Utama Bilik (64) Syamail Muhammadiyyah Hadis 7: Sifat Fizikal Dan Akhlak Rasulullah saw

Hadis 7: Sifat Fizikal Dan Akhlak Rasulullah saw

958
0
Iklan

شرح الديارية

لأحاديث الشمائل المحمدية

للإمام أبي عيسى محمد بن عيسى بن سورة

(المتوفي سنة 279 هجرية)

Syarhu d-Diyariyyah

Li’ahadis Asy-Syama’il Al-Muhammadiyyah

Lil-Imam Abi `Isa Muhammad bin `Isa bin Sawrah

Hadis 7

7- حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ عَبْدَةَ الضَّبِّيُّ الْبَصْرِيُّ، وَعَلِيُّ بْنُ حُجْرٍ، وَأَبُو جَعْفَرٍ مُحَمَّدُ بْنُ الْحُسَيْنِ وَهُوَ ابْنُ أَبِي حَلِيمَةَ، وَالْمَعْنَى وَاحِدٌ، قَالُوا: حَدَّثَنَا عِيسَى بْنُ يُونُسَ، عَنْ عُمَرَ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ مَوْلَى غُفْرَةَ، قَالَ: حَدَّثَنِي إِبْرَاهِيمُ بْنُ مُحَمَّدٍ مِنْ وَلَدِ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ، قَالَ: كَانَ عَلِيٌّ إِذَا وَصَفَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: لَمْ يَكُنْ رَسُولُ اللَّهِ بِالطَّوِيلِ الْمُمَّغِطِ، وَلَا بِالْقَصِيرِ الْمُتَرَدِّدِ، وَكَانَ رَبْعَةً مِنَ الْقَوْمِ، لَمْ يَكُنْ بِالْجَعْدِ الْقَطَطِ، وَلَا بِالسَّبْطِ، كَانَ جَعْدًا رَجِلًا، وَلَمْ يَكُنْ بِالْمُطَهَّمِ وَلَا بِالْمُكَلْثَمِ، وَكَانَ فِي وَجْهِهِ تَدْوِيرٌ، أَبْيَضُ مُشَرَبٌ، أَدْعَجُ الْعَيْنَيْنِ، أَهْدَبُ الْأَشْفَارِ، جَلِيلُ الْمُشَاشِ وَالْكَتَدِ، أَجْرَدُ ذُو مَسْرُبَةٍ، شَثْنُ الْكَفَّيْنِ وَالْقَدَمَيْنِ، إِذَا مَشَى تَقَلَّعَ كَأَنَّمَا يَنْحَطُّ فِي صَبَبٍ، وَإِذَا الْتَفَتَ الْتَفَتَ مَعًا، بَيْنَ كَتِفَيْهِ خَاتَمُ النُّبُوَّةِ، وَهُوَ خَاتَمُ النَّبِيِّينَ، أَجْوَدُ النَّاسِ صَدْرًا، وَأَصْدَقُ النَّاسِ لَهْجَةً، وَأَلْيَنُهُمْ عَرِيكَةً، وَأَكْرَمُهُمْ عِشْرَةً، مَنْ رَآهُ بَدِيهَةً هَابَهُ، وَمَنْ خَالَطَهُ مَعْرِفَةً أَحَبَّهُ، يَقُولُ نَاعِتُهُ: لَمْ أَرَ قَبْلَهُ وَلَا بَعْدَهُ مِثْلَهُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

