Utama Bilik (21) Aqidah Salaf Sifat Al-Yadd (Tangan)

Sifat Al-Yadd (Tangan)

135
0
Iklan

Sifat al-Yadd termasuk di antara sifat dzatiyyah khabariyyah. Di dalam al-Kitab mahupun as-sunnah terdapat keterangan yang menunjukkan bahawa Allah SWT bersifat dengannya selaras dengan keagungan dan kebesaran-Nya.

Firman Alah Ta’ala:

قَالَ يَا إِبْلِيسُ مَا مَنَعَكَ أَنْ تَسْجُدَ لِمَا خَلَقْتُ بِيَدَيَّ أَسْتَكْبَرْتَ أَمْ كُنْتَ مِنَ الْعَالِينَ

“(Allah) berfirman: ‘Wahai Iblis, apakah yang menghalang kamu sujud kepada apa yang telah Aku ciptakan dengan kedua-dua tangan-Ku. Apakah kamu menyombongkan diri atau kamu (berasa) termasuk golongan yang (lebih) tinggi?” (QS. Shad: 75)

Firman Allah Ta’ala:

وَقَالَتِ الْيَهُودُ يَدُ اللَّهِ مَغْلُولَةٌ غُلَّتْ أَيْدِيهِمْ وَلُعِنُوا بِمَا قَالُوا بَلْ يَدَاهُ مَبْسُوطَتَانِ يُنْفِقُ كَيْفَ يَشَاءُ

“Orang-orang Yahudi berkata, “Tangan Allah terbelenggu.” Sebenarnya tangan merekalah yang dibelenggu dan merekalah yang dilaknat disebabkan apa yang telah mereka katakan itu. Padahal kedua tangan Allah terbuka, Dia memberi rezeki sebagaimana Dia kehendaki…” (QS. Al-Maidah:64)

Firman Allah Ta’ala:

… إِنَّ الَّذِينَ يُبَايِعُونَكَ إِنَّمَا يُبَايِعُونَ اللَّهَ يَدُ اللَّهِ فَوْقَ أَيْدِيهِمْ

“Bahwa orang-orang yang berjanji setia kepadamu (Muhammad), sesungguhnya mereka hanya berjanji setia kepada Allah. Tangan Allah di atas tangan-tangan mereka…” (QS. Al-Fath:10)

Adapun dalil daripada as-sunnah adalah hadis daripada Abu Hurairah r.a. yang menceritakan bahawa Nabi s.a.w bersabda:

حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ حَاتِمٍ وَإِبْرَاهِيمُ بْنُ دِينَارٍ وَابْنُ أَبِي عُمَرَ الْمَكِّيُّ وَأَحْمَدُ بْنُ عَبْدَةَ الضَّبِّيُّ جَمِيعًا عَنْ ابْنِ عُيَيْنَةَ وَاللَّفْظُ لِابْنِ حَاتِمٍ وَابْنِ دِينَارٍ قَالَا حَدَّثَنَا سُفْيَانُ بْنُ عُيَيْنَةَ عَنْ عَمْرٍو عَنْ طَاوُسٍ قَالَ سَمِعْتُ أَبَا هُرَيْرَةَ يَقُولُا قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ احْتَجَّ آدَمُ وَمُوسَى فَقَالَ مُوسَى يَا آدَمُ أَنْتَ أَبُونَا خَيَّبْتَنَا وَأَخْرَجْتَنَا مِنْ الْجَنَّةِ فَقَالَ لَهُ آدَمُ أَنْتَ مُوسَى اصْطَفَاكَ اللَّهُ بِكَلَامِهِ وَخَطَّ لَكَ بِيَدِهِ أَتَلُومُنِي عَلَى أَمْرٍ قَدَّرَهُ اللَّهُ عَلَيَّ قَبْلَ أَنْ يَخْلُقَنِي بِأَرْبَعِينَ سَنَةً فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَحَجَّ آدَمُ مُوسَى فَحَجَّ آدَمُ مُوسَى وَفِي حَدِيثِ ابْنِ أَبِي عُمَرَ وَابْنِ عَبْدَةَ قَالَ أَحَدُهُمَا خَطَّ و قَالَ الْآخَرُ كَتَبَ لَكَ التَّوْرَاةَ بِيَدِهِ

