Utama Bilik (04) Rahiqum Makhtum Ar Rahiq Al Makhtum – Perjalanan Insan Agung

Ar Rahiq Al Makhtum – Perjalanan Insan Agung

171
0
Iklan

Gambaran era arab jahiliyyah – sebelum kerasulan Nabi saw.

Apabila kita sebut arab jahiliyyah, dalam gambaran pecahan suku arab jahiliyyah kita cuba gambarkan suku arab Rasulallah saw. Setiap suku ini ada ciri ciri yang unik. Lokasi, sumber pendapatan, sifat kabilah dan sebagainya.

Bermula dari Kinanah > Jumuh,Sahm,Ady,Makhzum,Taim,Zuhrah.

Qushay > abdul manaf > hasyim. Bani Hasyim adalah ranting Kabilah Quraish merupakan asal keturunan Rasulallah saw.

Bani Tamim dan Bani Asad yang disebut bertradisi membunuh anak perempuan bukan suku Quraish dan berlokasi di Bahrain yang jauh dari Mekah. Allahu A’LAM.

Secara ringkasnya buku ini memberikan gambaran dengan fakta dan data yang sahih, kerosakan dan kehancuran manusia arab dan ajam seperti di dalam ms 1 hingga ms 49 -> melalui beberapa usaha dan amal yang di tunjukkan oleh Rasulallah saw ianya dibina semula dan diselamatkan.  Bagi yang diberi Allah swt fahaman yang jelas dan ilmu yang terang dapat memperincikannya satu persatu daripada ayat Al Qur’an dan Hadis. Sirah sekadar gambaran pada garis waktu. Allahua’lam.

Struktur masyarakat arab adalah blood basis. Kekeluargaan – jika kita baca kisah Abdul Muthalib datuk Rasulallah saw dari sebelah bapa, penulis menggambarkan bagaimana saudara sebelah ibu dari Madinah datang ke Mekah untuk menuntut hak Abdul Muthalib.

Kenapa arab di gelar dengan bangsa ummi mengikut satu pendapat bangsa arab adalah bangsa yang tidak di turunkan kitab ke atas mereka sebelum Al Quran. Nabi İsmail ittibak bapanya tanpa diajarkan kitab. İni satu pendapat. Allahu a’lam

Hawariyyun adalah pengikut Nabi Isa yang bersama dengan beliau dalam misi dakwah. Perkataan Hawariyyun di sebut didalam Al Quran.

Yahudi dan Nasrani berdagang dengan arab. Dapat dibayangkan sekurang-kurangnya tempias agama ahli kitab diketahui oleh bangsa arab.

Mungkin saya telah bawa banyak sangat perkara teknikal.  Kembalikan gambaran anda di lembah Tihamah, manusianya, aktivitinya, agamanya.

Sirah gambaran dan latarbelakang manusia dalam garis masa

Kita adalah insan yang telah ditetapkan dalam garis waktu tertentu. Kenali mereka di garis waktu yang lampau kerana sifat manusia sama yang berbeza skrip dan watak yang dimainkannya.

Gambarkan Makkah dan Quraish dalam garis masa itu.

Gambaran, di kalangan kabilah arab di luar makkah seperti di Madinah, Jeddah, sempadan Kufah, sempadan Basrah, Bahrain.

Mereka menghormati Quraish dan mengganggap Quraish adalah kabilah terkuat di kalangan arab.

Nota dengan gambaran kabilah Quraish dan peribadi.

1. Bani Hashim – Rasulallah saw dan Ali ra
2. Zuhrah – sebelah ibunda baginda
3. Bani Taim – Abu Bakar ra.
4. Bani Adi – Umar ra
5. Bani Umayyah – Usman ra
Makhzum,Sahm dan Naufal 

3 silsilah nasab baginda SAW yang sahih mengikut ahli sirah sehingga Adnan dan yang boleh di perincikan mengikut ahli nasab sehingga Hasyim. Yakni Muhammad Saw bin Abdullah bin Abdul Muthalib bin Hasyim. Dan ibunda baginda saw bernama Aminah binti Wahhab kabilah Quraish Bani Zuhrah.

