Utama Bilik (08) Riyadhus Solihin Hadis 72: Sumpah yang bukan kerana taqwa dan perbahasannya

Hadis 72: Sumpah yang bukan kerana taqwa dan perbahasannya

816
0
Iklan

Hadis 72, Bab Taqwa

72» الرابع: عن أبي طريفٍ عدِيِّ بن حاتمٍ الطائيِّ رضي الله عنه، قَالَ: سمعتُ رسولَ الله صلى الله عليه وسلم يقول: ((مَنْ حَلَفَ عَلَى يَمِينٍ ثُمَّ رَأَى أتْقَى للهِ مِنْهَا فَليَأتِ التَّقْوَى)). رواه مسلم.

72. Keempat: Dari Abu Tharif, iaitu ‘Adi bin Hatim Aththa’i r.a., katanya; “Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Barangsiapa yang bersumpah atas sesuatu persumpahan, kemudian ia mengetahui hal yang keadaannya lebih menjurus kepada ketaqwaan terhadap Allah daripada persumpahan yang dilakukannya tadi, maka hendaklah mendatangi – memilih -ketaqwaan itu saja.” (Riwayat Muslim)

يعني أن من حلفَ على فعل شيء أو تركه، فرأى غيره خيرًا من التمادي على اليمين واتقى الله، فَعَلَهُ وَكفَّر عن يمينه.

Salam Cikgu Rahim…

Apakah yang dimaksudkan PERSUMPAHAN dalam hadis ini.

Jawapan:
Kita bersumpah untuk melakukan sesuatu, jika ia tidak menjurus kepada taqwa, kita batalkan sumpah itu dengan kafarah. Kita pilih taqwa. Kafarah sumpah, memberi makan 10 orang fakir miskin sampai kenyang.

Kafarah jimak bulan ramadhan puasa 2 bulan berturut-turut.

Antara contoh kafarah,
Contoh, demi Allah saya akan panjat pokok jika saya menang.

Panjat pokok tidak dapat menambah taqwa lebih baik bayar kafarah untuk batalkan sumpah dan hidup bertaqwa.

Memberi makan 10 orang fakir miskin tu berlaku untuk semua kafarah sumpah ke cikgu.

Jawapan:
Juga kafarah nazar, beri makan 10 orang fakir miskin

Cikgu, kalau orang yang kena kafarah tapi tak mampu beri makan ada ke cara lain lunaskan kafarah tersebut

Jawapan:

لَا يُؤَاخِذُكُمُ اللَّهُ بِاللَّغْوِ فِي أَيْمَانِكُمْ وَلَٰكِنْ يُؤَاخِذُكُمْ بِمَا عَقَّدْتُمُ الْأَيْمَانَ ۖ فَكَفَّارَتُهُ إِطْعَامُ عَشَرَةِ مَسَاكِينَ مِنْ أَوْسَطِ مَا تُطْعِمُونَ أَهْلِيكُمْ أَوْ كِسْوَتُهُمْ أَوْ تَحْرِيرُ رَقَبَةٍ ۖ فَمَنْ لَمْ يَجِدْ فَصِيَامُ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ ۚ ذَٰلِكَ كَفَّارَةُ أَيْمَانِكُمْ إِذَا حَلَفْتُمْ ۚ وَاحْفَظُوا أَيْمَانَكُمْ ۚ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpahmu yang tidak dimaksud (untuk bersumpah), tetapi Dia menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpah yang kamu sengaja, maka kaffarat (melanggar) sumpah itu, ialah memberi makan sepuluh orang miskin, yaitu dari makanan yang biasa kamu berikan kepada keluargamu, atau memberi pakaian kepada mereka atau memerdekakan seorang budak. Barang siapa tidak sanggup melakukan yang demikian, maka kaffaratnya puasa selama tiga hari. Yang demikian itu adalah kaffarat sumpah-sumpahmu bila kamu bersumpah (dan kamu langgar). Dan jagalah sumpahmu. Demikianlah Allah menerangkan kepadamu hukum-hukum-Nya agar kamu bersyukur (kepada-Nya).
Surah Al-Ma’idah (5:89)

Puasa 3 hari, puasa 3 hari tu last choice. Jika tak dapat beri makan, boleh beri pakaian atau bebaskan seorang hamba. Jika semua tak mampu, baru puasa 3 hari.

Pakaian untuk berapa orang?

Jawapan:
Ikut uruf, 10 orang juga. Baju kurung + kain batik.

Kalau puasa 3 hari tak mampu juga (contohnya kerana uzur /usia sudah lanjut) macam mana cikgu ?

Adakah cukup bertaubat sahaja ?
Cikgu Rahim:
Dhaifnya hamba itu, miskin dan sakit pula. Berani pula bersumpah…?

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ ۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ ۖ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا ۚ أَنْتَ مَوْلَانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.
Surah Al-Baqarah (2:286)

Komen dan Soalan