Telah menceritakan kepadaku Muhammad bin Hatim dan Ibrahim bin Dinar dan Ibnu Abu ‘Umar Al Makki dan Ahmad bin ‘Abdah Adh Dhabbi semuanya dari Ibnu ‘Uyainah dan lafazh ini milik Ibnu Hatim dan Ibnu Dinar keduanya berkata; Telah menceritakan kepada kami Sufyan bin ‘Uyainah dari ‘Amru dari Thawus dia berkata; Aku mendengar Abu Hurairah berkata; Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Adam dan Musa saling berdebat. Musa berkata: ‘Wahai Adam, engkau adalah bapak kami. Engkau telah mengecewakan kami dan mengeluarkan kami dari syurga karena dosamu.’ Adam menjawab: ‘Wahai Musa, Allah telah memilihmu dengan kalam-Nya dan menulis Taurat untukmu dengan tangan-Nya. Apakah kamu mencelaku atas perkara yang telah Allah tentukan terhadapku empat puluh tahun sebelum Dia menciptakanku.’ Maka Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: ‘Maka argumentasi Adam mengalahkan Musa, maka argumentasi Adam mengalahkan Musa.’ Dan di dalam Hadits Ibnu Abu Umar dan Abdah salah seorang dari mereka berkata dengan lafazh; ‘Khattha.’ (mencatat). Sedangkan yang lainnya mengatakan; ‘Dia telah menuliskan untukmu kitab Taurat dengan tangan-Nya. (HR Imam Muslim no. 4763)

Ahlus Sunnah wal Jama’ah berpegang teguh dengan penetapan seluruh sifat-sifat yang telah disifatkan Allah untuk diri-Nya sendiri dan apa yang disifatkan oleh Rasul-Nya s.a.w. Berkaitan dengan hal ini, Imam Abu Uthman ash-Shabuni rah. Berkata: “Ahlul hadis-semoga Allah memelihara yang hidup di antara mereka serta mengasihi yang telah wafat daripada mereka-mengajui wahdaniyyat (ke-esaan) Allah Ta’ala dan membenarkan kerasulan Rasulullah. Mereka mengenal Rabb mereka melalui sifat-sifat-Nya yang telah disebutkan oleh wahyu-Nya dan tanzil-Nya, atau yang telah disaksikan oleh Rasul-Nya sesuai dengan keterangan-keterangan yang telah disampaikan oleh khabar-khabar sahih yang telah dikutip oleh para perawi yang tsiqah darinya. Mereka menetapkan untuk-Nya apa-apa yang ditetapkan-Nya untuk diri-Nya di dalam Kitab-Nya dan melalui lisan Rasul-Nya. Mereka tidak pernah meyakini tasybih (penyerupaan) pada sifat-sifat=Nya itu dengan sifat-sifat makhluk-Nya. Mereka berkata: ‘Sesungguhnya Dia telah menciptakan Adam dengan tangan-Nya, sebagaimana diterangkang Allah Ta’ala melalui firman-Nya:

“(Allah) berfirman: ‘Wahai Iblis, apakah yang menghalang kamu sujud kepada yang telah Aku ciptakan dengan kedua-dua tangan-Ku. Apakah kamu menyombongkan diri atau kamu (berasa) termasuk golongan yang (lebih) tinggi?” (QS. Shad: 75)

