Utama Bilik (78) Bulughul Maram & Fathul Bari Kelas 7 : Sahih Al-Bukhari (Cintai Rasulullah s.a.w Termasuk Iman)

Kelas 7 : Sahih Al-Bukhari (Cintai Rasulullah s.a.w Termasuk Iman)

507
0
Iklan

Nota Kitab Al Bukhari

 

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله على نعمه والصلوة والسلام على رسوله الكريم

اللهم انفعنا بما علمتنا و علمنا ما ينفعنا و زدنا علما

رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي 

أما بعد،

Kita mula bab baru bab ke 8

 

8 – باب حُبُّ الرَّسُولِ -صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- مِنَ الإِيمَانِ

 

8-BAB CINTAI RASULULLAH  shallallahu ‘alaihi wasallam TERMASUK IMAN.

 

Penjelasan.

 

1- Bab ini imam al-Bukhari ingin sentuh jenis-jenis iman. Antaranya cinta. Cinta di sini ialah amalan qalbi yang disertakan dengan amalan lahiriah. Amalan yang di lakukan setiap orang melambangkan kecintaannya terhadap yang dicintai.

 

2- Cinta walaupun seolah-olah melambangkan hati sahaja, ia tetap mengukuhkan iman serta akidah seseorang. Dengan cinta manusia sanggup lakukan apa saja. Oleh itu tidak boleh di letak cinta bukan pada kedudukannya. Seperti contoh cinta isteri lain,cinta pada ayah lain, pada ibu lain, pada anak lain dan lain-lain seumpamanya tidak boleh disamakan taraf kedudukannya. Jika tak, maka rosak lah cinta.

 

Ulasan lain mari lihat hadits…

 

صحيح البخاري ١٣: حَدَّثَنَا أَبُو الْيَمَانِ قَالَ أَخْبَرَنَا شُعَيْبٌ قَالَ حَدَّثَنَا أَبُو الزِّنَادِ عَنْ الْأَعْرَجِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ فَوَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَالِدِهِ وَوَلَدِهِ

Shahih Bukhari 13: Telah menceritakan kepada kami Abu Al Yaman berkata, telah mengabarkan kepada kami Syu’aib berkata, telah menceritakan kepada kami Abu Az Zanad

Dari Al A’raj

Dari Abu Hurairah,

bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Maka demi Zat yang jiwaku di tangan-Nya (Allah), tidaklah beriman seseorang di kalangan kamu sehingga lah aku lebih dicintainya daripada ibu bapa nya dan anaknya”.

 

PENJELASAN

 

1- Lafaz makna “Maka demi Zat yang jiwaku di tangan-Nya (Allah)” ; Ini dalil boleh bersumpah dengan tangan Allah. Perkataan sumpah bertujuan untuk menguatkan perkataan yang ingin disampaikan dan juga untuk alih perhatian pendengar agar teliti mendengar perkataannya. Kaedah percakapan sebegini selalu dilakukan oleh Rasulullah.

 

2- Lafaz وَالِدِهِ  ; Asal makna untuk Ayah sahaja. Di pinjam bagi makna kiasan, lalu di guna untuk ayah dan ibu. Kerana kebiasaan manusia berbinkan nama ayahnya, bukan nama ibunya.

 

3- Perasaan cinta terhadap Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam  mesti di lebihi dari cinta terhadap Ibu dan Ayah serta sekalian manusia.

 

4- Cinta yg dimaksudkan ialah mesti dengan diserta ittiba’ur Rasul iaitu mengikut ajaran Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Alasan cinta tidak boleh melampau sehingga tidak ikut ajaran sebenar yang di bawa oleh Rasulullah.

 

‏﴿٣١﴾ قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ ٱللَّهَ فَٱتَّبِعُونِى يُحْبِبْكُمُ ٱللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَٱللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

(31) Katakanlah: “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu”. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

(Ali Imran 3:31)

 

‏﴿١٦٥﴾ وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يَتَّخِذُ مِن دُونِ ٱللَّهِ أَندَادًا يُحِبُّونَهُمْ كَحُبِّ ٱللَّهِ ۖ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ أَشَدُّ حُبًّا لِّلَّهِ ۗ وَلَوْ يَرَى ٱلَّذِينَ ظَلَمُوٓا۟ إِذْ يَرَوْنَ ٱلْعَذَابَ أَنَّ ٱلْقُوَّةَ لِلَّهِ جَمِيعًا وَأَنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلْعَذَابِ

 

(165) Dan diantara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah. Dan jika seandainya orang-orang yang berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka melihat siksa (pada hari kiamat), bahwa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya, dan bahwa Allah amat berat siksaan-Nya (niscaya mereka menyesal).

