Utama Bilik (101) Fiqh Wanita 1 FIQH WANITA 20 ( UMUM )

FIQH WANITA 20 ( UMUM )

349
4
Iklan

Soalan 1
Bagaimana cara Rasulullah SAW mengangkat hadas besar? Sekiranya kita telah mengangkat hadas besar perlukah lagi untuk mengangkat hadas kecil?
Jawapan 1 Thtl
2 dalam 1 hadath
Jika dah mandi junub maka automatik, hadath kecil dah terangkat.
hadith aisyah berkata,
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يَغْتَسِلُ وَيُصَلِّى الرَّكْعَتَيْنِ وَصَلاَةَ الْغَدَاةِ وَلاَ أُرَاهُ يُحْدِثُ وُضُوءًا بَعْدَ الْغُسْلِ.
“Rasulullah saw biasanya mandi dan langsung salat dua rakaat salat Subuh dan aku tidak melihat beliau memperbaharui wudhu kembali.” HR Termidzi, sahih

Soalan 2
Apa hukum memakai rantai kaki.? Ada yang cakap memakai rantai kaki tu sama seperti kita mengikut budaya hindu..
Mohon penjelasan.
Jawapan 2 Thtl
Hukum wanita pakai rantai kaki
Mubah atau harus, dalilnya:
وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ
Terj:
“…janganlah para wanita itu menghentak-hentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.” (AQS. An-Nur: 31)
Kata Imam Ibn Jarir dalam tafsir Tobarinya, sejak dulu, wanita sudah pakai gelang kaki, yang dilarang ialah membunyikan gelang kaki bila dia lalu di depan lelaki untuk tujuan menggoda. Jika bukan untuk tujuan itu, maka harus memakainya.

Soalan 3
Boleh jelaskan maksud kerja yang berkat atau duit yang berkat..
Jawapan 3 Thtl
Pekerjaan berkat, duit pun berkat
pertama: maksud berkat
Lughawi, bahasa, tumbuh dan bertambah banyak
Raghib Isfahani, berkat=Keberkatan itu ialah tetapnya kebaikan Tuhan di dalam sesuatu.
contoh maksud berkat:
Sesungguhnya rumah yang mula-mula dibangun untuk (tempat beribadat) manusia, ialah Baitullah yang di Bakkah (Mekah) yang diberkahi dan menjadi petunjuk bagi semua manusia.” AQ 3:96
maka berkatnya Mekah ni, ia semakin lama semakin besar, maju, semakin ramai jamaah umrah dan haji, mendatangkan kemakmuran kepada penduduknya dan negara saudi.
Maka berkat kepada kerja, maksudnya kerja tersebut halal, walaupun gaji kecil, tetapi ia mencukupi bagi nya, keluarganya bahagia
contoh yang tidak berkat, gaji CEO, tapi tak berkat, sebab rasuah,salah guna kuasa, namun hidupnya tidak bahagia

Soalan 4
Bagaimanakah cara terbaik untuk beriktikaf di masjid ketika bulan ramadhan bagi seorang wanita?
Jawapan 4 Thtl
I’tikaf bagi wanita
Ianya sunnah, dalil:
dari Aisyah ra,
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَرَادَ أَنْ يَعْتَكِفَ فَلَمَّا انْصَرَفَ إِلَى الْمَكَانِ الَّذِي أَرَادَ أَنْ يَعْتَكِفَ إِذَا أَخْبِيَةٌ خِبَاءُ عَائِشَةَ وَخِبَاءُ حَفْصَةَ وَخِبَاءُ زَيْنَبَ
“Bahwasanya Nabi saw hendak beri’tikaf. Maka ketika beliau beranjak ke tempat yang hendak dijadikan beri’tikaf, di sana sudah ada beberapa khemah, yaitu khemah Aisyah, khemah Hafshah, dan khemah Zainab.” HR Al Bukhari (2033) dan Muslim (1173)
Dengan dua syarat:
1. izin wali jika bujang, suami jika isteri
2. aman dari fitnah
Ruj: abu malik kamal, sahih Fiqh Sunnah II/151-152)

Soalan 5
Dipejabat saya ada surau kecil.Bahagian lelaki dan wanita dibahagikan dengan partition kayu.Bagaimana cara perempuan nak minta solat jemaah dengan lelaki?
Jawapan 5 Thtl
Posisi wanita dalam surau kecil
Hukumnya harus untuk 4 mazhab. yang dilarang, wanita solat bersebelahan lelaki tanpa tirai atau dinding atau partition. Jika ada partition, maka hukumnya boleh. ia bergantung kepada design mesjid, ideal, partition adalah ruang wanita di belakang, kalau double story seperti di saudi, wanita di tingkat atas
(Imam Nawawi, al-Majmuk, Jld 3, bab wanita dan solat jamaah)

Soalan 6
Maknanya kedua solat itu sah?
Jawapan 6 Thtl
Ya, sebab selepas solat kali pertama, solat di awal waktu, maka tak ada lagi coordination dengan lelaki

