Ringkasan Fiqh Ramadhan:
39. Qiyam Ramadhan: Tiada 2 witir dalam satu malam.
لا وِترانِ في ليلةٍ
الراوي : طلق بن علي الحنفي | المحدث : الترمذي | المصدر : سنن الترمذي
الصفحة أو الرقم: 470 | خلاصة حكم المحدث : حسن غريب
“Tiada 2 witir dalam satu malam.” – Al-Jami` Al-Mukhtashar At-Tirmidzi, no. 470. Kata At-Tirmidzi: Hasan gharib.
= = = = = = = = = =
Penjelasan:
1. Sesiapa yang solat witir bersama imam di awal malam, lalu dia tidur, kemudian dia bangun dan mengerjakan solat tahajjud di akhir malam, dia tidak perlu mengulangi solat witir kerana tiada 2 witir dalam satu malam. Inilah pendapat Ats-Tsauri, Malik, Ibn Al-Mubarak, dan Ahmad.
2. Pendapat yang mengatakan harus membatalkan witir terlebih dahulu (yakni mengerjakan solat 1 raka`at untuk membatalkan witir yang telah dikerjakan bersama imam di awal malam) adalah kurang tepat kerana ini bererti dia telah mengerjakan 2 witir untuk malam tersebut. Apatah lagi sekiranya dia mengerjakan witir sekali lagi selepas solat tahajjud, bererti dia telah mengerjakan 3 witir untuk malam tersebut.
= = = = = = = = = =
Hashtag: #fiqhpuasa