Dari Muhammad saw ke Adnan ada 20 generasi.  Yakni 2000 tahun jika satu generasi 100 tahun. ALLAHU A’LAM

Dan sepakat ianya nasab yang sahih mengikut ahli Sirah. İanya tidak ittifaq oleh ahli hadis kerana tidak di sebut dalam Sahihain dan tidak ada. Hadis Muttaqun alaih mengenainya seperti yang di sebut oleh Syaikh Dr Al Ajlan dalam majlis bacaan beliau.

Rasulallah saw dari keturunan yang terpilih. Tiada seorang pun dari datuk moyang baginda dari anak zina, semuanya bernikah secara sah.

Keturunan baginda mengingkari perzinaan dengan pelacur, walaupun zina berleluasa di ketika itu.

Beliau memulakan dengan menggambar latar, persekitaran dan keadaan Arab.

Munasabahnya adalah untuk tahu kehidupan baginda SAW, kita perlu gambarkan latarbelakangnya..

İanya permulaan yang amat tepat berbanding penulisan sirah yang memulakan dengan Nur Muhammad dan suatu yang tidak terjangkau oleh akal yang waras.

Beliau menggambar usia bangsa arab yang begitu lama.
Di sebut 40 generasi dari İbrahim as hingga ke Muhammad saw. Yakni kurang lebih 4000 tahun.

Ciri-ciri umum bangsa arab, lokasi bangsa-bangsa arab.

Satu gambaran yang penting adalah Kaabah di Mekah.

Berkurun lamanya ianya menjadi destinasi Haji bagi bangsa arab, ianya hanya diuruskan secara sistematik oleh kabilah Quraish.

Dari sini penulis mengetengahkan@highlightkan tentang Quraish.

Kenapa ini penting? Kerana ciri ciri Quraish adalah ciri ciri sifat manusiawi Rasulallah saw.

Apa ada pada Quraish?

Adalah sesuatu yang berat – menyediakan air di padang pasir di masa itu?

Bagaimana nak dibayangkan?

Kepada semua tetamu kaabah di musim haji – Sediakan makanan. Tsarid sejenis bubur dari roti

Quraish adalah bangsa yang memberi khidmat.

Sisi gelap bangsa Arab

Bermula dari Amru bin Luhay…

Watak si warak yang menipu agama telah berulang ulang kali berlaku

Jika Bani İsrail ada Bal’am dan si kacak Samiri

Arab ada Amru bin Luhay – amru bawa balik berhala dan ajak org mekah sembah.

Ye.. kerana ittibak tammadun yang lebih maju yakni Sham.. atau Rom di waktu itu.. dengan membawa trend dari bangsa yang maju mereka mengganggap ianya up to date. Kemudian ubah ibadat supaya lebih trendy dan cocok dengan nafsu dan ramai pengikut. İanya berlaku pada Yahudi dan Nasrani juga.

Bahirah, saibah, wasilah dam hamy- Rebranding ibadat.  Meletakkan syarat berdasarkan nafsu.

Apabila akidah rosak yang lain akan ikut hancur – Sosial, muamalat dan politik.

4 jenis nikah, Poligami tanpa had..

Cerai tanpa had – Ya berapa kali cerai boleh rujuk..

Halau.. kemudian kutip balik..

Menyerahkan isteri untuk ditiduri lelaki lain selepas haid..

Gelap yang amat gelap..

Tiada lagi sinar.. yahudi yang di murkai.. nasrani yang sesat.. di mana lagi cahaya ?

Dihyah Al-Kalbi

mereka menganggap apa yang di reka oleh amru bin luhay sebagai bid’ah hasanah. Bid’ah Hasanah zaman tu dah defined

QURAISH

Hasyim -> Abdul Muthalib -> Abdullah

Ciri ciri manusiawi mereka diketengahkan dalam bab 5

İanya bertujuan untuk menceritakan sifat sifat dan kualiti manusiawi yang sama ada dalam gen Rasulallah saw.

Walaupun begitu dari segi agama mereka juga di dalam kesesatan yang nyata.. ini dizahirkan dengan cerita menggunakan anak panah menentukan nasib Abdullah bagi tujuan nazar..

Soalan visualization.. berapa segerakah, keperluan nabi kepada bangsa Arab ketika itu ?

Apapun jawapan anda..
ALLAH SWT menetapkan umur 40 Tahun.. untuk Muhammad saw diberi nubuwwah..

Komen dan Soalan