Soalan 7
Boleh tak makan ayam yang sudah terkena serangan anjing.lepas itu kita sembelih. Boleh makan atau tidak ayam tu?
Jawapan 7 Thtl
Ayam yang diserang anjing
Tidak boleh makan, sebab ada dua syubhah:
1. status anjing, anjing yang boleh makan gigitannya ialah anjing terlatih untuk berburu
2. ayam mesti mati kerana semelihan bukan sebab lain (gigitan anjing)

Soalan 8
Berdasarkan ‘janji manis’ untuk berkahwin, sejauh mana wanita perlu menunggu masa untuk hatinya terbuka? Jika beginilah keadaannya, apakah dikira berdosa dia tidak mahu kahwin (sampai entah bila) kerana takut disakiti lagi?
Masih tentang isu yang sama. Bolehkah berdoa agar hatinya (lelaki itu) terbuka untuknya kembali? alasannya: takut dah cuba buka hati tapi tiada juga jodoh yang sampai.
Jawapan 8 Thtl
Cinta pandang pertama (calun yang cari sendiri) atau calun yang dicadangkan oleh famili?
Cinta cari sendiri lagi mudah, sebab anda dah buat homework, dah selidik latarbelakang.Yang jadi masalah, ialah calun yang dicadangkan oleh famili.

Soalan 9
Jika wajah yang membuatmu jatuh cinta , bagaimana caramu mencintai Tuhan yang tak berupa ?
Ayat ni betul ke?
Jawapan 9 Thtl
Cinta Allah bagaimana?
cara menyintai Allah..dalilnya:
قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Katakanlah: “Jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.” Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.(AQS.Ali Imran: 31)
Tidak boleh ikut jalan tasawwuf unutk mencintai Allah kerana itu cara yang melampaui batas.
Kata Ibnu Qayyim:
“Cinta kepada Allah itu ibarat pohon dalam hati, akarnya adalah merendahkan diri di hadapan Dzat yang dicintainya, batangnya adalah mengenal nama dan sifat Allah, rantingnya adalah rasa takut kepada (siksa)Nya, daunnya adalah rasa malu terhadap-Nya, buah yang dihasilkan adalah taat kepadaNya Dan penyiramnya adalah dzikir kepadaNya. Kapanpun jika amalan-amalan tersebut berkurang maka berkurang pulalah mahabbahnya kepada Allah”. (Raudhah al-Muhibin, ms 409).

Soalan 10
Apakah dikira hukum yang sama jika lelaki yang mengingkari janji tersebut? (Sekalipun boleh dianggap ‘biasa’ lelaki ‘suka’ berjanji.ada kisah yang ana jumpa, lelaki janji nak kawin dengan perempuan itu hingga beliau menolak perkenalan dengan lelaki lain.jenuh juga, bila dah diingkari sakitnya ditanggung oleh perempuan dan nak nasihat untuk lupakan sangat susah.terutama susah nak buka hati, takut terseksa lagi katanya
Jawapan 10 Thtl
Sama, sebab akhir zaman, lelaki yang baik semakin rare species.rosaknya zaman

Soalan 11
Hal khitbah. Dari pembacaan dan apa yang saya belajar sebelum ni, apabila lelaki dan perempuan saling mempersetujui untuk diikat dengan ikatan pertunangan, dalam Islam sudah dianggap bertunang, dan lelaki lain haram untuk meminang atas pinangan saudaranya. (itu baru niat, belum diadakan majlis tunang secara rasmi).
Persoalan, manakah yang lebih kepada sunnah? Maksud saya, andaikata ada lelaki lain yang ingin melamar sebelum majlis tunang rasmi.
Jawapan 11 Thtl
pinang atas pinangan
Jika perempuan dah redha dan setuju dengan pilihan hatinya dan sudah kasi lampu hijau kepada pria untuk masuk meminang. Itu tidak dikatakan meminang menurut uruf kerana ia masih rahsia antara dua orang sahaja.
yang dikira sebagai bertunang ialah bila pihak lelaki dah masuk meminang secara rasmi. Itu barulah haram orang lain meminangnya.
Jika belum ada rombongan masuk secara rasmi, namun si gadis sudah setuju, maka dia kenalah komited denagn janjinya, sebab termasuk dosa ialah mempermainkan harapan lelaki dan sifat munafik ialah berjanji dan ia tidak kotakan. Bila bertunang secara rasmi dan dia dapati calon pilihannya tidak cocok, maka dia boleh putuskan.

