Utama Bilik (07) Tadabbur Al-Quran (سورة الطارق (٥

(سورة الطارق (٥

128
1
Iklan

[86:5]  فَلۡيَنظُرِ ٱلۡإِنسَٰنُ مِمَّ خُلِقَ

 

(Setelah mengetahui yang demikian), maka hendaklah manusia memikirkan: dari apa ia diciptakan [86:5]

Apakah manusia sedar bahawa ia sedang bernaung di bawah langit yang tersergam hebat? Ia diurus dan dikawal dalam sistem yang cukup rapi? [27:88]

Allah – Jalla wa ‘Ala – tidak ciptakan langit dan bumi serta apa yang ada di antara keduanya sia-sia [38:27]

Langit dan bumi serta apa yang ada di antara keduanya itu diciptakan untuk faedah siapa? Ya, Allah ciptakannya untuk faedah manusia. [45:13]

Justeru manusia ini dipilih Allah sebagai khalifah di muka bumi. [2:30]

Selaku pemikul amanah sebagai khalifah Allah bekalkan manusia dengan pelbagai kemudahan bagi melaksanakan fungsinya. Ini semua adalah ujian. [6:165]

Tiada suatu yang menusia lakukan melainkan kesemuanya akan diawasi dan diperhatikan. [10:14]

Apakah manusia sedar bahawa ia sedang diawasi dan diingkari? Siapa yang ingkar, maka keingkaran itu balik kepada dirinya sendiri dan sudah ia merugikan dirinya sendiri. [35:39]

Sesungguhnya manusia adalah makhluk kerdil yang menumpang di alam yang luas ciptaan Allah ini. [40:57]

Apalah hebatnya manusia. Langit yang luas itu boleh Allah kawal, apakah Allah tidak mampu mengawasi dan memperhatikan manusia yang kerdil ini? Dari apa manusia ini diciptakan? Patutkah manusia ini gopoh dan gelojoh benar mengejar dunia? [17:11]

Patutkah manusia menjadi makhluk yang keras kepala lagi ingkar? [17:67]

Patutkah manusia menjadi terlalu berkira untuk menyumbang pada jalan Allah? [17:100]

Patutkah manusia membantah apa sahaja perintah Allah? [18:54]

1 KOMEN

Komen dan Soalan