Utama Fiqh Ramadhan 16. Hujah Keluar Mani Dengan Sengaja Batalkan Puasa

16. Hujah Keluar Mani Dengan Sengaja Batalkan Puasa

235
0
Iklan

Susunan Ustaz Adli Khalim
Ringkasan Fiqh Ramadhan:

16. Perkara yang membatalkan puasa: Keluar mani dengan sengaja, tetapi hanya perlu qadha’.

يقول اللهُ عزَّ وجلَّ : الصومُ لي وأنا أَجزي به ، يدَعُ شهوتَه وأكلَه وشُربَه من أجلي ، والصومُ جُنَّةٌ ، وللصائم فرحتانِ : فرحةٌ حين يفطِرُ ، وفرحةٌ حين يَلْقَى ربَّه ، ولخُلوفُ فَمِ الصائمِ أطيبُ عند اللهِ من رِيحِ المسكِ
الراوي : أبو هريرة | المحدث : البخاري | المصدر : صحيح البخاري
الصفحة أو الرقم: 7492 | خلاصة حكم المحدث : [صحيح]

Allah `Azza wa Jalla berfirman: “Puasa adalah bagi-Ku. Aku yang memberinya ganjaran. Dia meninggalkan syahwatnya, makannya, dan minumnya kerana Aku. Dan puasa itu perisai. Bagi orang yang berpuasa 2 kebahagiaan; Kebahagiaan ketika berbuka puasa, dan kebahagiaan ketika bertemu Rabbnya. Bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi daripada bau kasturi di sisi Allah.” – Shahih Al-Bukhari, no. 7492.

= = = = = = = = = =

Penjelasan:

1. Mengeluarkan mani dengan sengaja, iaitu kerana wujudnya syahwat adalah bertentangan dengan ruh puasa yang disyari`atkan oleh Allah ﷻ, sebagaimana yang disebutkan dalam hadits Abu Hurairah di atas.

2. Para `ulama’ menyebutkan bahawa sesiapa yang mengeluarkan mani dengan sengaja (tanpa mengambil kira kaedah yang digunakan, sama ada onani, menonton video atau gambar lucah, bercumbuan dengan isterinya, dan sebagainya), maka terbatallah puasanya.

= = = = = = = = = =

Hashtag: #fiqhpuasa

Komen dan Soalan