Iklan
Ringkasan Fiqh Ramadhan:
84. Menziarahi sanak saudara dan rakan-rakan.
شَرُّ الطعامِ طعامُ الوَليمَةِ، يُدْعَى لها الأغْنياءُ ويُتْرَكُ الفُقَراءُ، ومَن تَرَكَ الدَّعْوَةَ فقدْ عصى الله تعالى ورسوله صلَّى اللهُ عليه وسلَّم .الراوي : أبو هريرة | المحدث : البخاري | المصدر : صحيح البخاريالصفحة أو الرقم: 5177 | خلاصة حكم المحدث : [صحيح]
“Seburuk-buruk makanan adalah makan pada walimah, hanya diundang orang-orang kaya, sedangkan tidak diundang orang-orang miskin. Sesiapa yang tidak memenuhi undangan, dia telah derhaka kepada Allah dan Rasul-Nya ﷺ.” – Shahih Al-Bukhari, no. 5177.
لَا تَدْخُلُوا بُيُوتَ النَّبِيِّ إِلَّا أَن يُؤْذَنَ لَكُمْ إِلَىٰ طَعَامٍ غَيْرَ نَاظِرِينَ إِنَاهُ وَلَٰكِنْ إِذَا دُعِيتُمْ فَادْخُلُوا فَإِذَا طَعِمْتُمْ فَانتَشِرُوا وَلَا مُسْتَأْنِسِينَ لِحَدِيثٍ
“Janganlah kalian masuk ke rumah-rumah Nabi kecuali apabila kalian dijemput untuk makan, tanpa menunggu waktu masak. Tetapi apabila kalian dijemput, maka masuklah. Apabila kalian telah selesai makan, hendaklah kalian bersurai dan jangan kalian memanjangkan perbualan.” – Al-Ahzab, ayat 53.
= = = = = = = = = =
Penjelasan:
1. Amalan ini sangat dianjurkan terutama bagi seseorang yang jarang bertemu, contohnya bekerja jauh dari kampung halaman. Namun, ada beberapa adab yang harus dipatuhi ketika berkunjung ke rumah sanak saudara atau rakan-rakan:
(a) Memenuhi undangan, kecuali ada suatu keuzuran.
(b) Hanya masuk ke rumah selepas mendapat keizinan daripada tuan rumah.
(c) Mengelakkan percampuran antara lelaki dan wanita.
(d) Menjaga hati tuan rumah.
(e) Tidak memberatkan tuan rumah.
(f) Tidak berlama-lama di rumah tersebut, melainkan memang diminta oleh tuan rumah.
2. Bagi tuan rumah yang menerima kehadiran tetamu pula, ada adab-adab tertentu yang harus dipatuhi:
(a) Tidak membuka ruang kepada kemaksiatan, misalnya mengadakan acara karaoke dan menari, dan seboleh-bolehnya menyediakan ruang yang memisahkan antara tetamu lelaki dan wanita.
(b) Tidak hanya mengundang orang-orang kaya sahaja, malah tidak mempedulikan jiran-jiran yang miskin.
(c) Menyajikan makanan menurut kemampuannya, dan tidak melakukan pembaziran.
= = = = = = = = = =
Hashtag: #fiqhpuasa