“Hikmah di Sebalik Penciptaan Jin dan Manusia”
Susunan: Benjamin Syazwan
Bismillah…Assalamu’alaikum wbt dan selamat pagi..semoga hari Ahad anda diberkati dan ceria hendaknya.
Imam asy-Syafi’i berkata: “Allah Ta’ala berfirman:
‘Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku.’ ” [51:56]
Imam asy-Syafi’i mengatakan: “Ertinya, Allah menciptakan makhluk-Nya untuk beribadah kepada-Nya.” Di tempat yang lain dia juga berkata: “Allah telah menurunkan ayat untuk meneguhkan hati Nabi s.a.w. ketika disakiti oleh orang-orang musyrik, iaitu:
‘Dan sungguh, Kami mengetahui bahawa dadamu menjadi sempit disebabkan apa yang mereka ucapkan, maka bertasbihlah dengan memuji Rabbmu dan jadilah engkau di antara orang yang bersudjud (mengerjakan solat), dan sembahlah Rabbmu sampai yakin (ajal) datang kepadamu.’ ” [15: 97-99]
Melalui ayat ini Allah telah mewajibkan Rasul-Nya untuk beribadah kepada-Nya dan tidak memerintahkannya untuk memerangi mereka. Allah menjelaskan hal itu lebih daripada satu ayat dalam Kitab suci-Nya. Dia tidak memerintahkannya untuk ber-uzlah meninggalkan mereka.
[Siyar A’lamin Nubala’ X/26]
Allah Ta’ala juga telah menurunkan ayat berikut:
“Katakanlah (Muhammad): ‘Wahai orang-orang kafir! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.’ ” [109: 1-2]
Ketika beliau mentafsirkan firman Allah:
” Apakah manusia mengira, mereka akan dibiarkan begitu saja (tanpa ada sebarang pertanggungjawaban)? ” (75:36)
Imam asy-Syafi’i berkata: “Para ulama al-Qur’an tidak berselisih pendapat bahawa yang dimaksudkan dengan kata ‘suda’ (dibiarkan begitu saja) ialah tidak diperintahkan dan tidak dilarang apa-apa.”
[al-Umm IV/159-160] dengan ringkasan.