Utama Bilik (101) Fiqh Wanita 1 Fiqh Wanita Nota ke 72 (Umum)

Fiqh Wanita Nota ke 72 (Umum)

243
0
Iklan

 

#NourelChinta

S&J Fiqh Wanita

 

Soalan 1

Peperangan di syria dan negara islam yang lain masih berpanjangan sehingga hari ini dan tiada perdamaian..sebab ada yang cerita salah satu agenda dajal?

Jawapan 1 Thtl

peperangan di syria dan di iraq dan afghan adalah agenda Dajjal
mmg betul, sebab sebelum kedatangan dajjal yg ori, ada 30 dajjal kecil, dalil:
ولا تقومُ الساعةُ حتى يُبْعَثَ دجالونَ كذابونَ ، قريبًا من ثلاثينَ
الراوي : أبو هريرة | المحدث : البخاري | المصدر : صحيح البخاري
الصفحة أو الرقم: 3609
Dan tidak akan terjadi Kiamat sehingga dibangkitkan dajal pendusta hampir sebanyak tiga puluh orang, semuanya mengaku utusan Allah.” (HR Bukhari no 3609 dan Muslim)
Dajjal maksudnya pemimpin yang licik menipu manusia.

 

 

Soalan 2

Maksud syeikh dajjal kecil tiga puluh orang adalah dari pelusuk dunia? Menyesatkan manusia?

Jawapan 2 Thtl

siapa dajjal 30
mereka ini menurut ibn Hajar asqolani, fathul bari, dajjal 30 adalah agamawan yg ciri utamanya memiliki pengikut yg ramai dan memperkenalkan pelbagai ajaran yg baru. dajjal kafir tu mmg dah diketahui kesesatannya. dajjal=org yg pandai menyembunyikan kesesatan.

 

 

Soalan 3

Boleh jelaskan sedikit tentang rukun qauli , mengikut pembacaan saya ianya khilaf ulama ,betulkah syeikh?

Jawapan 3 Thtl

rukun qauli
dalam mausu’ah alfiqhiyah al-Kuwaitiyah:
واشترط الحنفية والشافعية والحنابلة لاعتبار القراءة أن يسمع القارئ نفسه، فلا تكفي حركة اللسان من غير إسماع؛ لأن مجرد حركة اللسان لا يسمى قراءة بلا صوت؛ لأن الكلام اسم لمسموع مفهوم، وهذا اختيار الهندواني والفضلي من الحنفية ورجحه المشايخ. واختار الكرخي عدم اعتبار السماع؛ لأن القراءة فعل اللسان وذلك بإقامة الحروف دون الصماخ؛ لأن السماع فعل السامع لا القارئ، وهو اختيار الشيخ تقي الدين من الحنابلة أيضا. ولم يشترط المالكية أن يسمع نفسه وتكفي عندهم حركة اللسان، أما إجراؤها على القلب دون تحريك اللسان فلا يكفي، لكن نصوا على أن إسماع نفسه أولى مراعاة لمذهب الجمهور.

“Ulama mazhab Hanafi, Syafie dan Hambali mensyaratkan sesuatu itu dinamakan bacaan ialah dengan orang yang membaca menjadikan ia mendengar bacaan yang dibacanya, tidak memadai sekadar menggerakkan lisan tanpa mendengar. sekadar menggerakkan lisan tidak dinamakan membaca kerana tanpa suara. Ini kerana al-Kalam ialah kata nama untuk yang didengari lagi difahami. Inilah yang dipilih oleh al-Hinduwaniy (الهندواني) al-Fadhliy (الفضلي) dari mazhab Hanafi dan ditarjihkan oleh al-Masyayikh (المشايخ). Manakala al-Karkhi (الكرخي) tidak mengambil kira mendengar, ini kerana bacaan adalah perbuatan lisan, ia terlaksana dengan menyempurnakan sebutan huruf tanpa perlu didengari, ini kerana mendengar adalah kerja yang mendengar bukan kerja yang membaca. Pandangan ini juga dipilih oleh al-Syeikh Taqiyuddin dari mazhab Hambali. Mazhab Maliki pula tidak mensyaratkan didengari bacaan itu oleh yang membaca, di sisi mereka memadai dengan pergerakan lidah. Adapun melintaskan bacaan pada jantung hati tanpa pergerakan lidah adalah tidak memadai, namun mereka menyatakan perbuatan menjadikan diri sendiri mendengar bacaan yang dibaca adalah lebih utama sebagai meraikan pandangan mazhab jumhur (kebanyakan ulama)”

 

 

Soalan 4
a) sahih ke hadith dibawah?

b) Apa maksud dengan hasan lighoirih)?

