Utama Bilik (05) Fiqhud Dalil Ramadhan: Apakah Kemampuan Syaitan Manusia ?

Ramadhan: Apakah Kemampuan Syaitan Manusia ?

334
0
Iklan

🔴 Ada sesiapa  dapat terang pasal syaitan yang diikat pada bulan Ramadhan?

 

♻ Ada dua maksud:

1. Literal, benar-benar diikat..

2. Setan tidak berupaya kerana meriahnya ibadat. Lagipun bila puasa, maka segala lubang untuk setan menggoda tertutup…puasa tu adalah firewall

 

Ini pendapat yang lebih rajih.

 

🔴 Dalam hadiskan dikatakan bulan puasa semua syaitan diikat ???

Pastu, sihir, saka dan lain-lain tu kan benda halus juga tapi still bebas juga dalam bulan puasa,

contohnya saka

Benarkah perkara ini?

 

♻ Kan ada dua pendapat…

 

Soalan asal anda, apakah maksud setan dibelenggu

 

Soalan kedua: Apakah aktiviti perdukunan dan sihir berkesan di bulan Ramadhan

 

Jawabnya Ya, kalau Allah izin

 

 

🔴 Maknanya…..urusan-urusan sihir ni tak dak kaitan dengan syaitan la yer?

 

♻ Ya…sebab setan manusia lain pula, yang amalkan sihir ni adalah manusia..

 

lihat AQ 2:102, harut dan marut

 

 

Contoh lain, kenapa rogol, pelacuran dan minum arak masih rancak di bulan Ramadhan…

 

Sebab ini aktiviti manusia durjana

 

🔴Adakah itu perbuatan nafsu

 

♻ ya..

 

Ok….Syukran Shaikh THTL

Nota dari http://fiqh-sunnah.blogspot.com

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

 

إِذَا دَخَلَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ جَهَنَّمَ وَسُلْسِلَتْ الشَّيَاطِينُ

 

“Apabila masuk sahaja Ramadhan, maka pintu-pintu Jannah (Syurga) pun dibuka, pintu-pintu jahannam ditutup, dan syaitan-syaitan pula dibelenggu.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 11/55, no. 3035)

 

إِذَا كَانَ أَوَّلُ لَيْلَةٍ مِنْ شَهْرِ رَمَضَانَ صُفِّدَتْ الشَّيَاطِينُ وَمَرَدَةُ الْجِنِّ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ فَلَمْ يُفْتَحْ مِنْهَا بَابٌ وَفُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ فَلَمْ يُغْلَقْ مِنْهَا بَابٌ

 

“Apabila tiba saja malam pertama bulan Ramadhan, dibelenggulah syaitan-syaitan dan jin-jin yang ganas (yang besar). Pintu-pintu Neraka ditutup dan tiada satu pun terbuka. Pintu-pintu Syurga pula dibuka dan tiada satu pun yang tertutup.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, 3/103, no. 618. Ibnu Khuzaimah, 3/188, no. 1883. Dinilai hasan oleh al-Albani)

 

Imam Ibnu Khuzaimah (Wafat: 311H) menyatakan:

 

باب ذكر البيان أن النبي صلى الله عليه و سلم إنما أراد بقوله: و صفدت الشياطين مردة الجن منهم لا جميع الشياطين إذ اسم الشياطين قد يقع على بعضهم

 

“Bab penjelasan terhadap apa yang dimaksudkan dengan Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam: “Dan dibelenggulah syaitan-syaitan yang ganas (atau besar).” Bukan merujuk kepada seluruh syaitan kerana sebutan (atau istilah) syaitan-syaitan adakalanya digunakan untuk sebahagian dari mereka.” (Shahih Ibnu Khuzaimah, 3/187)

 

Kata al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah:

 

المراد بالشياطين بعضهم وهم المردة منهم وترجم لذلك بن خزيمة في صحيحه وأورد ما أخرجه هو والترمذي والنسائي وبن ماجة والحاكم

 

“… (Berdasarkan pendapat yang lain) Apa yang dimaksudkan syaitan dalam hadis ini merujuk kepada sebahagiannya, iaitu mereka yang ganas lagi menentang. Sebab itulah Ibnu Khuzaimah membuat judul bab dalam kitab Shahihnya untuk hadis berkaitan, lalu beliau menyebutkan hadis diriwayatkannya sendiri dan juga diriwayatkan oleh at-Tirmidzi, an-Nasaa’i, Ibnu Majah, dan al-Hakim… (sebagaimana di atas).”

 

Syaitan Dibelenggu, Tetapi Kenapa Maksiat Berleluasa?

 

Imam al-Qurthubi menjelaskan:

 

فإن قيل كيف نرى الشرور والمعاصى واقعة في رمضان كثيرا فلو صفدت الشياطين لم يقع ذلك فالجواب أنها إنما تقل عن الصائمين الصوم الذي حوفظ على شروطه وروعيت ادابه أو المصفد بعض الشياطين وهم المردة لاكلهم كما تقدم في بعض الروايات أو المقصود تقليل الشرور فيه وهذا أمر محسوس فإن وقوع ذلك فيه أقل من غيره اذلا يلزم من تصفيد جميعهم أن لا يقع شر ولا معصية لأن لذلك اسبابا غير الشياطين كالنفوس الخبيثة والعادات القبيحة والشياطين الإنسية

 

“Apabila dikatakan, “Mengapa kita masih melihat kejahatan dan maksiat berlaku di bulan Ramadhan. Sekiranya syaitan dibelenggu, bukankah sepatutnya perkara seperti itu tidak akan berlaku?”

 

Maka jawabannya, “Bahawasanya gangguan syaitan hanya berkurang terhadap orang-orang berpuasa yang memelihara syarat-syarat puasa dan adab-adabnya. Atau yang dibelenggu hanya sebahagian syaitan sahaja, iaitu para penentang yang ganas dari kalangan mereka sebagaimana dinyatakan dalam sebahagian riwayat. Atau yang dimaksudkan adalah berkurangnya kejahatan dalam bulan Ramadhan, dan ini merupakan perkara yang dapat dirasakan, di mana kejahatan ketika bulan Ramadhan lebih sedikit jika dibandingkan dengan bulan-bulan selainnya. Apabila semua syaitan dibelenggu, juga tidak menjadi sebab untuk tidak akan berlakunya kejahatan dan kemaksiatan. Kerana sebab berlakunya kemaksiatan itu turut didorong oleh sejumlah faktor lainnya selain dari faktor syaitan. Boleh jadi disebabkan nafsu yang buruk, tabiat yang kotor, dan syaitan-syaitan dari kalangan manusia sendiri.” (Ibnu Hajar, Fathul Bari, 4/114)

 

Wallahu a’lam…

Komen dan Soalan