10 ilmu yang wajib dikuasai oleh ahli fiqh
Sebelum meneruskan perbahasan qawa’id fiqh. Saya rasa elok juga kita tahu 10 ilmu yang wajib dikuasai oleh ahli fiqh.
Pertama,
Mengetahui hukum bagi suatu peristiwa atau masalah samaada berdasarkan nas atau istinbath.
Kedua,
Mengetahui al-jam’u wal farqu. Iaitu mengetahui persamaan dan perbezaan.
Mengetahui suatu masalah yang berhimpun dengan masalah yang lain dalam satu hukum dan berbeza dalam hukum yang lain, seperti kafir zimmi dengan muslim. Dalam setengah masalah hukumnya sama tapi dalam masalah yang lain hukumnya berbeza, seperti juga masalah anak kecil dengan yang baligh.
Kadang-kadang dalam 2 masalah, berlaku percanggahan antara nak jam’u dan farqu – memerlukan kefahaman kaedah fiqh. Budak kecil dengan yang dah baligh sama hukum dalam masalah wajib zakat. Tapi dalam masalah solat dibezakan hukum, itu yang jelas. Mungkin boleh timbul hukum yang susah untuk diberikan untuk kedua-duanya antara jam’u dan alfarq.
Ketiga,
بناء المسائل بعضها على بعض
Mengasaskan / membina masalah-masalah sebahagian atas sebahagian yang lain. Seperti dua pendapat imam, daripada ayat :
او لامستم النساء
Jika ia dgn maksud menyentuh lalu membatalkan wudhu’.
- Pendapat tidak membatalkan wudhu’ bersentuh dengan mahram kerana ia bukan merupakan tmpt syahwat.
- Membatalkan semua sekali krn ayat itu umum.
Kedua-dua pendapat imam itu diasaskan daripada 2 qaul / pendapat imam iaitu;
- Boleh disimpulkan daripada sesuatu nas sesuatu makna yang boleh mengkhususkan suatu nas. Seperti di sini boleh disimpulkan satu makna, iaitu ia berkaitan dengan yang boleh menimbulkan syahwat – maka makna itu mengkhususkan nas itu lalu batal wudhu’ hanya kepada yang ada kemungkinan syahwat.
- Tidak harus disimpulkan dari nas satu makna yang boleh mengkhususkan nas.
Keempat,
المطارحات
Daripada kalimah طرح
Makna campak. Iaitu beberapa masalah-masalah yang rumit yang dicampakkan / dikemukakan untuk mengasah fikiran.
Contoh – seorang kemukakan masalah untuk yang lain jawab.
Seorang rampas hamba perempuan, dia jual, pembeli buntingkan hamba itu, tuan asal hamba itu tahu dan dia tuntut lalu dapat semula kepada dia, kemudian hamba itu mati ketika melahirkan anak. Siapa yang kena bayar ganti rugi hamba itu.
Kelima,
المغالطات
Menjerumuskan dalam kesilapan. Maknanya dari segi fekah. Seorang alim mengemukakan kepada seseorang atau jamaah dengan maksud untuk menguji atau menjatuhkan kesilapan dalam menjawab. Seperti contoh, jawapan sepatutnya detail tapi dijawab ringkas atau sebaliknya.
Contoh;
Seorang rampas gandum pada zaman ia mahal. Pada masa murah tuannya tuntut gantirugi. Adakah dia nak tuntut sebanyak yang dirampas atau nilai? Siapa yang jawab dengan sama banyak, maka dia silap begitu juga jika jawab dengan nilai. Kerana ia perlukan perincian. Jika gandum itu rosak dalam tangan perampas sebelum dibuat sesuatu seperti ianya terbakar, maka kena bayar sebanyak itu juga. Jika sudah dikisar, uli, buat roti maka kena bayar nilai. Kerana kisar, uli buat roti dikira sebagai benda jenis nilai.
Itu pandangan yang dinukilkan oleh Abu Said Al-Harawi. Dalam asybah wannazair as-subki kemukakan 1 contoh; Seorang lelaki kata kepada isterinya yang keluar untuk tujuan fasad. Jika engkau tidak membenarkan aku cerita yang engkau keluar untuk tujuan tersebut, maka jatuh talak. Jadi isteri kalau silap jawab, jatuh talak dan silap juga boleh jadi nusyuz. Isteri kena bijak jawab dan ahli fiqh juga kena bijak nak selesaikan kes mcm ni.
Keenam,
الدوريات
Masalah yang berpusing-pusing. Iaitu masalah yang berputar, bila dikatakan sahih ia akan membawa kepada membatalkan atau merosakkannya. Dan begitu jg sebaliknya. Atau bila kita menyabitkan suatu masalah ia akan membawa kpd menafikannya.
Ia terbahagi kepada 2 hukmiyyah dan lafziyyah.
- Berlaku daur atau pusingan pdnya drpd hukum syara’.
- Yang berlaku daripada lafaz yang disebutkan oleh seseorang.
Ia byk berlaku pada masalah cerai, wasiat, merdekakan hamba.
Contoh 1;
Seorang tuan beri izin kepada hambanya untuk kawin dengan mas kahwin RM 1,000 dan dia jamin untuk bayar. Lepas tu dia jual hamba tu kepada isteri hamba dia tu sebelum dukhul dengan duit seribu itu. Maka tak sah jual beli tu. Kerana, kalau kita kata jual beli itu sah, maka wanita tu akan memiliki suaminya. Bila begitu maka batallah nikah tu. Sebab wanita tidak boleh kahwini hamba lelaki. Bila batal nikah dari pihak wanita maka gugurlah mahar. Bila gugur mahar itu maka batallah harga itu. Bila batal harga yang diakadkan maka batallah jual beli. Jadi mengharuskan jual beli itu akan membatalkannya.
