Utama Bilik (101) Fiqh Wanita 1 Fiqh Wanita: Nota ke 62 (Umum)

Fiqh Wanita: Nota ke 62 (Umum)

198
0
Iklan

#Syafni
S & J Fiqh Wanita UiTO

Soalan 1

Bolehkah kita marah suami atau tinggi suara kepada suami untuk ingatkan dia? Biasanya saya tertinggi suara kalau dia degil. Dan selalunya, jadi insiden tinggi suara /marah kalau nak suruh suruh pergi rumah mak dia dulu atau jumpa mak dia dulu sebelum buat urusan lain.

Jawapan 1 thtl al-jazani

Hukum isteri meninggikan suara kpd suami
Hukum umum adalah dilarang, dalilnya:

( فانظري أين أنت منه ، فإنما هو جنتك ونارك ) صحيح الجامع 1509
“Bagaimana sikapmu terhadap suamimu?! Sesungguhnya ia adalah surga dan nerakamu!” (HR. an-Nasa`i dan Ahmad, dishahihkan oleh Syaikh al-Albani).

 

 

Soalan 2

Isu akikah. Bolehkah kita berhutang utk melakukan akikah? Sekiranya dalam tempoh 1-21 hari tersebut wang atau harta tidak berapa mencukupi, kerana fikirkan pahala sunnah dan rasa gembira dengan kurniaan Allah Taala dengan kehadiran anak.

Jawapan 2 thtl al-jazani

Berhutang untuk melakukan Akikah

Pertama: kena tahu hukum asal akikah. yakni hukumnya sunat Mu’akkad, atau sunat yg diberati. Maka jika tidak mampu, maka ia gugur
kedua: jika selepas 21 hari, dia ada wang atau sponsor, maka masih boleh dilakukan
ketiga: jika selepas beberapa tahun, barulah dia mampu, masih boleh dilakukan, dgn mengambil pendapat mazhab syafi’iy
(abu malik kamal, sahih fiqh sunnah, 2/383)
keempat, bila isteri mulai mengandung, maka mulalah ayahnya menabung utk akikah, misalnya sebulan RM120. Tabung akikah.

 

 

Soalan 3

Hukum lelaki memakai pakaian berwarna pink.

Jawapan 3 thtl al-jazani

Hukum lelaki memakai pakaian/jersey pink
Hukum asal boleh:
“Katakanlah (wahai Muhammad): “Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkan-Nya untuk hamba-hamba-Nya, dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakan-Nya?” AQ 7:32
Warna pakaian ni termasuk perhiasan, maka tak ada nas yg kata kaler pink, biru, merah dilarang untuk lelaki. Sapa yg kata haram kena bawa dalil

 

 

Soalan 4

Berkenaan Feqah bagi pihak kawan yang sedang berada di Jepun untuk 1 tahun.
Hukum solat jumaat kepada sesiapa yang selalu ke oversea dalam tempoh yang lama. Di area sini ada lbh kurang 20 orang saja muslim jadi bagaimana hukumnya ?

Tentang solat fardhu, jika kita berjalan-jalan pada siang hari, memang susah nak cari tmpat solat untuk zohor dan asar, ada sahabat dari indon sini dia kata jamakkan saja jadi boleh solat dirumah. Tapi tak tanya pula dia ikut mazhab apa? Boleh ke?

Jawapan 4 thtl al-jazani

Fiqh musafir bila berada di negara kafir pada tempoh yang lama spt belajar di jepun
4.1 hukum solat fardhu Jumaat, bilangan muslim cuma ada 20 orang
Hukumnya khilaf, mazhab Hanafi, cukup dgn bilangan 2 atau 3, mazhab Maliki, cukup dgn 12-15 orang, mazhab hanbali/syafi’iy, minima adalah 40 orang.
Maka jika berada di jepun, kita tidak terikat lagi dgn mana2 mazhab, bebas nak folo mazhab hanafi atau malik.
4.2 solat jamak ketika ada keperluan mendesak
Hukumnya boleh, menjamak solat ketika takut, ketiadaan kemudahan dsbnya. Ini pendapat dalam mazhab Ahmad. hukumnya boleh, asalkan ia bukan kebiasaan atau dijadikan amalan rutin, lakukan bila2 benar2 perlu sahaja

 

 

Soalan 5

Tentang mohon doa dari orang yang soleh. Kita disuruh berusaha, kalau sakit kita cari ubat, bolehkah kita mohon orang soleh tolong doakan cth anak bermasalah, disamping kita sendiri berdoa dan solat hajat?

