Utama Bilik (02) Fiqh Al-Manhaji Pakaian Dan Perhiasan

Pakaian Dan Perhiasan

341
0
Iklan

Bismillah..
Note 56 : ruj Al Fiqh Manhaji 2

PAKAIAN DAN PERHIASAN

1. Hukumnya : hukum asal bagi pakaian dan perhiasan adalah harus samaada di badan, pakaian atau tempat.

Allah SWT berfirman :
“Dan ia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap tiap apa jua yang kamu hajati. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya.”
Surah Ibrahim : 34

2. Perkara Yang Dikecualikan :

2.1. Emas dan perak melainkan jual beli.

2.2. Tidak harus menggunakan kedua duanya sebagai bekas makanan, minuman, dijadikan alat tulis, alat mencelak mata, hiasan rumah dan tempat keramaian, masjid, kedai dan sebagainya sana ada emas dan perak yang digunakan itu besar ataupun kecil.

2.3. Dalil-dalil Haram Digunakan Emas dan Perak :

Rasulullah SAW bersabda :
“Sesiapa yang minum menggunakan bekas daripada emas dan perak, sesungguhnya dia meneguk neraka jahannam ke dalam perutnya.”
Riwayat Muslim : 2065

2.4. Bekas yang ditampal dengan emas dan perak : Haram sama sekali menggunakan bejas yang ditampal emas atau perak sama ada tampalan itu besar atau kecil.

2.5. Hukum Menggunakan Bekas yang Disadur Emas dan Perak :

  Harus menggunakan bekas yang disadur dengan emas atau perak sekiranya sedikit yang tidak terhasilnya emas dan perak daripadanya jika ia dipanaskan dengan api.

2.6. Hukum Menggunakan Bekas yang Dibuat daripada Bahan Galian yang Mahal :

  Harus menggunakan bekasbyang diperbuat daripada bahan galian mahal selain emas dan perak seperti berlian, permata, permata nilam, batu delima, zamrud, kristal dan lain-lain.

2.7. Hikmah Pengharaman Bekas Emas dan Perak :

2.7.1. Allah SWT menjadikan emas dan perak sebagai burung yang berharga untuk manusia dan berfungsi memudahkan urusan dikalangan mereka.

2.7.2. Perbuatan tersebut melukakan hati dan perasaan golongan fakir miskin yang melihat orang kaya menjadikan emas dan perak sebagai penghiasan untuk berbangga, berlagak dan bermegah-megah.

2.7.3. Mencegah manusia terpesona dengan logam yang mahal tersebut sehingga menjadi matlamat mereka berlumba-lumba mengumpulnya sebagai penghiasan dan menyadur rumah dan tempat duduk mereka sebagainya.

2.7.4. Supaya bertentangan dengan gaya hidup seorang kafir dan tidak sama dengan cara mereka yang sememangnya membenci akhirat dan terpesona dengan kemewahan.

2.8. Pengecualian Hukum Haram :

2.8.1. Barang kemas daripada emas dan perak bagi kegunaan sebagai penghiasan diri dengan kadar yang biasa tanpa berlebih-lebihan sama ada perempuan yang berkahwin atau tidak, masih kecik atau dewasa, kaya atau miskin.

2.8.2. Memakai cincin yang diperbuat daripada perak.

Daripada Anas RA berkata :
“Cincin Rasulullah SAW diperbuat daripada perak dan permatanya dari Habsyah.”

Riwayat Muslim : 2094

2.8.3. Keadaan terdesak : hukumnya harus menggunakan emas dalam keadaan ini untuk mengikat gigi dan mengantikan hidung yang cedera.

Komen dan Soalan