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إذا جاءكم من ترضون دينه وخلقه فزوجوه إلا تفعلوه تكن فتنة في الأرض وفساد كبير

“Jika datang kepada kalian seorang lelaki yang kalian ridhai agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah ia. Jika tidak, maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan kerusakan yang besar.” (HR. Tirmidzi. Al Albani berkata dalam Adh Dho’ifah bahwa hadits ini hasan lighoirihi)

Jawapan 4 Thtl

hadith
(إذا جاءكم من ترضَونَ دينَهُ وخلُقَهُ فأنكِحوهُ)
a. sahih menurut albani, hasan lighairihi, dhaif di sisi mutaqaddimin (ضعفه البخاري، وابن معين بترجيحهم الرواية المرسلة من ضعيف), antaranya al-Bukhari dan Ibn Ma’in
b. hasan lighairihi,hadith sahih tapi gred kedua selepas sahih. maksud lighairihi, ia menjadi hasan kerana banyak jalan riwayat.

 

 

Soalan 5

Saya bermusafir dan ingin solat jamak takhir maghrib isyak di surau, kemudian datangnya seorang penduduk tempatan ingin solat isyak.
Boleh ke saya jadi imam baginya ketika saya solat maghrib? (Makmum solat isyak mengetahui saya sedang solat maghrib)

Jawapan 5 Thtl

org tempatan solat Isya’ di belakang si musafir
Hukumnya boleh. bila anda memberi salam solat maghrib, org tempatan bangun tambah satu lagi rakaat.

 

 

Soalan 6

MENGUCAP AAMIIN

Jika Imam membaca: “ghairil maghdhubi alaihim waladh dhaalin”, ucapkan: “aamiin”. Barangsiapa yg ucapannya bertepatan dgn ucapan Malaikat, akan diampuni dosanya yg lalu. [HR.Bukhari]
takhrij:
Shahih Bukhari no. 782

Apa maksud bertepatan dengan ucapan malaikat?
Adakah kita,”mengamin” sama dengan waktu malaikat “meng” amiin “kan juga?

Jawapan 6 Thtl

ucap amin bersama malaikat
maksudnya membaca amin bersama Imam, ketika ini malaikat juga bersama membacanya. ini motivasi supaya makmum ikut imam

 

 

Soalan 7

Syeikh,macamana sunah nya ziarah kubur?

Jawapan 7 Thtl

fiqh ziarah kubur
1. tujuan (utk ingat mati dan hidup zuhud di dunia)
2. tidak melakukan safar perjalanan utk ziarah kubur tertentu. memadai dengan kubur berdekatan anda
3. ucap salam ketika masuk kuburan
(اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ أَهْلَ الدِّيَارِ مِنَ الْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُسْلِمِيْنَ وَإِنَّا إِنْ شَاءَ اللهُ لَلاَحِقُوْنَ نَسْأَلُ اللهَ لَنَا وَلَكُمُ الْعَافِيَةَ)
“Salam keselamatan atas penghuni rumah-rumah (kuburan) dan kaum mu’minin dan muslimin, mudah-mudahan Allah merahmati orang-orang yang terdahulu dari kita dan orang-orang yang belakangan, dan kami Insya Allah akan menyusul kalian, kami memohon kepada Allah keselamatan bagi kami dan bagi kalian” HR Bukhari-Muslim
4. kaki ayam.
Jika kawasan bersih dan tidak berduri, sunnah berkaki ayam
5. tidak duduk, melainkan memadai berdiri sahaja
6. berdoa kpd mayyit
7. boleh menangis tapi tidak boleh meratap
larangan:
1. meminta tawassul dr mayat
2. mengkhususkan hari tertentu
3. menyiram air mawar dan tabur bunga
(ref: albani: ahkam al-janaiz)

 

 

Soalan 8

Adakah kita diperintah untuk taat pada pendapat,tafsir,takwil,hukum dan fatwa ulama atau taat pada Allah dan Rasulnya dengan hanya sekadar berpegang pada kitab quran dan hadis sahaja?

Jawapan 8 Thtl

fiqh taat
dalil:
”Hai orang-orang yang beriman, ta`atilah Allah dan ta`atilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. ” 4:59
1. taat Allah
2. taat Rasul yakni sunnah
3. ulil amri (para ulamak, mufti dan para penguasa yg adil)

 

 

Soalan 9

Betul ke perempuan sunnah berambut panjang?

