Utama Bilik (150) Bicara Abu Daniel Benarkah Selawat Itu Bermaksud Doa Atau Zikir?

Benarkah Selawat Itu Bermaksud Doa Atau Zikir?

1007
0
Iklan

Oleh Abu Daniel

Semua selawat-selawat dan juga doa-doa yang baginda s.a.w ajarkan tiada langsung kesamaran. Dalam post ana awal-awal ana menyatakan selawat yang paling utama dan dijamin ialah selawat yang baginda ajarkan dan diamalkan oleh para sahabat.

Sudah habiskah selawat yang warid kita amalkan sehingga mendesak kita mengamalkan (selawat) yang lain? Ramai umat islam malaysia ingat selawat-selawat rekaan, tapi selawat-selawat yang warid??! Hanya selawat ibrohimiyyah. Itupun sebab dibaca dalam solat.

(Selawat) perlu kepada jaminan, buktinya sahabat r.a nak selawat mereka bertanya

كيف نصلى عليك يا رسول الله

Bagaimanakah caranya kami berselawat kepadamu ya Rasulallah?

Ini membuktikan sahabat mengamalkan agama mengikut wahyu. Dan selawat telah banyak yang sabit dari nas wahyu. Namun ianya diabaikan, bahkan selawat rekaan itulah yang diutamakan sehingga umat tidak kenal lagi selawat yang warid. Ini waqi’ yang berlaku

Cikgu Rahim: Lafaz- lafaz yang sahih

http://mybabah.blogspot.my/2013/04/keutamaan-selawat-nabi-saw-dan-lafaz.html?m=1

Bayangkan rakyat malaysia yang hanya meluangkan sedikit sahaja waktu mereka untuk ibadah, untuk selawat , untuk baca al-Quran dalam seharian. Jika masa yang sedikit itu dipenuhi dengan selawat rekaan, bila masa nak amalkan selawat yang warid?

Bagi ana lebih baik yang warid
Dalam ayat al-Quran ada sebut

ان الله وملائكته يصلون على النبي..

Allah dan malaikatnya berselawat ke atas nabi. Selawat tu banyak makna, boleh jadi makna solat. Jika dari umat, ianya bermakna permohonan doa rahmat kepada baginda s.aw, jika selawat dari malaikat ianya bermakna permohonan keampunan, jika dari Allah s.wt ianya bermakna memberi rahmat dan sejahtera.

Kita diperintahkan (sunat) untuk selawat (doa) ke atas nabi saw. Doa dalam kurungan, jangan khilaf zohir nas.

Zohir nas sebut selawat
Bahasa Arab dengan bahasa melayu tidak sama.

Selawat khusus untuk nabi. Doa bermakna umum. Adakah disebut secara umum kepada yang berdoa “dia berselawat?? Tak ada sapa yang guna demikian walaupun mereka menyatakan makna selawat itu berdoa.

Selawat jamak kepada solat, adakah boleh kita kata yang sedang berdoa kita kata “dia sedang solat?
Siapa yang guna lafaz begitu?

Dalam syariat , Islam juga dalam mana mana kitab, bila kata selawat maka lafaz itu diitlakkan kepada selawat kepada nabi (khas), bukan bermakna doa secara umum.

Jangan guna perbahasan adat. Perbahasan mengikut kitab. Adakah ulamak itlakkan lafaz selawat kepada doa yang umum?

Jadi dalam kehidupan kita, mencari yang berqualiti dan dijamin atau yang tiada jaminan?

Cikgu Rahim:
Antara kesimpulan

” Berselawat dengan lafaz ya3g warid itu lebih utama dan afdhol….”

Kesimpulan Abu Daniel:

Selawat yang terbaik adalah selawat yang dianjurkan baginda s.a.w dan yang diamalkan oleh para sahabat, ulamak sepakat dalam hal ini, kecuali golongan yang dungu sahaja menyanggahinya.

Maka mengikuti cara penghayatan para sahabat yang merupakan golongan yang tepat didalam ittiba’ itulah tuntutan wahyu, walaupun mereka golongan yang mendapat jaminan dari Allah s.w.t didalam quranya, dan dianjurkan supaya setiap umat mengikuti mereka (seperti dalam surah at-Taubat ayat 100) , namun mereka tidak melebihi wahyu, bahkan mereka bertanya kepada baginda s.a.w bagaimana cara untuk berselawat kepadanya.

Maka bagi umat akhir zaman yang inginkan kejayaan hakiki, contohilah dan teladanilah cara ittiba’ sahabat, kerana tidak ada yang sempurna ittiba’ sunnah melebihi dari golongan sahabat baginda s.aw.

Dan utk bertawassul dengan selawat, pastikan selawat yang warid, kerana ianya dijamin dari wahyu, dan perkara yang dijamin dari wahyu itulah sebaik-baiknya dijadikan tawassul .

(Tawassul dengan amal , bukan tawassul mamnu’)
Habis bab selawat, majlis ditutup.

Firman Allah Ta’ala:

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

“Sesungguhnya Allah dan para Malaikatnya bershalawat kepada Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam. Wahai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kepadanya dan doakanlah keselamatan atasnya” (QS. Al Ahzab: 56)

Sahabat bertanya kepada Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam cara bershalawat:

يا رسول الله ، أما السلام عليك فقد عرفناه ، فكيف الصلاة ؟ قال : ( قولوا :اللهم صل على محمد وعلى آل محمد ، كما صليت على إبراهيم ، إنك حميد مجيد ، اللهم بارك على محمد وعلى آل محمد ، كما باركت على إبراهيم ، إنك حميد مجيد )

“Wahai Rasulullah, tata cara salam terhadapmu, kami sudah tahu. Namun bagaimana cara kami bershalawat kepadamu? Rasulullah Shallallahu’alahi Wasallam bersabda: ‘Ucapkanlah: Allahumma Shalli ‘ala Muhammad Wa ‘ala Aali Muhammad, Kamaa Shallaita ‘ala Ibrahim Innaka Hamiidum Majid. Allahumma Baarik ‘ala Muhammad Wa ‘ala Aali Muhammad, Kamaa Baarakta ‘ala Ibraahim, Innaka Hamiidum Majid‘”. (HR. Bukhari 4797)

Komen dan Soalan