Utama Bilik (101) Fiqh Wanita 1 Sambungan Fiqh Wanita 40 (Umum)

Sambungan Fiqh Wanita 40 (Umum)

157
0
Iklan

 

tumblr_m5bnqgDdyv1r02o8fo1_500
#ElRose

S&J Fiqh Wanita

 

Soalan 1

Kolagen pemutih yang sekarang ini amat popular telah menjadi kegilaan ramai orang terutama perempuan. Memang terbukti ada yang berubah warna kulit jadi lebih cerah. Apakah hukumnya? Adakah sama seperti mengubah ciptaan Allah?

Jawapan 1 Thtl 

Hukum memutihkan warna kulit dengan memakan kolagen
Ia bukan hukum merubah ciptaan Allah, yg dimaksudkan merubah ialah melakukan sesuatu yg ketara spt operasi plastik atau melibatkan kos yg amat tinggi.

Mengenai isu pemakanan dan manusia menjadi putih, kemungkinan pada zaman kanak2 dia mmg sudah putih, tetapi kerana faktur cuaca, ia menjadi gelap, maka jika ada produk yg boleh memutihkan kembali, maka tak ada halangan. Yang dilarang ialah spt Michael jackson, asalnya dia negro, kulit hitam, maka dia melakukan beberapa siri proses menjadikan dia putih. itu yg tak boleh.WA

 

 

Soalan 2

Nafsu syahwat sering menggoda di saat lemah.Bagaimana nak kawal perasaan? rasa malu kat Allah time buat tapi tak serik-serik kerana nafsu ni lebih kuat dari iman. apakah teknik terbaik serta bagaimana jika tidak mahu lakukan lagi apa yang di turut nafsu?

Jawapan 2 Thtl

Pertarungan antara iman dan nafsu ni mmg sudah maklum oleh Pencipta manusia itu sendiri:
dalil hadits:

لَوْ أَنَّ الْعِبَادَ لَمْ يُذْنِبُوْا لَخَلَقَ اللهُ الْخَلقَ يُذْنِبُوْنَ ثُمَّ يَغْفِرُ لَهُمْ رَواه الْحَاكِمُ

“Seandainya hamba-hamba Allah tidak ada yang berbuat dosa, tentu Allah akan menciptakan makhluk lain yang berbuat dosa kemudian mengampuni mereka. [HR Al Hakim, hlm. 4/246 dan disahihkan Al Albani dalam Silsilah al-Sahihah, no. 967]

*maka berulang kali buat dosa, taubat dan buat lagi itu mmg sudah lumrah anak Adam.
*cuma kita kena kurangkan risiko terjebak dalam dosa apatah lagi dosa yg besar. antara langkah bijak ialah sibuk dgn menuntut ilmu, spt arabic, AQ, hadits, dsbnya walaupun sudah berkerjaya. juga memilih teman2 yg cintakan ilmu. ketiga: banyak terlibat dengan NGO agama dan kemanusiaan.

 

 

Soalan 3

Ada orang cakap kalau pakai pakaian curi semasa solat,doa tak makbul,benarkah?

Jawapan 3 Thtl 

Solat dgn pakaian curi, solat sah, cuma tidak diterima.
Dalil:
Dari Abu Hurairah radhiallahu’anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

ثُمَّ ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إِلَى السَّمَاءِ يَا رَبِّ يَا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِىَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ

“Seorang laki-laki yang lusuh lagi lusuh karena lama bepergian mengangkat kedua tangannya ke langit tinggi-tinggi dan berdoa : ‘Ya Rabbi, ya Rabbi…’ sementara makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dagingnya tumbuh dari yang haram, maka bagaimana doanya bisa terkabulkan?” [H.R Muslim]

 

 

Soalan 4

Hukum berzikir guna tasbih?

Jawapan 4 Thtl 

Biji tasbih, ia khilaf.  Diperselisihkan kerana ia macam calculator, alat menghitung. yang sunnah ialah hitung dgn jari
Kata syaikhul Islam, ia harus jika seseorang sukar utk menhitung dgn jari, haram jika ia menjadi riak, utk menunjuk kerana biji tasbih yg mahal. majmu’ fatawa jd 22.

 

 

Soalan 5

Boleh tolong saya jelaskan maksud mencari redha allah dan keberkatan dari Allah dalam bahasa yang mudah sikit untuk kanak-kanak faham?