(Al Baqarah 2:165)

 

Sebab itu lah bila kita cinta kepada ibu bapa maka kita sentiasa ikut dan taat pada mereka melebihi orang lain. Dan Rasulullah ajar kita pula supaya melebihkan cinta padanya melebihi ayah dan ibu.

 

5- Maksud lafaz لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ ialah tidak sempurna iman iaitu tidak beriman secara sebenar mengikut kehendak dan keredhaan Allah. Bukan dengan maksud tiada iman secara mutlak. Walaubagaimana pun tentu saja ada juga yang tiada iman secara mutlak yang mana mereka itu di kalangan manusia yang hanya bertopengkan islam tetapi dalaman hatinya tiada sedikit pun perasaan cinta bahkan benci terhadap Rasulullah.

 

**habis di sini**

 

Rehat 15 minit boleh tanya soalan..

 

? Bagaimana untuk timbulkan perasaan cinta kepada Rasulullah saw.

 

Jawapan:

Amal seperti yang di suruh tinggal apa yang di larang oleh Rasulullah..

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا

 

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)

 

Habis di situ soalan

 

Masuk hadits baru..

 

صحيح البخاري ١٤: حَدَّثَنَا يَعْقُوبُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ قَالَ حَدَّثَنَا ابْنُ عُلَيَّةَ عَنْ عَبْدِ الْعَزِيزِ بْنِ صُهَيْبٍ عَنْ أَنَسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ح و حَدَّثَنَا آدَمُ قَالَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ قَتَادَةَ عَنْ أَنَسٍ قَالَ

قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ 

لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَالِدِهِ وَوَلَدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ

Shahih Bukhari 14: Telah menceritakan kepada kami Ya’qub bin Ibrahim berkata, telah menceritakan kepada kami Ibnu ‘Ulayyah dari Abdul ‘Aziz bin Shuhaib, dari Anas, dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam..

Dan telah menceritakan pula kepada kami Adam berkata, telah menceritakan kepada kami Syu’bah dari Qotadah dari Anas berkata,

Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Tidaklah beriman seorang di kalangan kamu hingga aku lebih dicintainya daripada orang tuanya, anaknya dan dari manusia seluruhnya”.

 

PENJELASAN

 

1- Seperti makna hadist sebelumnya, cumanya hadist ini lebih kepada kecintaan terhadap Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam  melebihi selainnya di kalangan makhluk samada Tok Guru alim ulama, Ketua, Pemimpin masyarakat dan seumpamanya. Manakala kedudukan Allah sebagai Al-Khaliq (Pencipta makhluk) mesti lebih di cintai melebih makhluk yang tiada setaraNya. Ulasan tentang itu kita bincang dalam hadits lepas ini.

 

2- Beza antara cinta terhadap Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dengan cinta terhadap makhluk ialah dengan mentaati Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam sepenuh jiwa raga serta mematuhi setiap yang di bawa olehnya. Tanpa ada sebarang penentangan atau bantahan terhadap Rasulullah sama ada dengan perkataan,hati dan perbuatan. Dan bukan dengan mengadakan dusta terhadap Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dengan amalan bid’ah rekaan yang bukan dari Rasulullah.

 

**habis di sini**

soalan di buka

 

? Bilik 78:

 

Maaf ustaz.. Nak tnya, kebiasaan topik cinta trhadap rasulullah disertai dgn ayat 31 surah ali imran.. Tapi ayat tersebut menceritakan “jika kita mncintai Allah?” dan bukan pada mencintai rasulullah? Mohon pnjelasan ustaz..

 

Jawapan:

Ya benar.. Selepas cinta di sebut ittiba’ makna cinta perlu ada ittiba’.. Ini lah cinta sebenar..bukan dgn asyik dengan bergendang-gendang,menyanyi,berjoget di buat guna nama cinta Rasulullah. Cuba lihat ayat selepasnya juga banyak beri penjelasan lain.

 

‏﴿٣٢﴾ قُلْ أَطِيعُوا۟ ٱللَّهَ وَٱلرَّسُولَ ۖ فَإِن تَوَلَّوْا۟ فَإِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ ٱلْكٰفِرِينَ

 

(32) Katakanlah: “Taatilah Allah dan Rasul-Nya; jika kamu berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir”.

