Utama Bilik (46) Usul Fiqh Sepintas Isu Jama Qasar Ketika Sakit Dan Solat Jumaat

Sepintas Isu Jama Qasar Ketika Sakit Dan Solat Jumaat

1792
0
Iklan

Panel: Ustaz Abid Annuriyy

🔴Soalan : Saya bermukim di Telok Anson. Rumah sewa di Kuala Kangsar (119-135km), bolehkah jamak qasar di rumah sewa?

🔵Jawapan: Menurut Ibn Hajar al-Haytami al-Shafi’i, harus ia menjamak qasarkan solat di rumah sewanya itu. Yakni sekiranya menyinggah hanya 1-3 hari.

🔴Apakah hukum solat jamak jumaat dengan asar ketika musafir.

🔵Yang saya pilih adalah harus. Ketika musafir , seseorang muslim tidak wajib solat Jumaat. Menurut kebanyakan ulama, tidak harus jamak jumaat dgn asar kerana Nabi tidak pernah melakukannya. (Di sisi sesetengah Shafi’iyyah, harus jamak jumaat dengan asar).
Jalan keluar : Untuk Jamak, hendaklah solat jumaat bersama imam dgn niat zuhur qasar. Kemudian jamak dengan asar. Ini tidak mengapa.
Hukumnya harus.

🔴Salam Ustaz Abid. Bolehkah saya jama’ Solat Kerana Sakit?

🔵Hukumnya harus. Ramai ulama yang mengatakan keharusan menjamak solat (tanpa qasar) ketika sakit, antaranya Ulama Malikiyyah, Hanabilah, segolongan Shafi’iyyah seperti al-Qadi Husayn al-Shafi’i, al-Mutawalli, al-Imam al-Nawawi dan lain-lain dari kalangan ulama besar al-Shafi’iyyah. Bahkan ini digalakkkan. Nabi SAW bersabda

إن الله يحب أن تؤتى رخصه كما يحب أن تؤتى عزائمه. [رواه البيهقي وابن حبان].

“Sesungguhnya Allah cinta didatangi (diambil dan dilakukan) rukhsah-rukhsah yang DIA berikan sebagaimana DIA cinta dilaksanakan ‘azimah-azimahNYA (hukum-hukum asal).” HR al-Bayhaqi dan Ibn Hibban.

قال النووي رحمه الله تعالى بعد أن ذكر أن مشهور مذهب الشافعي عدم جواز الجمع بسبب المرض: وقال المتولي: قال القاضي حسين: يجوز الجمع بعذر الخوف والمرض كجمع المسافر ويجوز تقديما وتأخيرا والأولى أن يفعل أرفقهما به واستدل له المتولي وقواه……. وهذا الوجه قوي جدا، ويستدل له بحديث ابن عباس قال: جمع رسول الله صلى الله عليه وسلم بالمدينة من غير خوف ولا مطر. رواه مسلم، ووجه الدلالة من أن هذا الجمع إما أن يكون بالمرض وإما بغيره مما في معناه أو دونه ولأن حاجة المريض والخائف آكد من الممطور. انتهى.

al-Nawawi menukilkan dari Mutawalli dari al-Qadi Husayn ibn Muhammad ibn Ahmad al-Khurasani dipanggil Abu ‘Ali al-Marruzi (w462H), “Harus menjamak solat kerana sebab takut dan sakit seperti jamak ketika musafir. Harus jamak taqdim dan ta’khir, yang lbh utama yang paling mudah.” al-Mutawalli memilih keharusannya dan memandangnya sebagai kuat.

Beliau mengambil dalil dari hadith Ibn ‘Abbas.

Ibn ‘Abbas berkata, RAsulullah SAW menjamak antara zuhur dan asar, maghrib dan isya’ di Madinah tanpa sebarang ketakutan (perang) dan bukan juga kerana hujan. Saya (Sa’id ibn Jubayr) bertanya Ibn ‘Abbas, “Mengapa baginda berbuat demikian?”  Ibn ‘Abbas berkata, “Baginda tidak mahu memberatkan umatnya.” SAHIH.

Hukum yang ditunjukkan dalam hadith ini ialah jama’ ini pasti kerana sakit atau lain-lain yang semakna atau yang rendah dari itu kerana hajat pesakit dan orang yang takut lebih besar dari orang yang ditimpa hujan.

Ya, segolongan ulama shafi’iyyah pula tidak membenarkan jamak kerana sakit. Yang kuat ialah harus jamak kerana sakit krn sakit termasuk haraj dan mashaqqah.

Komen dan Soalan