 Jawapan 5 thtl al-jazani

Mohon doa dari org soleh
Hukumnya boleh, dalil: dari Umar al-Khattab ra,

اَللَّهُمَّ إِنَّا كُنَّا نَتَوَسَّلُ إِلَيْكَ بِنَبِيِّنَا  فَتَسْقِيَنَا وَإِنَّا نَتَوَسَّلُ إِلَيْكَ بِعَمِّ نَبِيِّنَا فَاسْقِنَا
“Ya Allah, sesungguhnya dahulu ketika berdoa kepada-mu kami bertawassul dengan Nabi-Mu, Engkau pun menuruhkan hujan kepada kami. Dan sekarang kami bedoa kepada-Mu dengan bertawassul dengan paman Nabi kami, maka berilah kami hujan.” (HR. Bukhari).

Umar minta al-Abbas (pak sedara Nabi) menjadi Imam dan berdoa ketika solat istisqa. solat minta hujan, penduduk Madinah bertawassul dgn al-Abbas.

 

 

Soalan 6

Kalau period yang terhenti diantara waktu solat dan belum cukup 14 hari, adakah saya perlu check selalu dan mandi untuk solat?

Jawapan 6 thtl al-jazani  

Kitaran haid.
Haid yg tak keruan ialah wanita yg sakit atau masih sunti, yakni baru start haid. wanita yg dah lama haid, sepatutnya kitaran atau cyclenya konsisten.
biasanya haid ialah 7-10 hari je. jarang sampai 14 hari. cara nak pastikan haid sudah kering. dalilnya:

Bahwa dulu para wanita menemui Aisyah ra dengan membawa tas kecil berisi kapas yang ada shufrah (cairan kekuningan). Kemudian Aisyah mengatakan:

لاَ تَعْجَلْنَ حَتَّى تَرَيْنَ القَصَّةَ البَيْضَاءَ
“Jangan kalian terburu-buru, sampai kalian melihat al-Qasshah al-Baidha’.”
Bukhari mengatakan: “Maksud Aisyah adalah (jangan buru-buru merasa telah) suci dari haid.” (Shahih Bukhari, 1:71).

Qasshah al-baidha’ ialah kapas yang dimasukkan ke dalam faraj dan ia kekal bersih tanpa stain.
Maka cara nak pastikan sudah kering ialah qasshah al-baidha’.

 

 

Soalan 7

Kes ibu menyusu bayi, selfie dan upload gmbar ke instagram dan fb dia, gambar ibu ini di viral kan oleh satu page ini, viral dengan kata2 kesat dan disokong follower2 nya dengan komen-komen yang takk beradab dan kesat..sampaikan ada kaunselor penyusuan yang back up ibu tu pun kena maki hamun di komen..bahasa kasar dan gmbar-gambar lucah..

Haram ke perbuatan ibu tu bf baby dia, selfie dan upload di instagram dan fb?

Jawapan 7 thtl al-jazani

Ibu menyusu dan viralkan selfie dia sedang menyusu ke instagram/FB
dua isu:
1. Motif viral tu, utk mendidik ibu2 lain supaya utamakan breastfeeding.  maka ia baik sekali
2. FB/Instagram tu boleh set kpd Private, yakni ia dikongsi antara kawan yg dipercayai sahaja.

 

 

Soalan 8

Saya akan mengadakan kenduri kahwin anak lelaki pada bulan mac ini dan katerer menghadiahkan seekor kambing beserta pakej yang di tawarkan.
Adakah saya boleh meniatkan kambing yang di hadiahkan oleh katerer sebagai aqiqah ? ( cucu dari anak yg lain )

Jawapan 8 thtl al-jazani

Walimah dan akikah
Kambing hadiah caterer disembelih utk akikah sempena walimah urus
Hukumnya boleh. Akikah boleh dari harta si ayah kpd bayi, sponsor dari atuk dan nenek, sponsor dari pak sedaro atau sponsor dari sesiapa sahaja.
Yang tak boleh ialah berkongsi niat dalam seekor kambing, ketika sembelihan diniatkan akikah dan walimah, itu tak boleh.

 

 

Soalan 9

Mengenai doa bila bangun tidur.Adakah ini di lafazkan bila bangun pagi selepas tidur malam atau boleh di baca bila bila masa saja Kita bangun tidur seperti after short nap lepas zohor?

Jawapan 9 thtl al-jazani

Doa bangun tidur

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْرِ
“Alhamdullillahilladzi ahyaanaa bada maa amaatanaa wa ilaihin nushur” [artinya: Segala puji bagi Allah, yang telah membangunkan kami setelah menidurkan kami dan kepada-Nya lah kami dibangkitkan]. (HR. Bukhari no. 6325)
ia utk tidur malam sahaja. sebab Imam Bukhari letak bawa bab,” “bacaan yang diucapkan di pagi hari”.
tidur ayam tak perlu.

#DoadoasahihdiHisnulMuslim

Komen dan Soalan