Utama Bilik (49) Tanda-tanda Kiamat Penjajah (Kuffar) Bersekutu Menganyang Umat Islam: Siri Tanda Kiamat

Penjajah (Kuffar) Bersekutu Menganyang Umat Islam: Siri Tanda Kiamat

227
0
Iklan

Panel: THTL al-Jazani توان حسن

TKK 69/131: Penjajah (kuffar) Bersekutu Menganyang Umat Islam

( تداعي الأمم علي الأمة الإسلامية)

Dalil hadith:

عن ثوبان رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال:«يوشك الأمم أن تداعى عليكم كما تداعى الأكلة إلى قصعتها»فقال قائل :من قلة نجن يومئذ؟قال:«بل أنتم يومئذ كثير ولكنكم غثاء كغثاء السيل ولينزعن الله من صدور عدوكم المهابة منكم وليقذفن في قلوبكم الوهن» قيل وما الوهن يا رسول الله ؟ قال: « حب الدنيا وكراهية الموت >
حديث صحيح رواه أبو داود وأحمد وصححه الألباني في الصحيحة برقم(958)

Dari Tsauban ra bahawa Nabi saw bersabda,” akan tiba masanya, hampir semua (kuasa besar imprealis) bersekutu untuk menguasai kalian laksana sekumpulan manusia lapar mendatangani talam makanan. Lalu ditanya,” apakah kami ketika itu berjumlah sedikit? Nabi menjawab, tidak, bahkan jumlah kalian banyak, akan tetapi kalian seperti buih ombak di lautan. Dan sungguh-sungguh Allah akan mencabut rasa gentar di hati musuh-musuh kalian, kemudian Allah benar-benar akan melemparkan wahn ke dalam hati-hati kalian,” Maka seseorang berkata : “Wahai Rasulullah, apakah wahn itu?” Rasulullah menjawab : “Cinta dunia dan benci pada kematian. (HR Ahmad dan Abu Daud, no 4276, disahihkan al-Albani, al-sahihah, no 958, Mustafa Adawi, al-sahih al-musnad, no 381)

Syarah:
Selama 7 abad umat Islam gah dipersada dunia sebagai superpower, namun pada abad ke 7, umat Islam telah goyah dan diserang oleh bangsa Tartar, kemudian berlanjutan hingga perang dunia, di mana kuasa besar seperti Italia, Britain, Perancis dan Germany menyerbu empayar Islam dan menjajah sebahagian besar tanah umat Islam dan membahagi-bahagikan laksana mereka berebut makanan dalam talam. Tanda ini telah zahir di hadapan kita, di mana buat masa ini kita amat lemah walaupun berjumlah 1.4 bilion umat. Kita laksana buih banjir, OIC tidak dapat melindungi umat Islam bila dijajah oleh USA dan Israel. Kita memiliki kuantiti, sedangkan negara Israel dengan penduduk cuma 12 juta memiliki kualiti. Kita juga menghadapi masalah dalaman umat yang parah hingga menyebabkan rasa gerun umat yang lain telah hilang, mereka tidak lagi rasa takut kepada umat Islam. WA

Komen dan Soalan