Utama Bilik (66) Kesalahan Dalam Solat 100 Kesalahan Solat – Melafazkan Niat

100 Kesalahan Solat – Melafazkan Niat

557
0
Iklan

100 kesalahan dalam solat – 5/100

Melafazkan Niat

Tidak ada keterangan daripada Rasulullah saw atau para sahabat melakukan demikian.

Adapun hukum melafazkan niat shalat pada saat menjelang takbiratul ihram menurut kesepakatan para pengikut mazhab Imam Syafi’iy (Syafi’iyah) dan pengikut mazhab Imam Ahmad bin Hambal (Hanabilah) adalah sunnah, karena melafazkan niat sebelum takbir dapat membantu untuk mengingatkan hati sehingga membuat seseorang lebih khusyu’ dalam melaksanakan shalatnya.

Jika seseorang salah dalam melafazkan niat sehingga tidak sesuai dengan niatnya, seperti melafazkan niat shalat ‘Ashar tetapi niatnya shalat Dzuhur, maka yang dianggap adalah niatnya bukan lafaz niatnya. Sebab apa yang diucapkan oleh mulut itu (shalat ‘Ashar) bukanlah niat, ia hanya membantu mengingatkan hati. Salah ucap tidak mempengaruhi niat dalam hati sepanjang niatnya itu masih benar.

Menurut pengikut mazhab Imam Malik (Malikiyah) dan pengikut Imam Abu Hanifah (Hanafiyah) bahwa melafazkan niat shalat sebelum takbiratul ihram tidak disyari’atkan kecuali bagi orang yang terkena penyakit was-was (ragu terhadap niatnya sendiri). Menurut penjelasan Malikiyah, bahwa melafazkan niat shalat sebelum takbir menyalahi keutamaan (khilaful aula), tetapi bagi orang yang terkena penyakit was-was hukum melafazkan niat sebelum shalat adalah sunnah. Sedangkan penjelasan al Hanafiyah bahwa melafazkan niat shalat sebelum takbir adalah bid’ah, namun dianggap baik (istihsan) melafazkan niat bagi orang yang terkena penyakit was-was.

Dalil solat nabi saw.

       نْ عَائِشَةَ قَالَتْ: كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ  يَسْتَفْتِحُ الصَّلاَةَ بِالتَّكْبِيرِ.

        Dari Aishah dia berkata: “Sesungguhnya Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam membuka solatnya dengan Takbir.”( HR Muslim)

Syarat niat ialah: “Diketahui atau disedari oleh hati” kerana niat hanya bertempat di hati bukan lidah. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

      اَلنِّيَّةُ هَاهُنَا ثُمَّ اَشَارَ اِلَى صَدْرِهِ

      “Niat itu tempatnya ialah di sini, kemudian baginda menunjukkan ke arah dadanya”.

Sebelum memulakan apapun jenis ibadah, tidak perlu menyusun atau mereka-reka ayat (jumlah) niat untuk dibacakan pada setiap amal, sama ada dengan suara jahrah (kuat) atau perlahan. Penyusunan niat sehingga menjadi sebuah ayat tidak pernah berlaku di zaman Rasulullah atau zamah Salaf as-Soleh (generasi awal umat Islam).

Pendapat yang mewajibkan melafaz niat sebelum memulakan amal ibadah seperti solat dan lain-lainnya, adalah berpunca dari pandangan Abu Abdullah az-Zubairi dari kalangan ulama Syafi’e. Beliau menyangka Imam Syafi’e mewajibkan untuk melafazkan niat di dalam setiap ibadah yang akan dikerjakan. Beliau terkeliru terhadap qaul Imam asy-Syafie iaitu:

      قَالَ الشَّافِعِيُّ : اِذَا نَوَى حَجًّا وَعُمْرَةً اَجْزَاَ وَاِنْ يَتَلَفَّظَ وَلَيْسَ كَالصَّلاَةِ لاَتَصِحُّ اِلاَّ بِالنّطْقِ

     “Jika berniat untuk haji dan umrah diharuskan sekalipun dilafazkan. Dan tidak seperti solat ia tidak sah kecuali dengan dilafazkan (lafaz takbir).”