Jawapan 5 Thtl 

Redha Allah utk kanak2.
Suruh dia imagine camna nak suruh emak ayah sayang kat dia, beli banyak toys dan bawa gi makan2 atau melancung…

 

 

Soalan 6

Apakah sunnah yang perlu dilakukan untuk menziarahi orang yang sakit tenat. Adakah sahih amalan membaca yasin kepada mereka yang sakit tenat?

Jawapan 6 Thtl 

Sunah ziarah pesakit
1. berdoa kpd si sakit
2. memberi motivasi utk terus hidup dan semangat kpd ahli keluarga supaya bersabar
3. singkatkan masa lawatan
4. menghulurkan sumbangan wang bukan buah2 atau bunga.

 

 

Soalan 7

Hukum selepas solat terus bangun dengan tidak berwirid.

Jawapan 7 Thtl 

Wirid.
Wirid selepas solat cuma sunat. Jika seseorang tidak mahu, maka tidak apa-apaan. nama pun sunat. lagipun dalam solat sudah ada banyak zikir dan doa. Namun jika dia ada kelapangan, sunnah duduk utk berzikir.

 

 

Soalan 8

Bagaimana  pula dengan manhaj wasathiy yang di bawa oleh golongan salaf?
Adakah wasathiy ini bermakna  sikap pertengahan atau sikap adil?

Jawapan 8 Thtl

Maksud wasathiyah
Wasatiyah maksudnya sederhana, pertengahan, sedang2 aje. Ia relatif dengan zaman dan keadaan puak2 yg ada pada sesuatu zaman.

*pada zaman 300 tahun pertama, tak ada isu wasatiyah sebab golongan awal islam ni sama semuanya amalan dan akidah mereka. Bila tiba selepas 300 tahun hijrah bila muncul asyairah, syiah, khawarij, muktazilah, qadariah, maka perlulah sikap wasatiyah atau pertengahan.
*Bila tiba zaman kita, bertambah banyak lagi aliran dan puak, maka wasitiyah bermaksud kembali kpd pegangan dan amalan generasi 300 tahun yg pertama.

 

 

Soalan 9

Apa hukum suami yang tinggalkan anak isteri dengan keluarga untuk berjihad di negara yang ada pergolakan?

Jawapan 9 Thtl

Jihad di tanah arab
Jihad adalah dengan perisytiharan kerajaan yg sah atau penguasa. Jika tidak, jihad itu tidak diiktiraf syarak kerana hak mengisytiharkan perang ialah ketua kerajaan yg sah. Maka jihad demikian adalah tidak sah.

 

 

Soalan 10

Hukum non- muslim masuk masjid .ada dalil yang membenarkan tak?

Jawapan 10 Thtl 

Hukum nonMuslim masuk mesjid. Boleh jika mereka aman dan tujuannya baik
Dalil: al-Mumtahinan ayat 10.

kedua:
يجوز لكافر دخول المسجد بإذن مسلم إن رجي منه إسلام لأنه -صلى الله عليه وسلم- قدم عليه وفد أهل الطائف، فأنزلهم في المسجد قبل إسلامهم

Boleh bagi orang kafir untuk masuk masjid dengan izin dari seorang muslim, jika diharapkan dia masuk Islam. Karena Nabi saw pernah kedatangan tamu dari Thaif, dan beliau menyuruh mereka untuk singgah di dalam masjid, dan mereka belum masuk islam (Qadhi Iyyad, Mathalib Uli an-Nuha, 2:617).

 

 

Soalan 11

1) Apabila kita tertinggal solat subuh contohnya, jadi kena qada semasa zuhur atau asar atau bila- bila masa?
2) Apabila qada, tak perlu lagi baca doa qunut tu betulkah?

Jawapan 11 Thtl 

1) Qadha solat subuh.
apabila tertinggal solat, qadha ialah sebaik saja kita sedar atau terjaga, tak ada waktu haram.
dalilnya:

مَنْ نَسِيَ صَلَاةً فَلْيُصَلِّهَا إِذَا ذَكَرَهَا، لَا كَفَّارَةَ لَهَا إِلَّا ذَلِكَ

“Barangsiapa yang lupa dari salatnya maka salatlah ketika dia mengingatnya, dan tidak ada kafarah (tebusan) kecuali dengan cara itu.”
(HR. Muslim, 314/684)

2) Isu qunut subuh
Qunut subuh adalah isu khilafiah. mazhab syafi’iy ia jatuh sunat mu’akkad. Maka jika solat qadha subuh, anda masih kena baca qunut spt biasa.
Jika ikut mazhab jumhur, qunut subuh hendaklah ditinggalkan.

