Utama Bilik (123) Tafsir, Tadabbur dan Tazakkur Nota Kelas 6 – Surah Adh-Dhuha (Ayat 2)

Nota Kelas 6 – Surah Adh-Dhuha (Ayat 2)

438
0
Iklan

Nota Kelas 6 – Surah Adh-Dhuha (Ayat 2)

Bismillah.. Alhamdulilllah.. selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad saw.

Syukur kita atas nikmat Islam dan Iman kita. Sehingga hari ini, Allah pelihara diri kita dari perkara kekufuran.
Seterusnya..syukur di atas kesihatan, serta masa yang ada. Sehingga kita berpeluang untuk meneruskan sesi pengajian Surah Adh Dhuha.

Surah Dhuha hingga An Nas, berjumlah 22 surah.. Kita panggil ayat-ayat lazim. Maksudnya, lazim baca.
Peringatan untuk diri saya dan semua. Selepas belajar dan imani, usahakan untuk diamalkan.

Manhaj, ilmu, pengajian, bidang bukan untuk kita megahkan, tetapi kena ada tindakan.
Rujuk – At-Takatsur: 1-2
“Kamu telah dilalaikan untuk bermegah / berlumba, sehingga kamu masuk kubur”

Allah akan kurniakan sifat-sifat yang baik jika kita bersabar.
Rujuk ( surah : ayat ) ~ 41 : 35
Fuşşilat:35 – Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang bersikap sabar, dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar dari kebahagiaan dunia dan akhirat.

Rujuk ( surah : ayat ) ~ 66 : 6
“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka”
Walaupun hendak jaga keluarga, diri sendiri yang didahulukan, umpama dalam pesawat..
“Jika corong pernafasan ini turun, maka anda perlu pakai untuk diri sendiri dahulu sebelum membantu orang di bawah jagaan anda”

Ayat Kedua: Demi Malam Yang Sunyi Sepi
Dalam Al Quran, Allah suruh kita perhatikan “malam” supaya jadi orang yang berfikir.
Rujuk ( surah : ayat ) ~ 3 : 190
“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal”
Ini dalil dan saranan untuk kita berfikir tentang malam, sesuai dengan perkara kedua sumpahan Allah dalam surah ini.

Beberapa kejadian / sifat malam dalam Al Quran:
1. Kejadian Israk dan Mikraj
Rujuk ( surah : ayat ) ~ 17 : 1
“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari…..”

2. Kejadian Kiamat
Rujuk ( surah : ayat ) ~ 92 : 1
“Demi malam apabila ia menyelubungi segala-galanya”

3. Surah Adh-Dhuha (ayat 2)
PADA SURAH INI: Malam yg sunyi sepi
سَجىٰ – tenang, tidak bergerak, berhenti. Pada waktu malam yang bening, waktu itu daun pokok pun tidak bergerak.
Orang yang membaca Quran ini, siang malam Allah seru untuk jadi orang berakal, sebab itu kena selalu baca Quran dan faham.

Kenapa “sunyi sepi”..?
Pertama: (masa kejadian surah ni turun) waktu di mana Nabi tidak mendapat wahyu.

Mengapa bila baca quran kita perhatikan Allah akan mendahului perkataan ‘langit dan bumi’ & ‘malam dan siang’, surah (17:1),(92:1),(93:2).

Jawapannya – langit: suatu saranan untuk berfikir luas. Di dalam surah Al Mulk, 3x Allah suruh kita melihat / merenung langit untuk berfikir.

Malam- tenang dan bersedia – siang hari adalah masa untuk terus bertindak.
Kedua: “sunyi sepi” menunjukkan sifat malam yang sepatutnya berlaku kepada manusia; IAITU waktu untuk berehat.
Rujuk ( surah : ayat ) ~ 10 : 67 atau Rujuk ( surah : ayat ) ~ 40 : 61
“Dia lah yang menjadikan malam bagi kamu supaya kamu berehat padanya, dan menjadikan siang terang-benderang (supaya kamu berusaha)

Sebelum apa-apapun, kena terima dahulu fitrah, “malam adalah untuk berehat”

Tazakkur kita:

Allah telah susun alam ini dan isinya menurut fitrah yg benar.. Antaranya, sifat malam sunyi sepi / tempat berehat.
Tetapi perhatikan di sekeliling kita hari ini:

1. uptown / downtown tumbuh macam cendawan, berkumpul orangramai , kebanyakannya Muslim di malam hari untuk bekerja / jalan-jalan.