Menurut Imam an-Nawawi rahimahullah tentang ibarah (perkataan asy-Syafi’e) di atas:

      قَالَ اَصْحَابُنَا: غَلَطَ هَذَاالْقَائِلُ وَلَيْسَ مُرَادُ الشَّافِعِيُّ بِالنَّطْقِ فِىالصَّلاَةِ هَذَا بَلْ مُرَادُهُ التَّكْبِيْر

     “Berkata para sahabat kami: Telah berlaku kesilapan oleh orang yang mengatakannya, kerana bukan itu yang dimaksudkan oleh asy-Syafi’e tentang apa yang diucapkan pada solat, tetapi yang dimaksudkan ialah supaya diucapkan takbir (bukan mengucapkan niat)”. (Lihat: المجموعة. (2/234))

Berkata pula Ibn Abi al-‘Izzi al-Hanafi rahimahullah:

      لَمْ يَقُلْ اَحَدٌ مِنَ الاَئِمَّةِ الاَرْبَعَةِ ، لاَ الشَّافِعِى وَلاَ غَيْرِهِ بِاِشْرَاطِ التَلَّفُظِّ بَالنِّيَّةِ وَاِنَّمَا النِّيَّةُ مَحَلُّهَا الْقَلْبِ بِاتِّفَاقِهِمْ

“Tidak seorang pun dari para imam yang empat walaupun asy-Syafi’e dan selainnya mengisyaratkan agar melafazkan. Adapun niat itu tempatnya di hati sebagaimana dipersetujui oleh semua ulama.” (Lihat: الامر بالاتباع والنهي عن الابتداع. Hlm. 62)

Berkata Ibn al-Qaiyim rahimahullah:

كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّىاللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اِذَا قَامَ اِلَى الصَّلاَةِ قَالَ : (اَللهُ اَكْبَرُ) وَلَمْ يَقُلْ شَيْئًا قَبْلَهَا وَلاَتَلَفُّظُ بِالنِّيَّةِ . وَلاَ قَالَ : اُصَلِّيْ ِللهِ صَلاَةً كَذَا مُسْتَقْبِلَ الْقِبْلَةِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ اِمَامًا اَوْ مَاْمُوْمًا . وَلاَ قَالَ : اَدَاءً وَلاَ قَضَاءً وَلاَ فَرْضَ الْوَقْتِ . وَهَذَا عَشْرُ بِدْعٌ لَمْ يَنْقُلْ عَنْهُ اَحَدٌ قَطْ بِاِسْنَادٍ صَحِيْحٍ وَلاَضَعِيْفٍ وَلاَمُرْسَلٍ لَفْظَةً وَاحِدَةً مِنْهَا البَتَّة . بَلْ وَلاَ عَنْ اَحَدٍ مِنَ الصَّحَابَةِ وَلاَ اِسْتَحْسَنَهُ اَحَدٌ مِنَ التَّابِعِيْنَ وَلاَ اْلاَئِمَّةِ الاَرْبِعَةِ وَاِنَّمَا غَرَّ بَعْضَ الْمُتَاَخِّرِيْنَ مِنْ قَوْلِ الشَّافِعِي

“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam apabila berdiri untuk solat mengucapkan (Allahu Akbar). Tidak pernah baginda berkata sesuatu sebelumnya dan sama sekali tidak pernah melafazkan niat. Baginda tidak pernah melafazkan: Sengaja aku sembahyang menghadap kiblat empat rakaat imaman atau makmuman kerana Allah. Tidak pernah melafazkan tunai atau qadza atau difardukan kerana masuk waktu yang mana ini semua adalah bid’ah. Tidak pernah disalin (melafazkan niat) sama ada melalui (hadis) sahih, hadis lemah, dari musnad atau berupa hadis mursal walaupun satu lafaz darinya. Sebaliknya tidak pernah juga disalin walaupun dari seorang sahabat, dari sangkaan baik oleh tabiin dan tidak juga dari para imam yang empat. Namun terdapat sebilangan dari orang-orang terkemudian tergesa-gesa (kurang memahami) tentang qaul asy-Syafi’e”. (Lihat: زاد المعاد. (1/201). Ibn al-Qaiyim)

Nash-nash yang dikemukakan oleh para ulama di setiap masa menunjukkan bahawa melafazkan niat adalah bid’ah (rekaan dalam beragama/beribadah). (Lihat:مجموع الفتاوى. (22/223). Ibn Taimiyah. Lihat 10:33:17 AM  juga: فتح القدير. (1/186). Asy-Syaukani)

Sesiapa yang menyangka melafazkan niat itu sunnah dan mendakwa melafazkan niat adalah dari asy-Syafi’e, maka itu adalah suatu kesilapan. (Lihat:القول المبين فى اخطاء المصلين. Hlm. 95. Abu ‘Ubaid Masyhur bin Hasan bin Mahmud bin Salman)

Dalil sebilangan ulama’ membolehkan melafaz niat berdasar qias.

Tetapi semua sepakat nabi saw tidak melafakan niat sebelum memulakan solat.
Ikut Nabi saw paling selamat.

Komen dan Soalan