Tahqiq:
Iaitu kelajuan seperti tartil. Cuma ia lebih lambat dan perlahan. Kelajuan ini biasanya dilaksanakan bagi mereka yang baru belajar tentang al-Quran supaya dapat melatih lidah menyebut huruf dan sifatnya dengan tepat dan betul.
Tartil:
Ialah bacaan perlahan-lahan, tenang ketika melafazkan huruf-huruf daripada makhrajnya dan sifatnya dengan memberikan hak sifat semula jadi huruf dan mustahaknya (sifat-sifat mendatang) serta bertadabbur dengan maknanya. Biasanya dibaca oleh mereka yang sudah mengenal makhraj huruf, sifat-sifatnya dan tahu hukum tajwid. Tingkatan bacaan ini adalah lebih baik dan lebih diutamakan.
Tadwir:
Kelajuan bacaan pertengahan di antara kelajuan bacaan tartil dan hadar.
Hadar:
Bacaan cepat serta tetap dengan menjaga kesemua hukum tajwid dan biasanya diamalkan oleh para penghafaz al-Quran atau orang yang mentasmik hafazan di hadapan gurunya.