Utama Bilik (40) Asas Ilmu Hadits Asas Ilmu Hadis Dan Bahasa

Asas Ilmu Hadis Dan Bahasa

367
0
Iklan

Oleh: Bro Syarief

Apa yang menjadikan perbincangan tentang Asas Ilmu Hadits ini rumit adalah kerana banyaknya istilah atau terminologi dalam bahasa arab untuk difahami.

Kefahaman terbaik terhadap mana-mana asas ilmu-ilmu sama ada tafsir, hadits dan lain-lain, dengan adanya asas yang baik dalam Bahasa Arab.

Kebergantungan mutlak kepada terjemahan sebenarnya tidak menunjukkan kefahaman yang baik dan masih banyak ruang untuk berlaku salah faham.

Ini juga tak seharusnya menjadikan seorang penuntut ilmu berputus asa, malah dia sepatutnya meletakkan antara matlamat penting dalam kembara pencarian ilmu ini ialah mempelajari bahasa arab.

Selain itu, ia menjadikan kita lebih merendah diri dalam sebarang diskusi ilmu berkait agama, kerana kesedaran akan kekurangan diri khususnya dari sudut penguasaan bahasa arab.

Contoh mudah adalah pada penggunaan istilah Dha’if yang kita fahami secara umum sering diterjemah sebagai lemah.

Bergantung kepada konteks dan gaya penulis kitab yang menyebutkan istilah ini, ia boleh jadi merujuk kepada istilah umum yang bermaksud ianya tertolak dan boleh jadi ia merujuk kepada istilah khusus sama ada ianya lemah atau sangat lemah.

Oleh kerana itu, sebaiknya perbincangan sebegini diserahkan kepada mereka yang ahli dan kita meneruskan usaha mendalami dan memahaminya dengan rendah diri, sambil menjauhkan diri dari sebarang perdebatan yang sia-sia.

Komen dan Soalan