Utama Bilik (22) Hadith Al-Sakandary QnA Bersama Dr Fathi: Apakah Asal-Usul Istilah ‘Hasan’ Dan Khilaf Antara Abi...

QnA Bersama Dr Fathi: Apakah Asal-Usul Istilah ‘Hasan’ Dan Khilaf Antara Abi Hatim Dan Imam Bukhari

304
0
Iklan

Panel: Dr Fathi

S: Assalammualaikum Ustaz siapakah yang pertama sekali meletakkan istilah Hasan?

J: Para huffaz Salaf al-Mutaqaddimin tidak pernah menjadikan “Hasan” sebagai satu istilah khusus dalam pembahagian hadith. Walaupun perkataan “Hasan” untuk hadith ini telah wujud dalam ungkapan al-Syafi’i (204H), `Ali ibn al-Madini (234H), Ahmad bin Hanbal (241H), al-Bukhari (256H) , Ya`qub bin Shaibah (262H), Abu Zur`ah al-Razi (264H), Abu Hatim al-Razi (277H), al-Tirmizi (279H ) dan lain-lain, namun mereka menggunakan perkataan “Hasan” lebih kepada maksud bahasa dan bukannya istilah.

Ini amat jelas apabila kita dapat melihat para huffaz Salaf al-Mutaqaddimin biasa menggunakan perkataan “Hasan” ini untuk hadith Sahih, atau Dha’if, atau Munkar, atau Gharib, ataupun Maudhu’ dan sebagainya. Tiada seorangpun para huffaz hadith Salaf al-Mutaqaddimin pernah memberi definisi khusus akan maksud “Hasan” yang mereka gunakan, kecuali al-Tirmizi seorang sahaja yang memberi definisi khusus untuk perkataan “Hasan” yang beliau gunakan dalam kitabnya “al-Jami‘ al-Mukhtasar min al-Sunan Rasulillah Wa Ma‘rifatu al-Sahih wa al-Ma‘lul wama ‘Alayhi ‘Amal” yang lebih masyhur dikenali sebagai Jami’ atau Sunan al-Tirmizi. Dan perkataan “Hasan” disisi beliau secara khusus dalam Jami’nya bermaksud “Dha’if”. Kita akan jelaskan secara terperinci maksud “Hasan” disisi huffaz Salaf al-Mutaqaddimin ini apabila tiba bab hadith “Hasan” dalam kelas kita nanti insyaAllah.

Kemudian datang zaman al-Khattabi (388H), dalam kitabnya Ma’alim al-Sunan beliau mula membahagikan hadith kepada 3 jenis iaitu: 1- Sahih, 2- Hasan, dan 3- Dha’if. Katanya:

“اعلموا أن الحديث عند أهله على ثلاثة أقسام حديث صحيح وحديث حسن وحديث سقيم –

ketahuilah, bahawa sesungguhnya hadith disisi ahlinya terbahagi kepada 3 bahagian, iaitu hadith Sahih, hadith Hasan dan juga Saqim (iaitu Dha’if)”. Namun pembahagian seperti yang disebut al-Khattabi ini tidak pernah dibuat oleh para huffaz hadith Salaf al-Mutaqaddimin sebelum beliau. Bahkan kata al-Hafiz al-Iraqi dalam al-Taqyid wa al-Idhah:

” ولم أر من سبق الخطابى إلى تقسيمه ذلك –

dan tidak pernah sama sekali sesiapapun sebelum al-Khattabi membahagikan sedemikain rupa”.

Kemudian datang pula Ibn al-Solah (643H), beliau mula cuba untuk mendefinisikan dan memformulakan istilah “Hasan” dalam kitabnya Ulum al-Hadith atau lebih dikenali sebagai Muqaddimah Ibn al-Solah, dan definisi serta formula itu lah yang terkenal sehingga hari ini dalam kitab-kitab mustolah moden yang ringkas-ringkas, ini akan kita jelaskan secara teperinci dalam kelas kita apabila tiba masanya nanti insyaAllah.

S: Assalamualaikum Dr, ingin bertanya tentang kenyataan ini.
“Dalam al Jaami’ Ash Shagier juz I halaman 91

إن صاحب الشمال ليرفع القلم ست ساعات عن العبد المسلمالمخطئ ، فإن ندم واستغفر الله منها ألقاها ، وإلا كتبت واحدة

Sesungguhnya Malaikat yang berada di sebelah kiri mengangkat pena selama enam jam ketikaseorang hamba muslim melakukan dosa. Jika ia menyesali perbuatannya dan meminta ampunan Allah, maka dilepaslah pena itu, namun jika tidak demikian, maka akan dicatat satu dosa.

hadits tersebut sebagaimana dikatakan oleh Imam al Munaawi dalam syarah Jami’ushshaghier, Faidhul Qadir 2/579 mengutip Majma’ Az Zawa`id:

رواه الطبراني بأسانيد أحدها رجاله وثقوا

HR. Thabrani dengan sanad yang salah satunya semua rawinya ditsiqahkan

J: Hadith Munkar

 

S: Dr fathi apa pandangan nuqqad salaf mutaqadimin terhadap kitab silsilah al-ahadis al-dhaifah lil albani

J: Al-Albani lahir lepas semua huffaz mutaqaddimin wafat. 😉😀

 

S: Salam,
Dalam kitab al Maraasil,Abu Hatim ar Razi berkata

لم يصح للحسن سماع من جندب
“Tidak sahih al Hasan (al Basri) mendengar dari Jundab ( bin Abdullah r.a),namun dalam sahih al Bukhari ada riwayat al Hasan dari Jundub secara musnad..
Mohon pencerahan..

