Utama Bilik (75) Tafsir Al-Quran Tafsir Az-Zumar

Tafsir Az-Zumar

219
0
Iklan

(أَفَمَنْ يَتَّقِي بِوَجْهِهِ سُوءَ الْعَذَابِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۚ وَقِيلَ لِلظَّالِمِينَ ذُوقُوا مَا كُنْتُمْ تَكْسِبُونَ)[Surat Az-Zumar: 24]

Bismillahirrahmanirrahim

Allahuma rabbanaa. Rabbi yassir wala tu assir. Watammim bilkhair.

Rabbana zidna ilma

Apabila kita telah tahu tuntutan Allah kepada orang-orang beriman bila ayat-ayat dibaca kepadanya kulit-kulit dan hati mereka bergetar.  Bila mereka sendiri baca kulit-kulit dan hati mereka jadi tenang. Maka mereka belajar untuk sebar ugama pula.

Allah berfirman;

“Apakah seorang yang menyanggah dengan mukanya azab pada hari kiamat, maka adakah lebih baik daripada orang yang selamat sejahtera di dalam syurga?

Maksudnya tentulah lebih baik ahli syurga. Apa maksud sanggah dengan muka api neraka? Macam ahli sepak takrawkah? Bukan begitu.

(إِذِ الْأَغْلَالُ فِي أَعْنَاقِهِمْ وَالسَّلَاسِلُ يُسْحَبُونَ)[Surat Ghafir: 71]

Ketika diikat 2 tangan ahli-ahli neraka pada leher mereka dan rantai besi di belit pada tubuh mereka.  Rantai besi berukuran 40 hasta.  Boleh bergerak lagikah? Tentu tidak boleh bergerak, di seret ke air panas, diseret pada kaki. Tetapi sebelum diseret kaki mereka, mereka dilempar dengan bola api ke muka. Akibat  daripada tidak dapat bergerak untuk menahan bola api yang di lempar ke arah mereka,  maka mereka terpaksa menyanggah api itu dengan muka.

(أَفَمَنْ يَتَّقِي بِوَجْهِهِ سُوءَ الْعَذَابِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۚ وَقِيلَ لِلظَّالِمِينَ ذُوقُوا مَا كُنْتُمْ تَكْسِبُونَ)[Surat Az-Zumar :24]

Tadi azab api terpaksa sanggah dengan muka kerana tertambat.  Kemudian mereka di seret untuk dicelup ke dalam air panas. Berjuta-juta  ◦C panasnya.  Bila elok empuk maka di dalam api pula mereka dipanggang (Ghafir: 72).

Bila mereka telah  letih daripada azab yang tidak mati-mati ini dan dikatakan kepada  mereka, maka azab jiwa/rohani pula selepas di azab fizikal.

Dikatakan pada orang yang  zalim iaitu orang yang syirik bidaah itu, rasakanlah azab neraka ini dgn sebab apa yang telah kamu lakukan dahulu.

Soalan

Ustaz, jika orang-orang yang syirik bid’ah itu tidak tahu yang perbuatan mereka itu salah adakah mereka akan diazab juga? Maksud saya, mereka sudah biasa ikut-ikut guru atau ustaz mereka seperti puak-puak pengikut habib dan tarikat.  Macam situasi sekarang ni kebenaran dihalang sedang yang bathil dikatakan kebenaran. Macam Kit Halau Hantu yang telah di endorse dan diiktiraf  itulah. Macam saya kata dengan kawan-kawan, saya sedang belajar dengan Tok Guru, mereka kata, entah-entah sesat..mana awak tahu itu betul? Maksudnya mentaliti mereka ini yang betul itu yang ditauliahkan atau dijemput oleh Mufti negeri seperti Ustaz Don Danial dan lain-lain.

Jawapan

Kembali kepada  asas yang  nabi ajar.  Terdapat lebih daripada 70 ayat turun tentang mendirikan solat dan keluarkan zakat di Mekah. Kenapa begitu? Ustaz pernah Tanya Maulana Hadi berkenaan hal ini.  Maulana Hadi kata semasa zaman Nabi di Mekah selama 13 tahun mengajar, kaum musyrikin buat macam-macam di Kaabah.  Buat macam-macam pada Nabi dan para sahabat. Para sahabat bukan penakut dan mereka minta untuk melawan balik tapi Allah turunkan  ayat di atas tadi maka redalah kemarahan orang-orang beriman.