(Ali Imran 3:32)

 

Ayat mula-mula cinta dan ikut Rasulullah. Manakala ayat selepasnya menerangkan tentang taat setia kepada Allah dan RasulNya. Dan di akhiri ayat dgn Allah tak cinta kepada orang yang kufur ingkar. Cuba perhati ayat “Allah tidak cinta”.. Maksudnya kita cinta kepada sesiapa pun mesti lah berbalas cinta itu.. Maka di sini Allah tak cinta jika tak taat.

Wallahu a’lam

 

Bilik119: Bagaimana dengan orang yang mencintai Rasullulah yang sentiasa berselawat pada baginda dan beranggapan bahawa baginda tidak mati dan terus bertawassul dengan baginda. Apa hujjah yang perlu kita bagi kepada mereka?

 

Jawapan:

Ini jelas-jelas syirik jika anggap Nabi tidak mati.. Jika begitu jahat lah para sahabat tanam Nabi hidup-hidup..sepatutnya Nabi larang tanam jasadnya.

 

? Adakah menyintai ahlul bait (habaib) sama dituntut seperti mencintai Rasulullah?

 

Jawapan:

Cinta ahlul bait di tuntut dalam hadits.. Tapi di kalangan ahlul bait bukan lah maksum dari dosa sehingga ada yang agong-agongkan melebihi ahlul bait zaman Nabi dan para sahabat radiyaAllahu anhum

 

?Bilik 79 

Selain mengamalkan apa yang dianjur rasulullah dan meninggalkan segala yang menyelisihinya..apakah amalan-amalan lain yang boleh menjadi penanda aras menyatakan kecintaan kita kepada rasulullah saw?

 

Jawapan:

Nabi tinggalkan harta warisannya berbentuk al-Quran dan sunnah nya.. Ini yang patut di lebih(kan).

 

? Adakah upacara selawat dan bernasyid beramai2 memuji Rasulullah saw boleh dikategori sebagai manifestasi cinta kepada Rasulullah saw.?

 

Jawapan:

Sesiapa boleh dakwa cinta. Tapi cinta sebenar jika Nabi pun turut cinta amalan kita tu.

 

Cikgu Rahim:

صحيح

 

Sambungan jawapan:

Cinta cinta juga tapi jangan melampau dengan samakan cinta pada Allah,bahkan kadang-kadang jika di lihat tahap melampau mereka ada juga melebihkan Rasulullah melebihi Allah.. Ini jelas-jelas syirik.

 

‏﴿١٦٥﴾ وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يَتَّخِذُ مِن دُونِ ٱللَّهِ أَندَادًا يُحِبُّونَهُمْ كَحُبِّ ٱللَّهِ ۖ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ أَشَدُّ حُبًّا لِّلَّهِ ۗ وَلَوْ يَرَى ٱلَّذِينَ ظَلَمُوٓا۟ إِذْ يَرَوْنَ ٱلْعَذَابَ أَنَّ ٱلْقُوَّةَ لِلَّهِ جَمِيعًا وَأَنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلْعَذَابِ

(165) Dan diantara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah. Dan jika seandainya orang-orang yang berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka melihat siksa (pada hari kiamat), bahwa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya, dan bahwa Allah amat berat siksaan-Nya (niscaya mereka menyesal).

 

(Al Baqarah 2:165)

 

‏﴿١٦٦﴾ إِذْ تَبَرَّأَ ٱلَّذِينَ ٱتُّبِعُوا۟ مِنَ ٱلَّذِينَ ٱتَّبَعُوا۟ وَرَأَوُا۟ ٱلْعَذَابَ وَتَقَطَّعَتْ بِهِمُ ٱلْأَسْبَابُ

 

(166) (Yaitu) ketika orang-orang yang diikuti itu berlepas diri dari orang-orang yang mengikutinya, dan mereka melihat siksa; dan (ketika) segala hubungan antara mereka terputus sama sekali.

 

(Al Baqarah 2:166)

 

Al Quran sudah jadi pedoman sepanjang zaman. Jelas-jelas ayat ini sebut tentang mereka yang melampau.

 

? Bilik 78: Bagaimana yang dikatakan jika berselawat ke atas nabi, Allah berselawat 10x ke atas kita? Apakah mksud hadis tersebut?

 

Jawapan:

Selawat adalah doa kepada Allah, minta untuk kebaikan Nabi. Setiap 5 waktu azan di tuntut juga kita berselawat selepas azan. Bukannya duk berjoget-joget,menyanyi-nyanyi melambai-lambai entah apa-apa..

 

Sebab tu jika kita lihat musibah ini zaman lani tahap sungguh kritikal.. Mungkin tak lama lagi berjoget-joget menyanyi-nyanyi sebab nak tunjuk cinta pada Allah pula..