 

 

Soalan 12

Haruskah seorang ibu mengharap duit anak(perempuan,bekerja,berkahwin,ada anak)sedangkn si ibu ada pencen dan tiada tanggungn.si anak kerja pun disebabkan ingin membantu pendapatan suami?

Jawapan 12 Thtl 

Nafkah dan kebaktian kpd ibu.
*Hak anak kepada org tua ialah hak nafkah. maksudnya kalau keduanya susah, maka hak anak ialah menafkahkan mereka. jika ibubapa berada, sudah cukup nafkah, maka anak memberi sebagai kebaktian, tanda terimakasih kpd ibubapa, walaupun sedikit. Jika ibubapa tak mahu, beri dalam bentuk lain, pakaian, pelancungan dsbnya.
*Jika anak perempuan miskin, maka tidak adalah keperluan dia memberi nafkah dan kebaktian. apa pun, jika anda ingin pahala free, buat baiklah kpd ibubapa dan menyukai hati mereka.

Dalil:
Dari Abdullah bin Mas”ud katanya, “Aku bertanya kepada Nabi saw tentang amal-amal yang paling utama dan dicintai Allah ?

Nabi saw menjawab,

Pertama salat pada waktunya (dalam riwayat lain disebutkan salat di awal waktunya),  kedua berbakti kepada kedua orang tua, ketiga jihad di jalan Allah”.[HR Bukhari I/134, Muslim No.85, Fathul Baari 2/9

 

 

Soalan 13

Ada seorang bapa yang sangat menjaga solat juga rajin baca quran. Tapi apabila anak-anak buat perkara yang mengikuti sunnah Rasulullah, kadang si bapa memperlekehkan. Macam kurang percaya. Juga bapa tersebut seorang yang sangat pemarah juga suka maki hamun. Sikap bapa tersebut sukar ditegur,kerana baginya dia lebih tahu segalanya. Cakapnya tidak boleh dikalah kan. Sudah beberapa kali cuba bunuh diri. Setiap kali ada masalah yang sibapa rasa sukar di hadapi,bapa tersebut akan cuba bunuh diri.

Bagaimana dengan solat dan mengaji sibapa tersebut? Apa yang harus anak-anak lakukan bagi menghadapi bapa seperti itu?

Jawapan 13 Thtl

Ayah yg buruk akhlak. Orang yang seperti itu mmg ujud, Nabi saw mengkhabarkan:

 ‏ “‏ يَخْرُجُ مِنْهُ قَوْمٌ يَقْرَءُونَ الْقُرْآنَ لاَ يُجَاوِزُ تَرَاقِيَهُمْ، يَمْرُقُونَ مِنَ الإِسْلاَمِ مُرُوقَ السَّهْمِ مِنَ الرَّمِيَّةِ

Dari sanalah muncul sekelompok kaum yang membaca al Qur`an tidak melebihi kerongkongan mereka, mereka keluar dari Islam sebagaimana anak panah keluar dari busurnya.” [Sahih al-Bukhari 6934]
Ia ciri org khawarij, banyak ibadah, banyak baca AQ, tapi mereka mudah keluar dr batasan agama.
Maka apa yg anak2 boleh lakukan ialah tidak menimbulkan konflik dgn dia dan banyak berdoa. Ini kerana doa anak soleh adalah yg terbaik buatnya.

 

 

Soalan 14

Saya tinggal di kijal kemaman, kerja di dungun dengan jarak 55km. Tengahari ni akan ke kursus di kuala terengganu jarak dalam 85km. Total dari rumah ke kuala terengganu ialah dalam 140km.saya boleh jamak ke tak?

Jawapan 14 Thtl

Solat jamak qasar
Kalau mazhab 4, jarak 140 KM sudah mencukupi utk membolehkan jamak/qasar. manakala menurut muhaqqiqin spt Ibn taymiyah, jarak tidak ditetapkan oleh syarak, musafir dikira kpd uruf dan kesusahan yg anda hadapi.

Komen dan Soalan