UiTO Bilik (21) Akidah Salaf
Susunan Bro Benjamin Syazwan
Bismillah..Assalamu’alaikum wbt..
Asif agak lewat..
Ana kurang sihat..dah 3 hari demam selsema dan batuk..doakan agar ana cepat sembuh, insyaAllah..
Tajuk malam ni ialah
“Tauhid Uluhiyyah menurut Imam asy-Syaf’i”
Depetik daripada buku yang sama Manhaj Aqidah Ahli As-Sunnah Wal Jamaah.
Rasanya semua dah maklum definisi tauhid ini..salah 1 daripada 3 jenis tauhid
Imam asy-Syafi’i rahimahullah berpendapat: “Tauhid uluhiyyah berarti mengesakan Allah dalam ibadah, dan ini merupakan hakikat tauhid yang utama. Barang siapa yang mengamalkannya, berarti dia telah memenuhi hak Allah kerana tauhid ini mencakupi Ikrar (pengakuan) akan Rububiyyah Allah dan beriman kepada asma’ dan sifat-sifat Nya.
Beliau berpendapat bahawa demi tauhid inilah Nabi s.a.w. memerangi kaum kafir dan musyrik. Jika tauhid ini bukan hakikat deenul Islam, nescaya Nabi s.a.w. tidak memerangi mereka yang mengakui Rububiyyah Allah semata-mata.
Oleh itu, ketika seseorang datang kepada Imam al-Muzani, salah seorang anak murid terkemuka Imam asy-Syafi’i lalu bertanyakan sesuatu tentang ilmu kalam, dia menjawab: “Aku membenci ilmu itu, bahkan aku melarangnya sebagaimana Imam asy-Syafi’i melarangnya.”
Aku mendengar asy-Syafi’i berkata” ‘Malik bin Anas pernah ditanya tentang ilmu kalam dan tauhid. Maka dia pun menjawab: ‘Adalah mustahil apabila kita menyangka bahawa Nabi s.a.w. telah mengajarkan umatnya tentang cara istinja, namun tidak mengajarkan mereka tentang bagaimana memhami tauhid,’
Tauhid itu seperti apa yang telah disabdakan oleh Nabi s.a.w;
“Aku diperintahkan untuk memerangi umat manusia sehingga mereka mengucapkan kalimat La ilaha illallah. Maka dengannya darah dan harta seseorang terpelihara. Itulah hakikat tauhid.” (Muttafaqun ‘Alaih)
Telah maklum bahawa sesuatu yang dapat memelihara darah dan harta seseorang ialah kufur kepada taghut (sesuatu yang disembah/diibadahi selain Allah) dan beriman kepada Allah.
Sikap Imam Malik ini menunjukkan betapa dalamnya pemahaman generasi salaf mengenai tauhid yang dengan sebab itu Allah mengutuskan para Rasul-Nya. Sikap Imam Malik ini diikuti oleh Imam asy-Syafi’i dan dicontohi pula oleh al-Muzani.. Demikianlah ilmu para salaf itu tidak terputus dengan para tokoh yang tsiqah hingga Rasulullah s.a.w.
Sebaliknya, ilmu golongan khalaf (orang-orang yang terkemudian) sanadnya ada ynag bersambung kepada pafa ahli falsafah, Yahudi, Nasrani dan seumpamanya. Jika demikian, siapakah yang lebih layak di antara dua kelompok itu yang lebih layak untuk kita ikuti?
Renung-renungkan….
Tambahan: Akidah Imam Wakii’ Ibnu Jarrah.
Telah diriwayatkan dalam kitab As-Sunnah oleh Abdullah bin Ahmad Hanbal dengan sanah sahih bahawa Wakii’ (وكيع) ibnu Al-Jarrah (guru besar kepada Imam As-Syafie) telah berkata,
“Kita menerima segala hadis-hadis ini (berkaitan nama-nama dan sifat-sifat Allah) sebagaimana yang telah diriwayatkan dan kita tidak mempersoalkan bagaimana bentuk caranya atau kenapa ia dikatakan begitu. Iaitu (contoh lafaz) yang diriwayatkan dalam hadis Ibnu Mas’ud yang berbunyi, ‘Sesungguhnya Allah mengangkat langit di atas satu jari-Nya dan gunung-ganang di atas jari-jari-Nya (yang lain)’. (Diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan yang lain). Begitu juga dengan lafaz hadis bahawa Nabi s.a.w telah bersabda yang bermaksud, ‘Hati-hati anak Adam berada di antara dua jari dari jari-jari Allah’. (Diriwayatkan oleh Tirmidzi dan ia berkata bahawa ia adalah hadis hasa) begitu jugalah halnya berkenaan hadis-hadis yang lain”.
– Manhaj Aqidah Ahli As-Sunnah Wal Jamaah.