Contoh 2;
Suami kata kepada isterinya, kalau aku ceraikan kau bermakna engkau telah diceraikan 3 talak sebelumnya. Kemudian diapun menceraikan isterinya. Beberapa pendapat syafi’eyyah.
Talak tak jatuh langsung kerana beramal dengan daur ini (masalah yang berputar) mengatakannya sah. Kerana kalau talak itu berlaku bermakna telah jatuh sebelumnya 3 talak. Pada ketika itu tak berlaku talak tersebut kerana telah jatuh talak baain.
Ketujuh,
Al-alghaz (teka teki). Dikemukakan suatu masalah dalam bentuk teka teki untuk dijawab oleh seseorang ahli fekah.
Contoh;
Masalah yang dikemukakan itu ialah,
- Siapa yang kerana orang lain mati, maka dia kena qadha solat mungkin untuk beberapa tahun?
- Apakah benda yang dirosakkan oleh muhrim (org yang masih pakai ihram) lalu muhrim tu kena bayar 2 denda?
*Jawapan yang pertama: Ummu walad. Seorang hamba perempuan yang telah digauli tuannya hingga dapat anak. Kematian tuannya di tempat yang lain beberapa lama tapi tak diketahui. Dalam tempoh itu dia bersolat dengan menampakkan rambut. Maka solatnya tak sah dan kena qadha balik.
Kelapan,
الحيل
Helah-helah. Iaitu kepintaran dlm mengatur urusan, tajam pemerhatian dan memusingkan fikiran hingga mencapai maksud.
Al-Hamawi berkata, maksud helah dalam fiqh ialah seseorang mempunyai suatu masalah dalam agama lalu berusaha untuk memperolehi kelepasan dalam masalah itu dengan ikhlaskan diri kepada Allah. Melepaskan diri dari masalah itu hanya diperolehi dengan kepintaran, perhatian yang dalam. Kerana itu dinamakan helah. Ringkasnya maksud helah ialah mencari jalan utk menyelesaikan sesuatu masalah tanpa bercanggah dengan syara’.
Contoh;
Jual beli bahan riba dengan jenis yang sama secara berlebih kurang. Asalnya tidak dibolehkan. Helahnya ialah dengan pihak 1 beli emas dari pihak 2 dengan beberapa dirham, kemudian pihak 1 jual pula emasnya kepada pihak 2 dengan dirham.
Contoh yang mungkin masih ada lagi masyarakat kita buat ialah bayaran zakat dengan makanan asasi. Maka mereka buat supaya boleh bayar dengan duit maka pihak amil sediakan beras. Lalu dia jualkan kepada pembayar kemudian pembayar bayar zakat dengan beras tersebut dan ianya berulang-ulang.
Contoh lain, seseorang yang nak mengelak dari kena zakat binatang ternakan,dia jual hingga kurang dari nisab ditengah-tengah haul. Kemudian, tu beli balik dan perkiraan haul baru bermula semula. Perbuatan ini makruh kerana mengelak dari melakukan qurbah kepada Allah.
Kesembilan,
معرفة الافراد
Iaitu mengetahui pendapat yang ganjil bagi ashab / ulama pengikut mazhab seperti syafie. Seperti fidyah solat bagi orang yang telah mati. Itu adalah pendapat ganjil dari imam Subki yang berbeza dgn ashab lain.
Kesepuluh,
Mengetahui dhobith-dhobith yang menghimpunkan beberapa masalah dari satu bab dan mengetahui setiap kaedah yang terangkum di bawahnya kaedah-kaedah yang lain,dan kaedah-kaedah yang mengembalikan furu’ @ masalah kepadanya. Iaitu mengeluarkan furu’ daripadanya.
Yang dikatakan dhobith ialah – Satu kaedah yang khusus dengan 1 bab sahaja dan dengan maksud menghimpunkan @ menyusun beberapa bentuk masalah yang serupa.
Contoh;
كل كفارة سببها معصية فهي على الفور
Setiap kaffarah yang sebabnya adalah maksiat maka mesti disegerakan. Kaedah ini khusus utk bab kaffarah tapi merangkumi beberapa jenis masalah seperti zihar, bunuh, hubungan suami isteri siang ramadhan. Begitu juga sumpah dengan maksiat. Berbeza dengan kaedah, kerana ia merangkumi banyak bab seperti kaedah yang telah disebutkan sebelum ini.
Maksud daripada yang ke-10 itu ialah;
- Mengetahui dhobith seperti dhobith yang telah dikemukakan di mana denganya mudah untuk menyelesaikan sesuatu masalah dengan diqiyaskan kepada masalah yang lain yang boleh diletakkan di bawah bab yang sama.
- Mengetahui kaedah di mana di bawahnya terdapat / keluar kaedah yang lain.
Seperti kaedah,
اليقين لا يزول بالشك
Yakin tak hilang dgn suatu y syak @ diragui. Kemudian datang suatu masalah yang boleh dimasukkan dalam kaedah tersebut tapi tidak dapat diselesaikan dengannya, seperti masalah seorang yang waswas dalam wudhu’ bila nak basuh kaki asyik lupa apakah dah basuh muka atau belum.
Terdapat beberapa kaedah di bawah kaedah di atas yang boleh digunakan untuk masalah tersebut, tapi kaedah manakah yang sesuai untuk digunakan untuk menyelesaikan masalah itu dan kaedah itu boleh dirujukkan kepada kaedah asal di atas.
Antara yang boleh digunakan ialah;
اذا تعارض الاصل والظاهر وللظاهر عاضد قدم الظاهر
Bila bercanggah asal dan zohir dan zohir mempunyai penyokong maka didahulukan zohir.