Bismillah…
Note 65 : ruj fiqh manhaji 2
RUKUN AKAD NIKAH
Mempunyai lima rukun iaitu lafaz nikah, isteri, suami, wali dan dua saksi.
1. Rukun Nikah : Lafaz Akad Nikah
2. Hikmah Disyariatkan Lafaz Akad Nikah :
Disyariatkan lafaz akad nikah adalah kerana akad mesti dengan kerelaan kedua-dua belah pihak.
2.1. Syarat Lafaz Akad Nikah :
i. Hendaklah menggunakan lafaz kahwin atau nikah atau perkataan terbitan daripada kedua-duannya.
ii. Lafaz akad nikah atau kahwi dalam ijab dan qabul hendaklah jelas.
iii. Ijab dan qabul hendaklah berturutan.
iv. Kelayakan kedua-dua yang berakad masih lagi kekal sehingga lafaz akad nikah.
v. Lafaz akad nikah hendaklah lafaz yang memberi kesan serta merta.
vi. Lafaz akad hendaklah mutlak.
3. Rukun kedua : isteri
i. Tiada sebarang halangan untuk bernikah.
ii. Bakal isteri seorang yang telah ditentukan jika wali telah berkata kepada pengantin lelaki : aku kahwinkan engkau dengan seorang daripada anak prempuanku.
iii. Bakal isteri bukan dalam ihram haji atau umrah.
4. Rukun Ketiga : Suami
i. Bakal suami halal memgahwini bakal isteri sekiranya dia bukan mahram kepada pengantin isteri tersebut.
ii. Bakal suami seorang yang telah ditentukan. Jika wali berkata : Aku kahwinkan anak perempuanku dengan seorang dari kamu berdua.
iii. Bakal suami bukan dalam ihram haji atau umrah.
5. Rukun keempat : Wali
5.1. Pengertian waliyah bermaksud kasih sayang dan pertolongan.
5.2. Hikmah persyariatan wali atas kanak- kanak dan orang yang tidak mampu mengurus diri sendiri adalah untuk menjaga hak mengatur urusan dan menjaga kemaslahatan mereka agar tidak terbiar.
5.3. Kewujudan wali adalah wajib semasa akad.
5.4. Hikmah disyariatkan Wali dalam Perkahwinan adalah mengikut kebiasaan adat yang sebaiknya. Tidak wajar seorang perempuan melakukan akad nikahnya sendiri.
Hadith daripada Abu Musa Al Ashari :
“Tidak sah perkahwinan melainkan ada wali.”
Riwayat Abu Daud : 2085
5.5. Perkahwinan tanpa wali kesannya adalah batal dan kedua-duanya wajib dipisahkan.
5.6 Wali Perkahwinan Mengikut Turutan :
i. Bapa
ii. Datuk atau bapa kepada ayah
iii. Saudara lelaki seibu sebapa
iv. Saudara lelaki sebapa
v. Anak lelaki saudara lelaki seibu sebapa.
5.7. Syarat Wali :
i. Islam
ii. Adil
iii. Baligh
iv. Berakal
v. Tiada penyakit mencacatkan fikiran
vi. Tidak terhalang menguruskan hartanya kerana boros.
vii. Tidak berihram
5.8. Bahagian Wali
i. Wali Ijbar : ayah atau datuk sebelah ayah sahaja.
Galakan meminta izin dari anak gadis.
ii. Wali Ikhtiyar : semua wali menurut tertib yang dinyatakan hanya berlaku bagi mengahwinkan seorang janda.
Rasulullah SAW bersabda :
” Seorang janda lebih berhak ke atas dirinya sendiri daripada walinya.”
Riwayat Muslim : 1431
iii. Hikmah mendapat persetujuan janda kerana dia lebih jauh memahami tujuan perkahwinan. Pengalaman daripada perkahwinan terdahulu menyebabkan dia tidak malu memberi persetujuan.
6. Rukun Kelima : dua saksi
i. Islam
ii. Lelaki
iii. Berakal dan baligh
iv. Adil sekalipun pada zahirnya
v. Pendengaran yang baik
vi. Penglihatan yang baik
6.1. Penyaksian persetujuan pengambilan perempuan.
6.2. Menjaga maruah bapa atau datuk.
Kewajipan ini tertaluk kepada 3 syarat:
i. Anak itu mampu menyediakan mas kahwin.
ii. Bapa atau datuk tidak mampu menyediakan mas kahwin.
iii. Bapa atau datuk itu berkeinginan untuk berkahwin.
7. Nikah orang kafir sebelum masuk Islam.
“Rasulullah SAW telah mengembalikan anak perempuannya Zainab kepada Abu Al as bin Al Rabi dengan mas kahwin dan akad nikah yang baru.”
Riwayat Al Tarmizi : 1142