 

Tak pelik, sebab boleh reka-reka.. Guna tiket bid’ah hasanah.. ?

 

 

Mari lihat hadits lepas ini

 

Cara di bawa oleh Imam al-Bukhari sungguh halus melambang kebijaksanaannya dan peka terhadap permasalahan di kalangan masyarakat jahiliah.

 

9 – باب حَلاَوَةِ الإِيمَانِ

 

9-BAB KEMANISAN IMAN.

 

Penjelasan,

 

1- Bab ini untuk menerangkan tahap cinta tertinggi. Seperti maksud ayat

 

‏﴿١٦٥﴾ وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يَتَّخِذُ مِن دُونِ ٱللَّهِ أَندَادًا يُحِبُّونَهُمْ كَحُبِّ ٱللَّهِ ۖ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ أَشَدُّ حُبًّا لِّلَّهِ ۗ وَلَوْ يَرَى ٱلَّذِينَ ظَلَمُوٓا۟ إِذْ يَرَوْنَ ٱلْعَذَابَ أَنَّ ٱلْقُوَّةَ لِلَّهِ جَمِيعًا وَأَنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلْعَذَابِ

 

(165) Dan diantara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah. Dan jika seandainya orang-orang yang berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka melihat siksa (pada hari kiamat), bahwa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya, dan bahwa Allah amat berat siksaan-Nya (niscaya mereka menyesal).

(Al Baqarah 2:165)

 

2- maksud kemanisan iman ialah tahap iman yang terbaik dan termolek. Halawah maksud bahasa melayu “manis” dan boleh juga di maksud dengan “lazat” jadi makna di sini kelazatan iman atau kemanisan iman di capai melalui kelazatan dari melakukan ubudiah yang benar tulus dan murni mengikut syariat Allah.

 

صحيح البخاري ١٥: حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى قَالَ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَهَّابِ الثَّقَفِيُّ قَالَ حَدَّثَنَا أَيُّوبُ عَنْ أَبِي قِلَابَةَ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ

عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ حَلَاوَةَ الْإِيمَانِ أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لَا يُحِبُّهُ إِلَّا لِلَّهِ وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ

Shahih Bukhari 15: Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Al Mutsanna berkata, telah menceritakan kepada kami

Abdul Wahhab Ats Tsaqafi berkata, telah menceritakan kepada kami Ayyub

dari Abu Qilabah,

Dari Anas bin Malik,

Dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, beliau bersabda:

 

“Tiga perkara yang apabila ada pada diri seseorang, ia akan mendapat manisnya iman iaitu Allah dan Rasul-Nya menjadinya lebih dicintainya dari selain keduanya. Dan ia mencintai seseorang, lalu dia tidak mencintainya kecuali kerana Allah. Dan dia benci kembali kepada kekufuran seperti dia benci bila dilempar ke api”

 

PENJELASAN

 

1- Lafaz makna “Kemanisan iman”  ialah, kemuncak iman dan kecintaan seseorang.

Kemuncak iman terletak pada tingginya kelazatan pencapaian imannya sehingga tahap cintanya terhadap Allah melebihi yang lain.

 

2- Dan manakala nisbah cinta sesama makhluk pula terletak pada tingginya cintanya terhadap Rasulullah. Tidak disamakan cinta kepada Rasulullah dengan cinta kepada Allah. Lebih-lebih lagi jika cinta kepada Rasulullah melebihi dari cinta terhadap Allah. Sebab itu, Rasulullah menyebut “Dan ia mencintai seseorang, lalu dia tidak mencintainya kecuali kerana Allah..” iaitu agar dibezakan antara Allah dgn Rasulullah  serta makhluk sekalian.

 

3- Mencintai seseorang “kerana Allah” termasuk kemanisan iman. Seperti contoh, cinta kepada Nabi Muhammad kerana dia adalah pesuruh Allah. Cara cinta kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam  ialah ikut sunnahnya. Seperti firman Allah:

 

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Katakanlah (wahai Muhammad): “jika benar kamu mencintai Allah maka ikutlah daku, nescaya Allah mencintai kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

 

4- Begitu juga “takut melakukan kekufuran” pada Allah sama seperti takut azab Allah  juga termasuk kemanisan iman.

 

**habis di sini sahaja hari ini**

 

Wallahu a’lam

Wabillahi taufiq wal hidayah

 

وآخر دعوانا ان الحمد لله رب العالمين

 

Komen dan Soalan