2. baru-baru ni terpengaruh budaya “kena tunggu tengah malam” utk menyambut tahun baru dengan dentuman bunga api dan lain-lain, tidak kurang juga bergendang sana-sini yang bermula lepas isya hingga ke waktu yang lebih lanjut.

3. budaya remaja / pelajar yang rasa buat assignment itu “seronok” di tengah malam.

Kita sama-sama tidaklah mengkritik semua sifat malam pada hari ini. Umar ra juga pernah keluar malam senyap-senyap untu melihat keadaan orang Islam pada zaman beliau.

Begitu juga soal pekerjaan sebagai jururawat, doktor, kerja teknikal yang kena bekerja di malam hari.
Sesiapa yang kena bekerja teruskanlah tetapi bagi orang lain yang tiada kaitan, kembali lah kepada fitrah.
Cuma fitrah malam “sunyi sepi” perlu kita kembalikan menurut kehendak Allah.

Berbeza dengan Nabi Musa, pilih waktu Dhuha untuk memulakan tugas baginda.

Bagaimana hendak di bantah pendapat orang yang berkata quran ini tidak dapat dipraktikkan sebab keadaan dunia sekarang ramai orang yang berurusan pada maktu malam?

Sila Rujuk ( surah : ayat ) ~ 79 : 10-12
يَقُولُونَ أَإِنَّا لَمَرْدُودُونَ فِي الْحَافِرَةِ
(Orang-orang kafir) berkata: Apakah sesungguhnya kami benar-benar dikembalikan kepada kehidupan semula?
Surah An-Nazi’at (79:10)

أَإِذَا كُنَّا عِظَامًا نَخِرَةً
Apakah (akan dibangkitkan juga) apabila kami telah menjadi tulang belulang yang hancur lumat?
Surah An-Nazi’at (79:11)

قَالُوا تِلْكَ إِذًا كَرَّةٌ خَاسِرَةٌ
Mereka berkata: Kalau demikian, itu adalah suatu pengembalian yang merugikan.
Surah An-Nazi’at (79:12)

Orang yang tidak mahu ikut firman Allah akan ada 3 ciri ciri berikut:
Ayat 10: Mula-mula soalkan… (eh, betul ke Quran kata begini?)
Ayat 11: Berhujah (zaman sekarang lain..)
Ayat 12: Tidak boleh berhujah, mereka lawan balik dengan mengejek-ngejeknya.

Apa apa pun, fitrah manusia dalam AlQuran, seiring hikmahnya SEPANJANG zaman. Jika AlQuran kata wanita sifatnya “menyorokkan” diri /mahal harga maka begitulah yang terbaik sepanjang zaman.

Kerana hal fitrah ini lah jikakita fikir antara geng tido awal (lepas isya, lepas baca al mulk) VS geng larut malam, geng yang mana lebih mudah untuk menjaga “solat malam”??

Ya, sungguh “dunia” hari ni suka kita lari dari susunan Al Quran. Itu baru satu isu, bagi yang berfikir, begitulah pincangnya hidup orang Islam, serba-serbi kita dijauhkan dengan corak pemikiran AlQuran.

Kesimpulan kuliah kita pada hari ini:

1. Alhamdulillah, kita selesai ayat kedua dalam surah ini.
2. Fitrah waktu malam adalah untuk berehat, seterusnya menjadikan Muslim yang produktif kepada Allah dan makhluknya.
3. Allah yang jadikan dunia, maka Dia yang paling tahu aturannya. Manualnya telah ada dalam AlQuran.
Al Quran: Wahai orang beriman, masuklah ke dalam Islam secara Kaaffah (menyeluruh).

Wallahu’alam.

Komen dan Soalan