Utama Bilik (101) Fiqh Wanita 1 Fiqh Wanita 3

Fiqh Wanita 3

123
0
Iklan

Soalan 3
Mohon penjelasan mengenai air yang keluar dari faraj(wazi dan madzi) dan hukum bawa dalam solat

Jawapan 3 Thtl
Cecair yang keluar dari kemaluan wadi dan madzi atau keputihan,kena basuh sahaja tanpa perlu mandi.yang mandi wajib cuma mani,haidh dan nifas.
Soalan 4
Penjelasan mengenai angin yang keluar dari faraj perempuan(kadang-kadang dipanggil kentut vagina).Angin ini tidak boleh di kawal.Perempuan lepas bersalin kerap alami masalah ini.Hukum keluar angin ini ketika solat.

Jawapan 4 Thtl
Angin yang keluar dari faraj.Jumhur batal sebab kaedah umum,apa jua yang keluar dari dua jalan,qubul(kemaluan) dan dubur.

dalil:
“Janganlah dia membatalkan shalatnya sampai dia mendengar ada bunyi(angin yang keluar)atau mencium baunya.” (Bukhari-Muslim)
Imam Abu Hanifah kata tidak batal jika angin keluar dari faraj atau kemaluan wanita kerana ia abnormal.
Soalan 5
Boleh bagitau pasal dalil yang iamam syafiiy mewajibkan muslimah menutup wajah?

Jawapan 5 Thtl
Aurat wanita menurut mahzab syafiiy seperti yang dikemukakan oleh yang berusaha CR,adalah seluruh tubuh kecuali muka dan dua telapak tangan.

dalil:
“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang(biasa)nampak daripadanya”(QS .An Nur:31)yang biasa itu maksudnya muka dan tangan.

Komen dan Soalan