Utama Bilik (101) Fiqh Wanita 1 Fiqh Wanita Nota ke 56 (Umum)

Fiqh Wanita Nota ke 56 (Umum)

146
0
Iklan

#El Rose

S&J Fiqh Wanita

Soalan 1

Boleh jelaskan konsep Nur Muhammad?

Jawapan 1 Thtl

Konsep Nur Muhammad.
Nur Muhammad=cahaya Muhammad ada dua maksud:
pertama: nur Muhammad bermaksud sunnah, yakni AQ yang dibumikan hingga laksana cahaya
dalil AQ:
وَلَكِن جَعَلْنَاهُ نُورًا نَّهْدِي بِهِ مَنْ نَّشَاء مِنْ عِبَادِنَا
“tetapi kami menjadikan Al Quran itu cahaya, yang kami tunjuki dengan dia siapa yang kami kehendaki di antara hamba-hamba kami.” AQ 42:52
kedua: Nur Muhammad dari kelompok sufism, khususnya tareqat Nur Muhammad yg diasaskan oleh al-Hallaj dan Muhyidin Ibn Arabi yg membawa maksud divinity atau ketuhanan
Bahawa Muhammad saw adalah dijadikan dari cahaya, semua ciptaan berasal dari nur Muhammad. Ini kepercayaan reinkarnasi dalam agama Hindu.
Cara mematahkan kepercayaan ini ialah:

قُلْ سُبْحَانَ رَبِّي هَلْ كُنْتُ إِلَّا بَشَرًا رَسُولًا

Katakanlah, “Maha suci Rabbku, bukankah aku ini hanya seorang manusia yang menjadi rasul?” [al-Isrâ/16:93]

 

 

Soalan 2

Adakah perhiasan gelang boleh dipamerkan seperti yg dinisbatkan ummul mukminin Aisyah r.a ,qatadah dan lain lain?

Jawapan 2 Thtl

Hukum mempamirkan gelang perhiasan
ayat dalil:
” dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya” AQ 24:31
Ini maksud aisyah dan Ibn Abbas, kecuai perhiasan yang biasa.
Maksud biasa ialah:
“Janganlah kalian bertabarruj (bersolek dan memperlihatkan kecantikan) seperti ala jahiliyyah.” (AQ al-Ahzab: 33)
Juga untuk syuhrah atau takbur dgn perhiasan yg mahal dgn memperagakan kpd orang ramai.
Maka maksud perhiasan biasa ialah bukan tabarruj dan bukan syuhrah.

 

 

Soalan 3

Bolehkah mendhaifkan hadith sahih asalkan mengikut qaedah yang ditetapkan ? sebagai contoh hadith sahih yang mengatakan ayah dan ibu Nabi SAW masuk neraka.

Jawapan 3 Thtl

Hukum mendhaifkan hadith sahih
Mendhaifkan hadith sahih atau kritik hadith ada tiga kaedah:
1. kritik sanad atau rantaian perawi
2. kritik matan atau teks atau content hadith
3. kesarjanaan

Jika ia sahih dari sudut sanad, maka ia hadith sahih, selepas itu ia dikritik pulak matannya atau teksnya. Jika keduanya sahih, sanad dan matan, maka ia tidak boleh ditolak. Kesarjanaan ialah siapa yg mengkritik hadith sahih tsb, jika dia muhaddith yg dierakui pada zamannya, maka kritikannya adalah valid.
status hadith, ibubapa Nabi saw di neraka

باب بَيَانِ أَنَّ مَنْ مَاتَ عَلَى الْكُفْرِ فَهُوَ فِي النَّارِ وَلاَ تَنَالُهُ شَفَاعَةٌ وَلاَ تَنْفَعُهُ قَرَابَةُ الْمُقَرَّبِينَ ‏‏

حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ، حَدَّثَنَا عَفَّانُ، حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ سَلَمَةَ، عَنْ ثَابِتٍ، عَنْ أَنَسٍ، أَنَّ رَجُلاً، قَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيْنَ أَبِي قَالَ ‏”فِي النَّارِ‏”‏ ‏.‏ فَلَمَّا قَفَّى دَعَاهُ فَقَالَ ‏”‏إِنَّ أَبِي وَأَبَاكَ فِي النَّارِ‏”‏

Bab: Menyatakan Orang Yang Mati Di Atas Kekufuran Itu Akan Berada Dalam Neraka, Tidak Akan Mendapat Syafaat Serta Tidak Berguna Hubungan Kerabat Dengan Orang-orang Yang Hampir Dengan Allah

Dari Anas r.a. bahawa ada seorang lelaki berkata: “Wahai Rasulallah, ayahku berada di mana?” Nabi s.a.w. menjawab: “Di dalam neraka.” Apabila lelaki itu berpaling pergi, Baginda s.a.w., memanggilnya lalu bersabda: “Sesungguhnya ayahku dan ayahmu di dalam neraka.”
Ini dalam sahih Muslim.
Ia sahih dr sudut sanad dan matan dan tidak boleh ditolak. Cuma cara nak faham, kena baca syarah sahih Muslim oleh Imam Nawawi.

 

 

Soalan 4

Apa beza tarekat muktabar dan tarekat naqsyabandi alliyah?

Jawapan 4 Thtl

Beza tareqat muktabar vs tareqat naqsyabandi alliyah
Tareqat semuanya bermasalah. tak ada tareqat muktabar kerana tareqat memiliki sistem akidah mereka sendiri yang berbeda dari ASWJ. Tareqat bermaksud jalan yang direka dalam agama utk mencari kebenaran. Manakala menurut ASWJ, kebenaran hanya ada di sisi Muhammad saw.

 

 

Soalan 5

Sunnah yg wajib kita ikut apa plak?

Jawapan 5 Thtl

Sunnah yang wajib diikuti.
Apa jua yang dibawa oleh Nabi saw, dalil:
قُلْ أَطِيعُوا اللَّهَ وَالرَّسُولَ ۖ فَإِن تَوَلَّوْا فَإِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْكَافِرِينَ
Katakanlah: “Ta’atilah Allah dan Rasul-Nya; Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir”. (AQ3:32)

 

 

Soalan 6

Jika suci haid di hujung malam , adakah perlu menjamak waktu solat maghrib dan isyak?

Jawapan 6 Thtl

Menjamak solat kerana suci dari haid dihujung waktu
Khilaf fiqhi
Kena jamak, ini pendapat yang dipegangi madzhab Malikiyah (Al-Kafi, 1/162) Syafi’iyah (Al-Majmu’ 3/69), Hanabilah
Tidak perlu jamak, perndapat Hanafi dan Zahiri (al-Majmu’3/69)
Syakh ben Uthaimin ( (Asy-Syarhul Mumti’, 2/135-136)) memilih pendapat kedua: tidak perlu jamak, boleh juga melakukannya kerana langkah berhati-hati sbgmn pendapat kelompok pertama

 

 

Soalan 7

Kawan saya (seorang muslim) usaha dobi.salah satu pelanggan tetap nya adalah sbuah gereja, yang mana gereja itu menerima derma (spt baju kasut beg dll)…di basuh dibersihkan di dobi kawan saya itu…. semua itu akan di berikan kepada yang tak mampu dengan di selit program kristenisasi di salah satu tempat/daerah.
Bagaimana ya uztaz, tu halal ke haram dan wajib kah saya melarang nya?

Jawapan 7 Thtl

Bisnes Dobi: membasuh pakaian milik gereja
Muamalat dalam Islam ada tiga isu:
1. kepentingan agama kita
2. kepentingan bersama antara Islam dan non-muslim
3. kepentingan agama lain
Contoh kepentingan agama kita: musim haji, MAS tidak cukup kapalterbang utk membawa jamaah haji, maka disewa kapalterbang dari syarkat bukan Islam, misalnya dari Thailand dan Filipina, hukumnya boleh
contoh kepentingan bersama kerana non-muslim adalah juga warganegara yg sah. maka dia sepatutnya menerima servis yg sama di semua sektur.
contoh kepentingan agama lain, apa jua yg direct atau langsung utk membantu agama tsb.
Maka bisnes dobi anda kena diihat pada tiga kepentingan di atas.

