Hadith berikutnya, no 38.
Rujuk bab sabar, kitab Riyadus Solihin.
38- وعن ابن مسعود رضي الله عنه قال: دخلت على النبي صلى الله عليه وسلم وهو يوعك فقلت: يارسول الله إنك توعك وعكاً شديداً قال: ”أجل إني أوعك كما يوعك رجلان منكم” قلت: ذلك أن لك أجرين ؟ قال: ”أجل ذلك كذلك ما من مسلم يصيبه أذى؛ شوكة فما فوقها إلا كفر الله بها سيئاته ، وحطت عنه ذنوبه كما تحط الشجرة ورقها” ((متفق عليه)) .والوعك : مغث الحمى، وقيل: الحمى
38. Dari Ibnu Mas’ud r.a., katanya: Saya memasuki tempat Nabi s.a.w. dan beliau sedang dihinggapi penyakit panas. Saya lalu berkata: “Ya Rasulullah, sesungguhnya Tuan dihinggapi penyakit panas yang amat sangat.” Beliau kemudian bersabda: “Benar, sesungguhnya saya terkena panas sebagaimana panas dua orang dari engkau semua yang menjadi satu.” Saya berkata lagi: “Kalau demikian Tuan tentulah mendapatkan dua kali pahala.” Beliau bersabda: “Benar, demikianlah memang keadaannya, tiada seorang Muslim pun yang terkena oleh sesuatu kesakitan, baik itu berupa duri ataupun sesuatu yang lebih dari itu, melainkan Allah pasti menutupi kesalahan-kesalahannya dengan sebab mushibah yang mengenainya tadi dan diturunkanlah dosa-dosanya sebagaimana sebuah pohon menurunkan daunnya – dan ini jikalau disertai kesabaran.”
Alwa’ku iaitu sangatnya panas (dalam tubuh sebab sakit), tetapi ada yang mengatakan panas (biasa).
? Manusia yang paling (besar) cobaannya ialah para Nabi as.
? Allah kurniakan kepada mereka kesabaran yang sempurna dan kejujuran mengharapkan pahala.
? Mereka adalah suri teladan bagi manusia.
? Kesakitan yang semakin parah pada diri mukmin, Allah lipatgandakan pahala dan menghapuskan pelbagai dosanya.
? Setiap mukmin diuji menurut keteguhan dan keyakinan dalam beragamanya.