Bagaimana dan apa yang Nabi buat? Nabi terus ajar sahabat-sahabat supaya mantap tauhid dan kefahaman ugama.  Itu lah akiimussolah wa aatuzzakah.

Berbalik pada soalan tadi.   Kita ini baru sahaja mula belajar. Tugas sekarang ialah selamatkan diri kamu dengan mempelajari Al-Quran dan Hadis dan ajarkan kepada keluarga,selamatkan mereka daripada neraka, sambil kita tabligh sedikit-sedikit pada orang lain. 

Di mana sahaja ustaz mengajar beginilah soalan yang diterima.  Itulah hidayah Allah yang telah  sampai kepada kita.  Kita tidak suka tengok syirik dan bidaah berlaku di depan mata kita. Dahulu ada juga perasaan itu tetapi sekarang makin kuat.  Itulah hidayah Allah.  Mereka tidak suka kita beritahu perkara itu, maka itulah tanda wahyu Allah  telah sampai maka mereka jadi tidak suka.

Apa makna tazkiah ?

Tazkiah itu adalah pembersihan sama erti dengan tazkiyatun nafs yang bermaksud pembersihan atau penyucian jiwa. Masalahnya apa itu pembersihan hati? Pembersihan hati daripada syirik dan bidaah.

Tahukah bahawa ada orang buat kitab berjilid, berdepa-depa kalau disusun?
Kitab yang berdepa-depa yang puak-puak tertentu belajar dan yang berakidah nur Muhammad ini adalah kitab tasawuf. Mereka kata kitab ini menyucikan hati. Tetapi kitab ini menghuraikan sifat-sifat penyakit hati, riak, ujud dan takabbur.

(كَمَا أَرْسَلْنَا فِيكُمْ رَسُولًا مِنْكُمْ يَتْلُو عَلَيْكُمْ آيَاتِنَا وَيُزَكِّيكُمْ وَيُعَلِّمُكُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَيُعَلِّمُكُمْ مَا لَمْ تَكُونُوا تَعْلَمُونَ)[Al-Baqarah: 151]

“Nikmat berkiblatkan Kaabah yang Kami berikan kepada kamu itu), samalah seperti (nikmat) Kami mengutuskan kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu (iaitu Muhammad), yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu, dan membersihkan kamu (dari amalan syirik dan maksiat), dan yang mengajarkan kamu kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan, dan mengajarkan kamu apa yang belum kamu ketahui.”

Menyucikan kamu daripada syirik dan bidaah yang berpahat di dalam hati.  Daripada perkataan tazkiah ini  di heret-heret menjadi berpuluh-puluh jilid sampai pelajar jadi hilang maksud tazkiah, sedangkan tujuan tazkiah adalah untuk membersihkan hati  daripada syirik bidaah.  Tugas guru pula adalah seperti yang dinyatakan di ayat 151 di atas,

Sepertimana Kami beri wahyu kepada kamu Nabi Muhammad saperti itu jugalah Kami beri kepada kamu seorang Rasul daripada kalangan kamu sendiri, orang yang tahu bahasa kamu.  Guru itu akan membaca kepada kamu ayat-ayat Kami.  Tabligh mesti guna Al Quran dan untuk menyucikan hati kamu daripada syirik bidaah, mengajarkan kamu tafsir Al Quran, hikmah hadis nabi serta mengajar kamu apa yang sebelum ini kamu tidak tahu.

Masa mula-mula ustaz mengajar pun terjadi seperti yang terjadi pada kamu semua. Ada ejekan, mereka juga dari kalangan ustaz, kaum keluarga dan kawan-kawan.  Oleh itu guru pertama sekali perlu diberitahu kepada murid-murid adalah tauhid dan syirik, amal soleh dan bidaah.  Sesiapa yang jadi ustaz/ustazah esok ajarlah dulu syirik dan kedua bidaah. Jika tidak maka tidak sanggup ustaz hendak berdepan dengan Allah jadi saksi antara murid dan ustaz.

 

Komen dan Soalan