Utama Bilik (07) Tadabbur Al-Quran Tadabbur Ayat-Ayat Kiamat

Tadabbur Ayat-Ayat Kiamat

267
0
Iklan

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وصحبه ومن والاه, أمّا بعد.

Yang dikasihi CR, Bulanje dan rakan-rakan Bilik (07) Tadabbur al-Qur’an. Semoga semuanya dirahmati Allah dan diberi tawfiq ke arah meningkatkan ilmu dan amal.

[88:1] هَلْ أَتَاكَ حَدِيثُ الْغَاشِيَةِ

Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal hari kiamat yang huru-haranya meliputi? [88:1]

Apa makna ghashiyah?

غشي

(ghashaa) ialah kata asalnya dlm bentuk fi’l madi yang membawa maksud ‘telah meliputi oleh ia’ [31:32]

يغشى

(yaghshaa) ialah fi’l mudari’ bermakna ‘ia meliputi’ [24:40]

ْغَاشِيَة

(Ghashiyah) ialah ism fa’il dan maknanya ialah ‘yang meliputi’ [12:107]

Hadith: Ahwal (Huru hara)

Sekarang kita hendak tahu makna bahasa dulu.

Terjemahan Indonesia: Sudah datangkah kepadamu berita [tentang] hari pembalasan? [88:1]

Terjemahan Ustaz Baharuddin Ayudin: Sudah tibakah kepada engkau berita tentang Hari Kiamat yang huru haranya meliputi ??? (Yang dalam tanda soal itu kena cari dalam ayat al-Qur’an.)

Perhati dulu apa yang saya tunjukkan di atas. Petang ini saya hendak bimbing bagaimana caranya kita hendak menterjemah maknanya. Kalau tidak terjemahan itu tidak menjelaskan sifat hari kiamat yang hendak Allah gambarkan?

 

Nota penting selepas 2 sesi kuliah:

[88:1] Sudahkah sampai kepadamu perihal Hari Kiamat yang huru-haranya meliputi semua makhluk. Pada hari itu bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya, [99:1] bumi memuntahkan segala isinya. [99:2] Gunung-ganang seperti bulu yang dihambur-hamburkan. [101:5] Bumi menjadi rata. [84:4] Lautan meluap-luap, [81:6] lalu pecah bercampur baur, [82:3]

Pada hari itu langit terbelah. [84:1] Langit yang dahulunya adalah makhluk hebat [40:57] yang ditinggikan sebagai atap yang terpelihara kukuh, [21:32] tanpa tiang yang dapat dilihat, [31:10] tanpa sebarang kecacatan, [50:6] terpelihara daripada menimpa bumi, [22:65]

Tiba-tiba telah terbelah, pecah-pecah mengeluarkan kabut putih [25:25] dan bertukar menjadi merah mawar bagaikan kilauan minyak. [55:37] Ketika itu langit benar-benar bergoncang. [52:9] Ketika itu ia reput dan runtuh, [69:16] menjadi cair bagaikan luluhan perak. [70:8] Lalu digulung bagaikan gulungan kertas. [21:104] Māsha’alLāh.

Alangkah haru birunya ketika itu. Apa akan jadi pada KLCC, Putrajaya, KLIA, segala jambatan dan jejambat yang bersimpang siur?

Bagaimana halnya manusia ketika itu?

Pada hari itu semua wanita yang menyusui anak terlepas anak yang disusuinya dari pangkuan, wanita yang hamil gugurlah anak dari kandungannya. Pada hari itu manusia kelihatan terhoyong hayang bagaikan orang mabuk, padahal mreka sebenarnya bukan mabuk, akan tetapi seksaan daripada Allah itu amatlah keras. [22:2] Pada hari tiada jalan bagi manusia hendak menyelamatkan diri. [75:10] Manusia berhamburan bagaikan kelkatu yang terbang berkeliaran, [101:4]

Kembalilah kepada al-Qur’an. Hayatilah ia sebagaimana yang Nabi tunjukkan. Tiada yang akan menghadapi hari ini melainkan manusia yang buruk sekali. Kata ‘AbdulLah bin ‘Amr bin al-‘As:

«ثُمَّ يَبْعَثُ اللهُ رِيحًا كَرِيحِ الْمِسْكِ مَسُّهَا مَسُّ الْحَرِيرِ، فَلَا تَتْرُكُ نَفْسًا فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ حَبَّةٍ مِنَ الْإِيمَانِ إِلَّا قَبَضَتْهُ، ثُمَّ يَبْقَى شِرَارُ النَّاسِ عَلَيْهِمْ تَقُومُ السَّاعَةُ»

Kerja rumah: Terjemahkan?

أقول قولي هذا، وأستغفر الله العظيم لي ولكم

اللهم اجعل القرآن ربيع قلوبنا،
اللهم علمنا من القرآن ما جهلنا،
وذكرنا من القرآن ما نُسّينا

Komen dan Soalan