Utama Bilik (49) Tanda-tanda Kiamat LARANGAN BERMEGAH DALAM MEMBANGUNKAN MASJID

LARANGAN BERMEGAH DALAM MEMBANGUNKAN MASJID

385
0
Iklan

TANDA KIAMAT KECIL 52/131 LARANGAN BERMEGAH DALAM MEMBANGUNKAN MASJID

Dalil hadith:

لا تقومُ الساعةُ حتى يتباهى الناسُ في المساجدِ.
الراوي : أنس بن مالك | المحدث : الألباني| المصدر : صحيح أبي داود
الصفحة أو الرقم: 449 | خلاصة حكم المحدث : صحيح

Tidak akan tiba Hari Kiamat sampai manusia bermegah-megahan dalam membangun Masjid.

Syarah:
Asal fungsi masjid di bina ialah untuk menyembah Allah, di mana manusia masuk ke dalamnya semata-mata utk meraih pahala dan kebaikan.

Namun di akhir zaman, berlaku fenomena berlumba membuat mesjid, menghiasinya dan berbangga-bangga dengannya, mesjid terbesar didunia, mesjid terapung di atas air, mesjid kristal, mesjid besi,

BAHAGIAN KEDUA:
Para sahabat ada memberi amaran akan fenomena menghias mesjid dan berbangga dengannya, antaranya ialah Ibn Abbas ra:

قال ابنُ عبَّاسٍ لَتُزَخْرِفُنَّها كما زخرَفَتْها اليهودُ والنَّصارى
الراوي : عبدالله بن عباس | المحدث : ابن حبان| المصدر : صحيح ابن حبان
الصفحة أو الرقم: 1615

” Sungguh kalian akan menghiasinya sebagaimana dilakukan oleh kaum Yahudi dan Nasrani (menghias tempat ibadah mereka).”
HR Ahmad dan ibn Hibban, dia mensahihkannya.

Dari Umar al-Khattab ra:

أَكِنَّ النَّاسَ مِنَ الْمَطَرِ، وَإِيَّاكَ أَنْ تُحَمِّرَ أَوْ تُصَفِّرَ فَتَفْتِنَ النَّاسَ.

“Tutupilah orang-orang dari air hujan, dan janganlah kalian menghiasinya dengan warna merah atau warna kuning, sehingga orang-orang terganggu dengannya.” HR Bukhari

Umar ketika mengawasi projek pembesaran masjid Nabawi buat pertama kali, memerintahkan hanya diutamakan pemasangan bumbung mesjid dan dia melarang keras dari menghiasnya kerana dia tak mahu orang yang berada di dalamnya terganggu.

Syarah:
Ia sudah berlaku di zaman kita, mesjid dijadikan tarikan pelancong namun ketika solat 5 waktu, ia cuma satu atau dua saf sahaaja, Fenomena menghias masjid ini berlaku juga di negara sunnah seperti Arab Saudi. Yang terus menghias masjid Haramain, malah kelambu Kaabah saja berharga 20 juta riyal dan ada kilang khas untuk menyulam benang emas pada kelambunya. Tak kurang juga negara GCC, turut berlumba membuat mesjid yang mahal dan indah untuk pelancongan.

Maka kata Abu Darda’:
Al-Hakim dan at-Tirmidzi meriwayatkan dari Abud Darda ra, dia berkata:

إِذَا زَوَّقْتُمْ مَسَاجِدَكُمْ، وَحَلَّيْتُمْ مَصَاحِفَكُمْ، فَالدِّمَارُ عَلَيْكُمْ.

“Jika kalian menghiasi masjid-masjid dan musyhaf kalian, maka kehancuranlah yang akan menimpa kalian. al-Albani sahih.?

Komen dan Soalan