunia ini kerana Akhirat pasti lebih baik.
Wahai Muhammad! Jangan bersedih dengan hal-hal yang menguji kamu di dunia ini, kerana Akhirat akan ada balasan yang baik menanti kamu.

Dalam maksud yang pertama ini, Allah swt TARBIYAH kita tentang banyak perkara berkaitan Akhirat:

A) Kehidupan orang Islam yang sebenar adalah di Akhirat nanti

B) Dunia ini tiada apa besar ujiannya, berbanding balasan yang Allah akan berikan kepada hamba Nya yang terus sabar untuk menjadi orang yang BERTAQWA.

Apa agaknya sifat orang bertaqwa terhadap dunia ini??
Sila rujuk ( Surah : Ayat ) ~ 16 : 30

“Dan ditanya pula kepada orang-orang yang bertaqwa: “Apakah yang telah diturunkan oleh tuhan yang telah diturunkan oleh Tuhan kamu?” Mereka menjawab: “Kebaikan” Orang-orang yang berbuat kebaikan di dunia ini beroleh balasan yang baik, dan sesungguhnya balasan negeri akhirat itu lebih baik lagi; dan memanglah negeri akhirat ialah sebaik-baik negeri bagi orang-orang yang bertaqwa.”

Sifat orang-orang yg bertaqwa: Semuanya baik.

Tetapi, cuba kita perhatikan ayat ini, adakah kita betul-betul Sabar bila menjadi hamba Allah atau hanya pada lisan kita sahaja yang sebut tetapi tidak sama seperti dalam fikiran dan perasaan kita?

Jawapan begini, kena tepuk dada sendiri, tanya iman.

Cuma setidaknya kita ada indikator antara ciri orang-orang yang bertaqwa – Sabarnya tahap ‘super rangers!’ Dunia ini pada mereka semuanya baik.

Maksud lain, kalau kita belum cukup sabar kena semak lagi taqwa.

KEDUA: (Maksud lain bagi ayat ini)
“Dan sesungguhnya Akhir (KEMUDIAN) adalah lebih baik bagimu daripada AWAL (AL-ULA).”

Ia bermaksud:
– Wahai Muhammad! Janganlah risau kemudian nanti keadaan Islam akan lebih baik.
– Wahai Muhammad! Yang akhir nanti lebih penting berbanding sekarang.

Satu pengajaran dari Allah, buatlah sesuatu kebaikan dengan baik hingga ke hujungnya kerana
akhir itu lebih baik dari permulaan.

Seperti juga hidup kita jagalah iman dan taqwa ini, jangan sombong sesama manusia. Kita tidak tahu bagaimana nanti pengakhiran hidup masing-masing.

Kesimpulan ayat ini:

1. Sifat orang bertaqwa, sentiasa menganggap baik apa yang menimpanya. Mereka yakin bahawa keadilan Allah akan memberikan balasan yang setimpal dengan sabar.

2. Kehidupan dunia yg manusia sedih / takut, adalah SANGAT sementara. Adalah tidak berbaloi untuk berputus asa menghadapi hari yang kekal selamanya (Akhirat).

3. Sifat yang baik bagi orang beriman adalah konsisten melakukan amal kebaikan hingga akhir hayat.

Allahu’aklam

Komen dan Soalan