Soalan 12
Rakan saya berhutang dengan saya sudah hampir 4 tahun, tetapi enggan bayar .Dia hidup bermewah-mewah sedangkan saya memerlukan wang tersebut untuk komitmen seharian Apakah hukumnya ?
Jawapan 12 Thtl
Hutang lapuk dah 4 tahun
‏عن ‏ ‏أبي هريرة ‏
‏أن رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏قال كان رجل يداين الناس فكان يقول لفتاه إذا أتيت معسرا ‏ ‏فتجاوز ‏
عنه لعل الله ‏ ‏يتجاوز ‏ ‏عنا فلقي الله ‏ ‏فتجاوز ‏ ‏عنه
Terj:
Nabi saw bersabda: Suatu ketika dahulu ada seorang lelaki yang pernah memberi hutang kepada orang ramai. Beliau berkata kepada pembantunya: Apabila kamu menagih hutang daripada orang yang dalam kesulitan, berilah kelonggaran kepadanya, semoga Allah memberi kemudahan pula kepada kita. Kemudian beliau menemui Allah, maka Allah memberi kemudahan kepadanya . HR Muslim dr Abu Hurayra
Jika dia bukan dalam kesulitan, maka kena beri peringatan dengan SMS, dengan WA dan TG

Soalan 13
Saya ada membeli 2 barang. Bila beli 2 barang saya layak mencabut cabutan bertuah sebanyak 2 kali. Jadi saya akan mendapat 2hadiah.
Soalannya sekiranya saya meminta sahabat untuk beli barang dan cabutkan cabutan bertuah untuk saya, dan berjanji, 1 hadiah untuk sahabat saya dan 1 lagi untuk saya
Kebetulan hadiah yang diperolehi 1 mahal nilainya dan lagi 1 murah harganya.
Saya ditawarkan untuk memilih salah satu hadiah tersebut. Adakah menjadi satu kesalahan sekiranya saya memilih hadiah yang mahal itu?
Jawapan 13 Thtl
Hadiah cabutan bertuah
cabutan bertuah tu dari wang anda, maka ia adalah hak anda, maka terpulang kepada anda jika dapat dua hadiah, hendak ambik yang mana satu. Ini isu keduniaan.

Soalan 14
Macam mana cara makan cuka menurut nabi saw?
Jawapan 14 Thtl
Cara Nabi makan cuka
dalil hadith:
نِعْمَ الأُدُمُ الْخَلُّ نِعْمَ الأُدُمُ الْخَلُّ
“Sebaik-baik lauk adalah cuka, sebaik-baik lauk adalah cuka.” (HR. Muslim no. 2052).
Bila Nabi tanya isteri-isterinya, apa yang ada untuk di makan, maka isterinya jawab, tak ada, yang ada hanya cuka, maka Nabi pun jawab,” cuka pun cukalah.sebaik-baik lauk adalah cuka.” ia suatu jawapan yang ringkas untuk menghilangkan rasa dukacita ahlil bayt, bahawa Nabi amat simpel, makan apa yang ada.
Maksudnya roti arab cicah cuka.
contoh: martabat dicicah dgn cuka dan bawang…itulah maksudnya. Ini kerana cuka adalah acid acetic, maka ia kena dimakan mengikut kemampuan seseorang, jika ada gastrik, maka cuka tidak boleh. Cuka di zaman salaf adalah cuka organic atau cuka asli yang diperbuat dari kurma.

Soalan 15
Apakah hukum memberi susu badan kepada bayi berumur 2 tahun untuk menjadi bayi susuan?
Jawapan 15 Thtl
Umur bayi untuk status susuan
usia bayi mesti bawah dua tahun penuh
dalil:
وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلادَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ
“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh” [QS. Al-Baqarah : 233].
dalil hadith:
لا يحرم من الرضاعة إلا ما فتق الأمعاء في الثدي، وكان قبل الفطام
“Penyusuan tidaklah mengharamkan kecuali apa yang mengenyangkan perut di masa menyusui yang dilakukan sebelum masa penyusuan (bawah dua tahun)” [HR. At-Tirmidzi no. 1152, Ibnu Hibban no. 4224, dan Ath-Thabarani dalam Al-Ausath no. 7513; disahihkan oleh Asy-Syaikh Al-Albani dalam Shahih Sunan At-Tirmidzi 1/589-590].
fatwa saudi, As-Syabakah al-Islamiyah, no. 121933

Soalan 16
Apakah hukum memberi susu badan kepada bayi tanpa pengetahuan ibu kandung bayi tersebut.?
Jawapan 16 Thtl
Menyusui bayi tanpa pengetahuan si ibu
Hukumnya harus menyusukan mana-mana bayi, tapi kenalah memberitahu ibunya jika susuan itu sampai 5 kali kenyang, kerana ia merubah status bayi menjadi anak susuan.

4 KOMEN

    • Jawapan dari Cik Aliza : Wadi ni juga keluar bila kita buat olahraga berat. Juga akan keluar bila badan terlalu penat. Sifatnya jernih dan kental. Keputihan dengan wadi tak sama. Keputihan takda sifat dan bau. Cecair yg keluar dari kemaluan wadi, keputihan atau mazi tak perlu mandi wajib. Cuma basuh kemaluan sahaja. Yang perlu mandi mani, haid dan nifas jika nak beribadah.

      wallahu’alam

      Puan berminat nak sertai bilik Fiqh Wanita?

Komen dan Soalan