قَالَ أَبُو عِيسَى: سَمِعْتُ أَبَا جَعْفَرٍ مُحَمَّدَ بْنَ الْحُسَيْنِ، يَقُولُ: سَمِعْتُ الْأَصْمَعِيَّ، يَقُولُ فِي تَفْسِيرِ صِفَةِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: الْمُمَّغِطُ: الذَّاهِبُ طُولًا. وَقَالَ: سَمِعْتُ أَعْرَابِيًّا، يَقُولُ فِي كَلَامِهِ: تَمَغَّطَ فِي نَشَّابَتِهِ أَيْ مَدَّهَا مَدًّا شَدِيدًا. وَالْمُتَرَدِّدُ: الدَّاخِلُ بَعْضُهُ فِي بَعْضٍ قِصَرًا. وَأَمَّا الْقَطَطُ: فَالشَّدِيدُ الْجُعُودَةِ. وَالرَّجُلُ الَّذِي فِي شَعْرِهِ حُجُونَةٌ، أَيْ تَثَنٍّ قَلِيلٌ. وَأَمَّا الْمُطَهَّمُ فَالْبَادِنُ الْكَثِيرُ اللَّحْمِ. وَالْمُكَلْثَمُ: الْمُدَوَّرُ الْوَجْهِ. وَالْمُشَرَبُ: الَّذِي فِي بَيَاضِهِ حُمْرَةٌ. وَالْأَدْعَجُ: الشَّدِيدُ سَوَادِ الْعَيْنِ. وَالْأَهْدَبُ: الطَّوِيلُ الْأَشْفَارِ. وَالْكَتَدُ: مُجْتَمِعُ الْكَتِفَيْنِ وَهُوَ الْكَاهِلُ. وَالْمَسْرُبَةُ: هُوَ الشَّعْرُ الدَّقِيقُ الَّذِي كَأَنَّهُ قَضِيبٌ مِنَ الصَّدْرِ إِلَى السُّرَّةِ. وَالشَّثْنُ: الْغَلِيظُ الْأَصَابِعِ مِنَ الْكَفَّيْنِ وَالْقَدَمَيْنِ. وَالتَّقَلُّعُ: أَنْ يَمْشِيَ بِقُوَّةٍ. وَالصَّبَبُ الْحُدُورُ، نَقُولُ: انْحَدَرْنَا فِي صَبُوبٍ وَصَبَبٍ. وَقَوْلُهُ: جَلِيلُ الْمُشَاشِ يُرِيدُ رُءُوسَ الْمَنَاكِبِ. وَالْعِشْرَةُ: الصُّحْبَةُ، وَالْعَشِيرُ: الصَّاحِبُ. وَالْبَدِيهَةُ: الْمُفَاجَأَةُ، يُقَالُ: بَدَهْتُهُ بِأَمْرٍ أَيْ فَجَأْتُهُ.

7- Telah bercerita kepada kami Ahmad bin `Abdah Adh-Dhabbiy Al-Basriy, dan `Aliy bin Hujr, dan Abu Ja`far Muhammad bin Al-Husayn – dan dia ialah Ibnu Abi Halimah – dan maknanya sama, mereka berkata: Telah bercerita kepada kami `Isa bin Yunus, daripada `Umar bin `Abdi Llah mawla Ghufrah, dia berkata: Telah bercerita kepada saya Ibrahim bin Muhammad – antara anak `Aliy bin Abi Talib – dia berkata: `Aliy apabila dia mensifatkan Rasula Llah, dia berkata: Bukanlah Rasulu Llah orang yang tinggi lampai, dan bukan orang yang pendek tenggelam, dan dia ialah orang yang bersaiz sederhana dalam kalangan kaumnya. Bukanlah dia keriting pendek, dan bukan lurus. Dia ialah keriting ikal. Dan bukanlah dia orang yang gemuk, dan bukan orang yang bermuka bulat. Dan pada mukanya terdapat pusaran. Putih kemerahan. Sangat hitam dua mata. Sangat panjang bulu mata. Besar sendi dan belikat. Badan tidak berbulu. Mempunyaï bulu dada. Tebal dua tapak tangan dan dua tapak kaki. Apabila dia berjalan dia bergegas seolah-lah dia turun daripada cerun. Apabila dia menoleh, dia menoleh bersama-sama. Di antara dua bahunya terdapat mohor kenabian, dan ia ialah mohor para nabi. Manusia yang paling mulia dada. Dan manusia yang paling benar tutur kata. Dan yang paling lembut antara mereka peribadi. Dan paling mulia antara mereka pergaulan. Sesiapa melihatnya tiba-tiba, akan memuliakannya. Dan sesiapa yang bergaul dengannya dengan pengetahuan, akan mencintaïnya. Berkata penceritanya: Tidak pernah saya melihat sebelumnya dan tidak selepasnya orang yang sepertinya.