Mereka juga tidak mengubah perkataan dari tempatnya, misalnya mentakwil erti “dua tangan” kepada “dua kenikmata atau dua ucapan”, sebagaimana yang dilakukan oleh golongan Mu’tazilah Jahmiyyah. Mereka (salaf) tidak pula bertanya bagaimana dua tangan-Nya atau menyerupakannya dengan dua tangan makhluk, sebagaimana yang dilakukan oleh golongan Musyabbihat. Sesungguhnya Allah Ta’ala telah memelihara Ahlus Sunnah daripada tahrif (merubah) dan takyif (membagaimanakan) tersebut. Allah menganugerahkan kepada mereka pengetahuan serta pemahaman sehingga mereka tetap menempuh jalan pengesaan dan penyucian (tanzih). Mereka mengikuti firman Allah Ta’ala:

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ….

“Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan-Nya, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (QS. Asy-Syuura: 11)

Syaikh Abdurrahman bin Naashir As-Sa’di rahimahullah mengatakan di dalam kitab tafsirnya;

“[Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan-Nya] maknanya tidak ada yang menyerupai Allah ta’ala dan tidak ada satu makhluk pun yang mirip dengan-Nya, baik dalam Zat, nama, sifat maupun perbuatan-perbuatan-Nya. Hal ini karena seluruh nama-Nya adalah husna (paling indah), sifat-sifatNya adalah sifat kesempurnaan dan keagungan……”

Beliau melanjutkan, “[dan Dia Maha Mendengar] maknanya Dia Maha Mendengar segala macam suara dengan bahasa yang beraneka ragam dengan berbagai macam permintaan yang diajukan. [Dia Maha Melihat] maknanya Allah mampu melihat seekor semut hitam di dalam kegelapan malam di atas batu yang hitam……”

Beliau melanjutkan, “Ayat ini dan ayat yang semisalnya merupakan dalil Ahlu Sunnah wal Jamaah untuk menetapkan sifat-sifat Allah dan meniadakan persamaan sifat Allah dengan sifat makhluk…

Telah disampaikan pula dari Imam asy-Syafi’I khabar yang menerangkan tentang keimanannya kepada sifat ini bahawa dia telah menyifatkan Allah Ta’ala dengannya tanpa melakukan tasybih (penyerupaan), sejalan dengan firman-Nya:

“Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan-Nya, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”

Abu Ya’la meriwayatkan dengan sanad yang sampai kepada asy-Syafi’I rah. Bahawa dia berkata:

“Allah Tabaraka wa Ta’ala itu memiliki nama-nama dan sifat-sifat yang telah disampaikan oleh Kitab-Nya dan diberitakan oleh Nabi-Nya kepada umatnya.”

Telah sampai kepada kita bahawa Dia mempunyai dua tangan melalui firman-Nya:

… بَلْ يَدَاهُ مَبْسُوطَتَان

“…Padahal kedua tangan Allah terbuka…” (QS. Al-Maidah: 64)

Allah juga memiliki tangan kanan, seperti yang diterangkan oleh firman-Nya:

وَمَا قَدَرُوا اللَّهَ حَقَّ قَدْرِهِ وَالأرْضُ جَمِيعًا قَبْضَتُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَالسَّماوَاتُ مَطْوِيَّاتٌ بِيَمِينِهِ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى عَمَّا يُشْرِكُونَ

“Dan mereka tidak mengagungkan Allah sebagaimana mestinya padahal bumi seluruhnya dalam genggaman-Nya pada hari kiamat dan langit digulung dengan tangan kanan-Nya[. Mahasuci Dia dan Mahatinggi Dia dari apa yang mereka persekutukan.” (QS. Az-Zumar: 67)

Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah menyebutkan keyakinan Imam asy-Syafi’I rah. Dan menghubungkannya kepada Syeikh Haramain, iaitu Abu Al-Hasan Muhammad bin Abdul Malik al-Karji di dalam kitabnya al-Fushul fi al-Ushul ‘an al-Aimmatil-Fuhul, dan beliau merupakan salah seorang tokoh ulama Syafi’iyyah. (Majmu’ al-Fatawa IV/175-183)

Komen dan Soalan