al-Aqidah ath-Thahawiyah
Telah berkata al-Allamah Hujatul Islam Abu Ja’far al-Waruq ath-Thahawi rh.
Inilah piagam penjelasan tegas Aqidah Ahlus Sunnah wal Jamaah menurut mazhab yang dianut para fuqaha’ yang thiqah;
Abu Hanifah Nu’man b Tsabit al Kufi, Abu Yusuf Ya’qub b Ibrahim Syaibani …
1. Dengan petunjuk Allah kita meyakini makna Tauhidullah adalah; bahawa Allah itu Esa dan tidak ada tandingan bagiNya.
Huraiannya
Perkataan Abu Ja’far ath Thahawi: “Kita memahami makna tauhidullah…”Ketahuilah bahawa tauhid yang dengannya Allah mengutus para rasul dan juga menurunkam al Qur’an terbahagi menjadi 3 bahagian.
Pembahagian tersebut merupakan kesimpulan dari nas al Qur’an dan as sunnah dan juga berdasarkan realiti atas orang-orang yang dibebani kewajipan syari’at.