 

Berkata Abu `Isa: Saya telah mendengar Aba Ja`far Muhammad bin Al-Husayn, dia berkata: Saya telah mendengar Al-Asma`iy, dia berkata berkenaan tafsir sifat Nabi: (الْمُمَّغِطُ) lampai: yang pergi dengan tinggi. Dan dia berkata: Saya telah mendengar A`rabiy, dia berkata dalam ucapannya: Dia telah memanjang pada panahnya, iaitu dia telah memanjangkannya dengan kepanjangan yang melampau. Dan (الْمُتَرَدِّدُ) tenggelam: yang masuk sebahagiannya pada sebahagian (yang lain) disebabkan pendek. Dan (الْقَطَطُ) pendek pula: maka melampau keriting. Dan lelaki yang terdapat pada rambutnya kekeritingan, iaitu bergulung sedikit. Dan (الْمُطَهَّمُ) orang yang gemuk: maka orang gemuk yang banyak daging. Dan (الْمُكَلْثَمُ) orang yang bermuka bulat: bulat mukanya. Dan (الْمُشَرَبُ) kemerahan: pada putihnya terdapat merah. Dan (الْأَدْعَجُ) sangat hitam: bersangatan kehitaman mata. Dan (الْأَهْدَبُ) sangat panjang: panjang bulu mata. Dan (الْكَتَدُ) belikat: pertemuan dua bahu dan ia ialah bahagian belakang yang atas. Dan (الْمَسْرُبَةُ) bulu dada: ia ialah bulu yang nipis yang seolah-olah batang kayu dari dada ke pusat. Dan (الشَّثْنُ) tebal: tebal jari-jari dua tapak tangan dan dua tapak kaki. Dan (التَّقَلُّعُ) bergegas: iaitu dia berjalan dengan kekuatan. Dan (الصَّبَبُ) cerun: tanah tinggi. Kita berkata: Kami telah turun pada tempat sampah dan cerun. Dan katanya (جَلِيلُ الْمُشَاشِ) besar sendi: dia maksudkan kepala tulang empat kerat. Dan (الْعِشْرَةُ) pergaulan: persahabatan. Dan (الْعَشِيرُ): sahabat. Dan (الْبَدِيهَةُ) tiba-tiba: secara mengejut, dikatakan: Saya telah mengejutkannya dengan sesuatu perkara iaitu saya telah secara tiba-tiba terhadapnya.

 

Syarah Adou_Fr:

 

Hadis ini ialah penceritaan salah seorang anak kepada `Aliy, tentang bagaimana `Aliy mensifatkan Muhammad. Walau bagaimanapun, laras bahasa yang digunakan adalah sangat sukar.

 

Hadis memulakan dengan menceritakan bahawa Nabi tidak tinggi dan tidak rendah. Namun, kata sifat yang digunakan adalah berbeza iaitu (الْمُمَّغِطُ) lampai, iaitu kepanjangan yang melampau seolah-olah sengaja dipanjang-panjangkan, dan (الْمُتَرَدِّدُ) tenggelam, iaitu apabila dia berdiri, dia tidak tenggelam dalam kumpulan manusia tersebut sehingga tidak kelihatan. Justeru, ini ialah penegasan bahawa Nabi adalah pertengahan tingginya. Seterusnya dijelaskan tentang rambut Nabi yang tidak keriting melampau dan tidak lurus, tetapi keriting ikal.

 

Hadis diteruskan dengan penjelasan tentang saiz badan Nabi yang tidak gemuk dan tidak bermuka bulat disebabkan tembam. Namun, pada wajah Nabi terdapat pusaran, iaitu seolah-olah bulat, atau hampir bulat.