 

 

Soalan 8

Boleh ke akikah untuk anak lelaki dibuat berasingan. Contoh : seekor kambing diakikah di Melaka, lagi seekor diakikah di kedah.

Jawapan 8 Thtl

Akikah di lokasi berasingan
Hukumnya harus kerana tiada dalil yang mencegahnya.

 

 

Soalan 9

Apakah hukum tidak pergi undangan walimah, kad undangan diterima melalui whats app?

Jawapan 9 Thtl

Memenuhi undangan walimah melalui WA
Hukum memenuhi undangan seorang muslim adalah disyari’atkan, (media menjemput bukanlah isu, baik secara lisan, FB dan WA), syarat wajib:
(1) orang yang mengundang adalah seorang muslim,
(2) orang yang mengundang tidak terang-terangan dalam berbuat maksiat, dan
(3) tidak terdapat maksiat dan bid’ah.
Akan tetapi jumhur ulama berpendapat bahwa undangan yang wajib dipenuhi hanya undangan walimah kawin sahaja. Sedangkan undangan selain walimah kawin hanya dianjurkan (tidak wajib) untuk dipenuhi. (Ruj: Syarh Riyadhus Sholihin, Syaikh Ibnu Utsaimin dan Tawdihul Ahkam, Syaikh Ali Basam)

 

 

Soalan 10

Bacaan doa sebelum memulakan sesuatu program dengan di aameenkan oleh orang lain dikira bidaah kah?

Jawapan 10 Thtl

Doa sebelum program dan diaminkan oleh peserta
Imam Ahmad rh pernah ditanya:

يكره أن يجتمع القوم يدعون الله سبحانه وتعالى ويرفعون أيديهم؟

“Apakah diperbolehkan sekelompok orang berkumpul, berdoa kepada Allah subhanahu wa ta’ala, dengan mengangkat tangan?”
Maka beliau mengatakan:
ما أكرهه للإخوان إذا لم يجتمعوا على عمد، إلا أن يكثروا
“Aku tidak melarangnya jika mereka tidak berkumpul dengan sengaja, kecuali kalau terlalu sering.” (Diriwayatkan oleh Al-Marwazy di dalam Masail Imam Ahmad bin Hambal wa Ishaq bin Rahuyah 9/4879)
Penjelasan Imam Al-Marwazy:
وإنما معنى أن لا يكثروا: يقول: أن لا يتخذونها عادة حتى يعرفوا به

“Dan makna “jangan terlalu sering” adalah jangan menjadikannya sebagai kebiasaan, sehingga dikenal oleh manusia dengan amalan tersebut.” (Masail Imam Ahmad bin hambal wa Ishaq bin Rahuyah 9/4879).
rumusan:
ia tidak bid’ah kerana doa dan amin ada asalnya dalam agama, cuma yg menjadi bid’ah bila ia dirutinkan atau menjadi amalan kebiasaan.

 

 

Soalan 11

Apa hukum membantu pemilik tanah(muslim) menjual tanah mereka kepada non muslim untuk dijadikan pusat membeli belah?

Jawapan 11 Thtl

fiqih muamalat: menjual tanah kpd non-muslim
Muamalat dalam Islam ada tiga isu:
1. kepentingan agama kita
2. kepentingan bersama antara Islam dan non-muslim
3. kepentingan agama lain
Contoh kepentingan agama kita: musim haji, MAS tidak cukup kapalterbang utk membawa jamaah haji, maka disewa kapalterbang dari syarkat bukan Islam, misalnya dari Thailand dan Filipina, hukumnya boleh
contoh kepentingan bersama kerana non-muslim adalah juga warganegara yg sah. maka dia sepatutnya menerima servis yg sama di semua sektur.
contoh kepentingan agama lain, apa jua yg direct atau langsung utk membantu agama tsb.
Maka jualbeli tanah masuk dalam kepentingan no 2.

