Utama Cerpen/Kisah/I'tibar Bingkisan Pagi – Nikmat vs Ujian

Bingkisan Pagi – Nikmat vs Ujian

419
0
Iklan

Assalam

Sama-sama kita meraih limpahan nikmat dari Allah sekali lagi.  Sekadar untuk peringatan pada diri sendiri untuk sehari lagi bagi mengimbangi kehidupan antara dunia dan akhirat, moga kita selamat di kedua- duanya. Sesungguhnya keimanan asas kehidupan.  Islam tunjang keperibadian. Ilmu penyuluh jalan.

Bicara Fikrah Islam…

Di kebanyakan sekarang ramai yang bertanyakan, apakah Allah itu zalim..?

Benarkah pernyataan ini??

Sesungguhnya, Dia tidak pernah menzalimi hambaNya. Sekali-kali tidak! tetapi masih wujud dalam kalangan hambaNya yang berbicara tuduhan.

“Allah tidak adil pada aku..kenapa harus aku menderita sedang orang lain bahagia??kenapa??kenapa mesti aku yang menerima nasib sebegini..kenapa bukan dia..?”

Manusia kini dibutakan oleh kabur hasutan syaitan.  Tidakkah mereka sedar betapa berjuta-juta nikmat yang dikurniakan olehNya?? adakah itu masih tidak adil?? adakah itu zalim??

Majoriti manusia buta akan definisi nikmat itu sendiri. Nikmat yang hakikatnya besar konteksnya dikecilkan kepada nikmat harta semata-mata.  Sehingga ada yang berfikir orang yang berharta adalah orang yang Allah sayang.  Allah uji dengan kemisikinan kerana Alah tidak menyayangi.

Masalahnya disini..

Tentang nikmat dan ujian..

Nikmat hakikatnya besar.  Bukan sahaja diukur pada wang ringgit akan tetapi masa lapang juga merupakan nikmat. Bukan semua individu mempunyai masa untuk diluangkan bersama keluarga atau pengabdian kepadaNya.  Tidakkah itu nikmat??

Kesihatan juga merupakan nikmat.  Bukan semua individu mendapat kesihatan yang baik. Ada yang menghidap kanser. Ada yang menghidap diabetis dan bermacam-macam lagi.  Tidakkah itu nikmat??

Tidakkah dipanggil nikmat walau miskin tapi sihat. Walau miskin tapi mempunyai banyak masa untuk mengabdikan diri kepadaNya??

Adakah nikmat andai kaya tapi menghidap pelbagai penyakit, langsung tidak mempunyai masa untuk DIA??

Tentang ujian pula.  Ramai manusia yang pandang ujian ini satu perkara yang menyusahkan. Satu perkara yang membebankan.  Padahal hakikatnya ujian dan cabaran itu satu nikmat.

Ujian itu satu nikmat??

Ya, ujian itu memang satu nikmat. Tanda Allah sayang akan hambaNya ialah Allah memberikan ujian. Ujian bukan bermakna Allah zalim ke atas hambaNya, akan tetapi ujian itu tanda Allah sedang menguji keimanan hambaNya.

Kemiskinan itu satu ujian, akan tetapi siapa sangka kekayaan juga merupakan sebuah ujian??Allah menguji hambaNya dalam pelbagai cara. Ada yang diuji dengan kekurangan harta benda. Ada yang diuji dengan harta yang melimpah ruah.  Ada yang diuji dengan kelaparan.  Ada juga yang diuji dengan kekenyangan..

Persoalannya bukan bagaimana individu itu diuji akan tetapi adakah manusia itu bersabar dan bersyukur??

Sabda Baginda:

“Orang yang beriman itu adalah apabila mendapat nikmat dia bersyukur dan apabbila dia ditimpa ujian dia akan bersabar.”

Adakah kita insan yang sabar??

Adakah kita hambaNya yang bersyukur??

Adakah kita benar-benar beriman??

Suluh Hati.  Muhasabah Diri.

Tabarakallah.

Moga membuka minda pagi ini untuk terus beriman dengan yakin pada Allah swt.

Wassalam.
Nazarudin Che Salleh 

(Kolumnis Uito.org)

Komen dan Soalan