 

Seterusnya dinyatakan tentang kulit Nabi yang putih kemerahan. Sila rujuk syarah hadis pertama tentang maksud putih, iaitu coklat cerah, bukan putih susu. Mata Nabi sangat hitam anak matanya, dan ini isyarat bahawa bola matanya sangat putih. Kemudian dijelaskan bahawa bulu matanya sangat panjang.

 

Sendi Nabi adalah besar, iaitu hujung tulang empat kerat, begitu juga dengan bahagian belikat atau bahagian belakang sebelah atasnya. Dadanya tidak mempunyaï bulu kecuali hanya bulu nipis dari dada sehingga ke pusat. Dua tapak tangan dan dua tapak kaki Nabi adalah tebal iaitu pada bahagian jari-jarinya.

 

Hadis menjelaskan tentang cara berjalan Nabi yang bergegas atau cepat langkahnya, dan dia berjalan dengan kekuatan, seolah-olah dia menuruni cerun dan lembah, bukan dengan lemah longlai. Apabila Nabi berpaling, dia tidak mencuri pandangan dengan sebelah badan sahaja, tetapi dia memusingkan bersama-sama badannya menghadap. Di antara dua bahunya terdapat mohor kenabian.

 

Nabi dijelaskan sebagai seorang yang paling mulia dadanya, iaitu hatinya. Ini bermaksud Nabi seorang yang pemurah dan sentiasa memberi, juga bermaksud Nabi sentiasa berlapang dada dengan cemuhan dan caci maki kaumnya.

 

Apabila Nabi bercakap, dia sentiasa bercakap benar dan tidak menipu, dan dia paling lembut peribadinya serta paling mulia pergaulannya.

 

Hadis menjelaskan bahawa jika seorang tidak pernah berjumpa Nabi, tetapi tiba-tiba terserempak dengan Nabi, orang itu akan terus memuliakannya. Begitu juga para sahabat yang melazimi dan bergaul dengan Nabi, pasti akan mencintaï Nabi.

 

Seterusnya dijelaskan bahawa si pencerita atau orang yang mensifatkan Nabi ini, dia berkata bahawa dia tidak pernah melihat seseorang pun yang seperti Nabi sebelum Nabi dan selepasnya.

 

Setelah hadis ini tamat, disambung dengan “Berkata Abu `Isa:” dan ini ialah gaya bahasa yang digunakan oleh Imam At-Tirmizi untuk menghuraikan atau menambah keterangan terhadap sesuatu hadis. Pada bahagian ini, Imam At-Tirmizi menjelaskan tafsir kata-kata sifat yang digunakan dalam hadis, dan ini menunjukkan ketinggian bahasa yang digunakan. Ia sangat sukar untuk difahami – hatta oleh manusia pada zaman itu – sehingga memerlukan kepada penjelasan. Malangnya, dalam kitab-kitab terjemahan, bahagian ini ditinggalkan sesuka hati kerana dianggap tidak penting, sedangkan ia adalah bahagian paling penting untuk memahami maksud sebenar sesuatu kata dalam hadis.

 

Adou_Fr berkata: Justeru, adalah salah jika seseorang dengan mudah menterjemah hadis Nabi, tanpa memikirkan setiap kata dan kesesuaian kata tersebut. Hatta pada zaman Imam At-Tirmizi sendiri hadis ini sudah sukar untuk difahami, maka apatah lagi dengan bahasa `Arab yang asas, atau hanya bergantung kepada kamus, maka ia adalah perbuatan yang salah. Justeru, adalah tidak wajar jika seseorang hanya memahami hadis berdasarkan terjemahan semata-mata, dan adalah salah jika seseorang memuktamadkan agamanya hanya daripada apa yang diterjemah semata-mata. Kita berlindung dengan Allah daripada kesilapan orang yang bermudah-mudah menterjemah tanpa memahami dan menghayati setiap kata yang ada dalam hadis.

 

ترجمة وشرح باللغة الماليزية 

Terjemahan dan Syarah oleh

محمد عدلن بن محمد شريف الدين بن أحمد بن جعفر الدياري

ADÖULINÉ Lacharouphe

Mohd `Adlan Bin Mohd Shariffuddin

Komen dan Soalan