 

 

Soalan 12

Apa bacaan dalam sujud syukur?

Jawapan 12 Thtl

Bacaan atau zikir dalam sujud syukur
sama dgn bacaan ketika solat biasa.

 

 

Soalan 13

Andai kata kalau ada orang nak belanja  tapi kita tahu duit itu hasil bisnes haram dia.jadi patut tak kita terima pelawaan dia untuk belanja kita? Contoh: hasil dari judi/ daripada penjual arak

Jawapan 13 Thtl

Pelawaan makan dari ahli maksiat
Dasar:
“Dan apabila kamu melihat orang-orang memperolok-olokkan ayat-ayat Kami, maka tinggalkanlah mereka sehingga mereka membicarakan pembicaraan yang lain. Dan jika syaitan menjadikan kamu lupa (akan larangan ini), maka janganlah kamu duduk bersama orang-orang yang zalim itu sesudah teringat (akan larangan itu).” (AQ Al-An’am: 68 )

“Dulu Sufyan (Ats Tsauri rh) melarang aku (al-Firyabi) duduk bersama fulan, yakni seorang dari kalangan ahli bid’ah” (Al Ibanah, 454)
nasihat syaikh ben Uthaimin, harus menerima jika terdapat maslahat (kepentingan agama) dan menolak, jika tiada kepentingan agama (syarh Riadhus solihin)

 

 

Soalan 14 dan jawapan Thtl

a) Apa hukum mereka yang berjanji dengan alquran, maksudnya mereka bersumpah dengan alquran tetapi akhirnya mereka melanggar perjanjian tersebut. Contoh :Dua orang pasangan ini berjanji dengan alquran yang mereka tidak akan saling curang,tetapi akhirnya perempuan ini melanggar perjanjian tersebut. Jadi apa hukumnya berdosa ke?

Jawapan

Sumpah dengan AQ
Ada dua maksud:
pertama: bersumpah dgn kalam Allah dalam musyhaf, ini boleh.
kedua: bersumpah dgn musyhaf saja (kertas dan tulisan), itu syirik
مَنْ حَلَفَ بِغَيْرِ اللَّهِ فَقَدْ كَفَرَ أَوْ أَشْرَكَ. رواه الترمذي (1535) وأبو داود (3251) وصححه الألباني في صحيح الترمذي

“Barang siapa bersumpah dengan selain Alloh maka ia telah berbuat syirik”. (HR Tirmidzi 1535, Abu Dawud 3251 dan di sahihkan oleh Al Albani di dalam Sahih Tirmidzi.

b) Kalau couple bolehkah bersumpah dgn Al-Quran ? Sedangkan mereka dalam kemaksiatan?

Jawapan

Sumpah dengan AQ sedangkan mereka dalam kemaksiatan

“Iblis menjawab : “Karena Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan menghalangi mereka dari jalan Engkau yang lurus. Kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan belakang mereka, dari kanan dan kiri mereka dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat).” (Al-A’raf : 16-17)
rumusan:
ahli maksiat mmg boleh bersumpah, sama spt Iblis juga bersumpah akan merosakkan manusia.

 

 

Soalan 15

Si ibu yg telah meninggal dunia mempunyai 2 org anak perempuan yg masih hidup, anak lelaki telah meninggal dunia sebelum ibu.Harta yang ditinggalkan iaitu barang kemas perlu difaraidkn atau tidak?

Jawapan 15 Thtl

Ibu wafat dan ada dua anak perempuan dan meninggalkan barang kemas
Ya, kena difaraidhkan setelag selepas tolak kos urusan jenazah, hutang dan wasiatnya

 

Komen dan Soalan