Jawapan 9 Thtl

perempuan rambut pendek atau panjang
harus, pendek atau panjang kerana wanita memakai tudung
tidak ada nas yg larang atau suruh

 

 

Soalan 10

Bagi student yang mengupah orang lain menyiapkan tesisnya. jelas nyata hukum nya tapi sebab dah berbelas tahun perkara ini berlaku dan hasil dari study itu, pelajar ini sudah pun ada jawatan tinggi.
apa perlu orang ini buat syeikh?

Jawapan 10 Thtl

plagiat/upah tesis
jika ia sudah lama dan sekarang baru insaf, maka langkah yg terbaik ialah taubat sahaja dan banyakkan sedekah utk membersihkan hartanya.

كُلُّ ابْنِ آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ

“Seluruh anak Adam berdosa, dan sebaik-baik orang yang berdosa adalah yang bertaubat” (HR Ibnu Maajah no 4241, dihasankan oleh Syaikh Al-Albani)

 

 

Soalan 11

Bagi yang duduk di 4 musim. musim sejuknya mmg sangat sejuk. kalau ambil wudhuk pakai air panas pun rasa tak larat. apatah lagi nak mandi wajib. macam mana nak buat tu syeikh?

Jawapan 11 Thtl

wudhuk di musim sejuk
rumah ada heater, maksudnya kita di malaysia ada aircond, tapi di negara tsb ada heater. maksudnya tidaklah sejuk dalam rumah, kemudian toilet pun ada water heater.
maka takder alasan.

 

 

Soalan 12

Selalu ke kuburan mesti nmpak ramai orang bawa air mawar dimana ustaz telah terangkan itu adalah larangan.bagaimana dengan yang bawa air itu meniatkan untuk sejukkan tanah or sejukkan mayat.
adakah boleh dianggap itu ‘kurafat’
bagaimana hendak jelaskan kepada orang yang lebih tua dari kita yang dari dulu menjadikan tabiat ini sebgai satu adat bilamana menziarah kubur.

Jawapan 12 Thtl

kata Ibn uthaimin, nur ala darbi, amalan siram air diamalkan di hijaz utk menguatkan pasir dan tanah kerana ribut pasir. di tempat lain, siraman yg perlu dilakukan ialah doa bukan air kerana mayat tidak memerlukan air. air tidak sampai kpd mayat dan tiada manfaat apa pun.

 

 

Soalan 13

Boleh ke kita puasa sunat/ganti tanpa sahur contoh tidak smpat bangun tapi ada niat. mohon pncerahan.

Jawapan 13 Thtl

sahur utk puasa sunat/qadha
sahur bukan syarat puasa. dalil: hadith aisyah ra:

دخل علي النبي صلى الله عليه وسلم ذات يوم فقال: «هل عندكم شيء؟» فقلنا: لا، قال: «فإني إذن صائم»

“Suatu hari, Nabi saw menemui kami, dan bertanya, ‘Apakah kalian punya makanan?‘ Kami menjawab, ‘Tidak.’ Kemudian beliau bersabda: “Kalau begitu, saya akan puasa.”. (HR. Muslim 1154, Nasai 2324, Turmudzi 733).
fiqh:
walaupun tidak sahur, Nabi saw berpuasa.
2. jika lupa niat pada malam atau ketika sahur, maka boleh niat ketika paginya.

 

 

Soalan 14

Makan sahur ketika azan sedang berkumandang,sah kah?

Jawapan 14 Thtl

makan sahur ketika azan
Fatwa saudi arabia, hukumnya boleh makan ketika azan. apa yg ada dalam mulut dan gelas yg sudah ada di depan mata.

dalilnya:
dari Abu Hurairah, Rasulullah saw bersabda,

إِذَا سَمِعَ أَحَدُكُمُ النِّدَاءَ وَالإِنَاءُ عَلَى يَدِهِ فَلاَ يَضَعْهُ حَتَّى يَقْضِىَ حَاجَتَهُ مِنْهُ

“Jika salah seorang di antara kalian mendengar azan sedangkan sendok terakhir masih ada di tangannya, maka janganlah dia meletakkan sendok tersebut hingga dia menunaikan hajatnya hingga selesai. (HR. Abu Daud no. 2350. Syaikh Al Albani: sahih.)

Komen dan Soalan