Utama Bilik (20) Silsilah Hadith Sahih Hadits 11: Bab Kerakusan terhadap harta mengakibatkan kehinaan

Hadits 11: Bab Kerakusan terhadap harta mengakibatkan kehinaan

624
0
Iklan

#SilsilahShahihah:
Sekiranya kalian berjual beli dengan cara `inah, dan kalian memegang pada ekor lembu, dan kalian redha dengan tanaman, sehingga kalian meninggalkan jihad, pasti Allah akan memberikan kehinaan kepada kalian dan Dia tidak akan mencabutnya sehingga kalian kembali kepada agama kalian.”

إِذَا تَبَايَعْتُمْ بِالْعِينَةِ ، وَأَخَذْتُمْ أَذْنَابَ الْبَقَرِ ، وَرَضِيتُمْ بِالزَّرْعِ ، وَتَرَكْتُمُ الْجِهَادَ ، سَلَّطَ اللَّهُ عَلَيْكُمْ ذُلًّا لَا يَنْزِعُهُ حَتَّى تَرْجِعُوا إِلَى دِينِكُمْ

Diriwayatkan oleh Abu Dawud (3462), Ibn `Addiy (2/256), Al-Baihaqi (5/316).

Ulasan:

1. Jual beli secara `inah (بيع العينة) = En. MZ (pemilik asal) menjual asetnya kepada En. AR (pembeli) dengan harga tangguh yang lebih tinggi, kemudian En. MZ (pemilik asal) membeli semula aset tersebut daripada En. AR dengan harga yang lebih rendah dan dibayar tunai. Menurut UZAR, jual beli secara `inah ini diterima oleh kebanyakan `ulama’ Malaysia, tetapi ditolak oleh `ulama’ Timur Tengah.

2. Memegang ekor lembu = terlalu sibuk dengan bercucuk tanam, kerana kebiasaan berada di belakang lembu untuk menggembur tanah.

3. Pengajaran daripada hadits ini adalah jangan terlalu sibuk dengan urusan dunia sehingga meninggalkan urusan jihad. Allah akan menurunkan kehinaan kepada umat Islam apabila berlakunya keadaan seperti ini, dan Allah tidak akan menghilangkan kehinaan itu sehingga umat Islam kembali kepada ajaran asal agama.

Komen dan Soalan