J: Rujuk S&J no.46

S46: Al-Hasan adakah ianya mendengar daripada Jundub r.a. ? Ibn Abi Hatim meriwayatkan daripada ayahnya bahawa al-Hasan tidak mendengar daripada Jundub dan Abu Hurairah r. tetapi dalam Sahih al-Bukhari ada riwayat Jundub r.a. daripada al-Hasan dengan lafaz haddathana. Benarkah ini kesilapan pada sebahagian nuskhah Sahih al-Bukhari?

J46: Ini adalah soalan yang baik. Perlu diketahui bahawa terdapat perselisihan sesama nuqaad berkenaan sama ada mendengarnya al-Hasan yakni al-Basri dari Jundub bin ‘Abdillah atau tidak.

Al-Imam Abu Hatim antara yang menyatakan al-Hasan tidak mendengar dari Jundub, ini sebagaimana kata anaknya Ibn Abi Hatim dalam al-Marasil (138):

“سمعت أبي -رحمه الله- يقول: لم يصح للحسن سماع من جندب رحمه الله”

Terjemahan: “daku mendengar ayahku (al-Imam Abu Hatim) berkata: tidak benar mendengarnya al-Hasan dari Jundub”

Manakala al-Imam ‘Ali Ibn al-Madini menyatakan al-Hasan mendengar dari Jundub, ini sebagaimana katanya dalam ‘ilal al-hadith wa ma’rifat al-rijal wa al-tarikh (64):

سمع من جندب بن عبد الله

Terjemahan: “mendengar (al-Hasan) dari Jundub bin ‘Abdillah”.

Turut sama sependapat dengan ‘Ali ibn al-Madini ialah al-Imam al-Bukhari serta al-Imam Muslim yakni al-Hajjaj. Berkata al-Bukhari dalam al-Tarikh al-Kabir (2/221) ketika membicarakan Jundub:

سمع منه الحسن

Terjemahan: “mendengar darinya al-Hasan”

Dalam ulum hadith, terdapat satu kaedah umum berbunyi

المثبت مقدم على النافي /

al-muthbit muqaddam ‘ala al-nafi”, iaitu penetepan ithbat didahulukan daripada penafian, dalam kes ini penetapan mendengarnya al-Hasan dari Jundub didahulukan daripada penafian. Perlu diketahui bahawa kaedah ini adalah kaedah umum dan tidak boleh digunakan semudah-mudahnya, sebaliknya ia mestilah disokong dengan qarain (petunjuk kuat), dan dalam kes kita ini terdapat qarain yang kuat iaitu riwayat al-Hasan dari Jundub dengan tasrih sama’ serta mengeluarkan riwayat itu oleh al-Bukhari.

Dapat kita lihat al-Bukhari mengeluarkan hadith al-Hasan dari Jundub dengan tasrih sama’, misalnya hadith dalam “bab dalam menyebutkan bani israil”, berkata al-Bukhari:

حَدَّثَنِي مُحَمَّدٌ، قَالَ حَدَّثَنِي حَجَّاجٌ، حَدَّثَنَا جَرِيرٌ، عَنِ الْحَسَنِ، حَدَّثَنَا جُنْدُبُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ، فِي هَذَا الْمَسْجِدِ، وَمَا نَسِينَا مُنْذُ حَدَّثَنَا، وَمَا نَخْشَى أَنْ يَكُونَ جُنْدُبٌ كَذَبَ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ” كَانَ فِيمَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ رَجُلٌ بِهِ جُرْحٌ، فَجَزِعَ فَأَخَذَ سِكِّينًا فَحَزَّ بِهَا يَدَهُ، فَمَا رَقَأَ الدَّمُ حَتَّى مَاتَ، قَالَ اللَّهُ تَعَالَى بَادَرَنِي عَبْدِي بِنَفْسِهِ، حَرَّمْتُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ “.

Terjemahan: “Telah bercerita kepadaku Muhammad katanya, telah bercerita kepadaku Hajjaj katanya telah bercerita kepada kami Jarir dari al-Hasan katanya telah bercerita kepada kami Jundub bin ‘Abdillah di masjid ini dan tidaklah kami lupa sejak dia bercerita kepada kami dan tidak juga kami takut risau akan Jundub berdusta atas nama Rasulullah SAW, dia (al-Hasan) berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Ada seseorang antara umat sebelum kalian menderita luka cedera tapi dia tidak sabar (dengan derita sakitnya itu) lalu dia mengambill sebilah pisau kemudian memotong tangannya yang mengakibatkan darah mengalir tidak berhenti (hemorrhage) hingga akhirnya dia meninggal dunia (mati sebab hemorrhage). Lalu Allah Ta’ala berfirman: “Hamba-Ku mendahului Aku dengan membunuh dirinya maka Aku haramkan baginya syurga”.

Hadith ini juga dikeluarkan Muslim dalam Jami’nya al-Sahih (113) dengan jalur yang sama dari Jarir, iaitu Jarir dari al-Hasan katanya telah bercerita kepada kami Jundub. Ini menunjukkan bahawa Muslim juga berpendapat al-Hasan mendengar dari Jundub.

Wujudnya riwayat al-Hasan dari Jundub dengan tasrih sama’ ini merupakan qarain serta bukti kuat bahawa mendengarnya al-Hasan daripada Jundub. Serta mengeluarkan al-Bukhari serta Muslim menunjukkan mereka berhujah dengan riwayat ini dan menguatkan lagi mendengarnya al-Hasan dari Jundub.

Saya telah berbincang dan bertanya akan masalah ini kepada ramai guru-guru.

Komen dan Soalan