Utama Bilik (104) Fikratuna Perbetulkan Fikrah kita

Perbetulkan Fikrah kita

202
0
Iklan

Fikrah itu adalah pemikiran apa yg kita faham tentang Islam. Ada orang faham Islam itu adalah setakat ibadat ritual.  Ada orang faham Islam itu politik dan mengabaikan akhlak. Islam adalah agama Allah yang syumul, sempurna dan lengkap. 

Apakah beza di antara fikrah dengan manhaj? Manhaj itu aliran.  Bagaimana hendak amalkan atau hendak terapkan Islam yang syumul dalam hidup kita?  Ia mesti bermula dengan syahadah yang betul.  Titik permulaan mesti betul.  Aku bersumpah dan berjanji serta mengakui, tidak ada yang berhak disembah dan dipuja melainkan Allah dan aku bersumpah dan berjanji serta mengakui Muhammad itu hamba Allah dan Rasulullah, yakni kita akan ikut Rasulullah saw. 

Kita kena faham Al Quran dan As Sunnah. Faham untuk amal. Asas ini perlu ditegakkan dalam-dalam. Para sahabat bersikap, sami’na wa atho’na, kami dengar dan kami patuh kerana asas mereka benar dan kukuh.  Kita baiki diri kita dulu, kita fikir diri kita kemudian keluarga kita. Inilah permulaannya. 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ

“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” Surah At-Tahrim (66:6)

Kita masih banyak lagi yang perlu diperbaiki.  Belilah buku-buku tentang Sunnah, Al Quran terjemahan, baca dan baca.  Bermula dari diri kita sendiri seterusnya keluarga.   Selamatkan diri dari api neraka, selamatkan keluarga dari api neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu. Banyak pengorbanan, usaha dan masa. Bermujahadalah.

1. Cari hidayah mujahadah 
2. Amal hidayah mujahadah 
3. Sebarkan kepada orang lain.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ ۖ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ۚ ذَٰلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا

“Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.” Surah An-Nisa’ (4:59).

Komen dan Soalan