Tahqiq Kitab at Tazkirah lil Qurthubi
Kod/Bab 36-1: Bila kubur berbicara kepada penghuni yang baru tiba
(باب ما جاء في كلام القبر كل يوم وكلامه للعبد إذا وضع فيه)
الترمذي عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه . قال : دخل رسول الله صلى الله عليه و سلم مصلاه فرأى ناساً يكشرون ، فقال : أما أنكم لو أكثرتم من ذكر هاذم اللذات لشغلكم عما أرى ـ يعني الموت ـ فأكثروا ذكر هاذم اللذات : الموت . فإنه لم يأت على القبر يوم إلا تكلم فيه . فيقول : أنا بيت الغربة ، و أنا بيت الوحدة ، و أنا بيت التراب ، و أنا بيت الدود .
(Imam Abu Isa) At-Tirmidzi telah meriwayatkan daripada Abu Sa’id Al-Khudri رضي الله عنه , dia berkata: “Pernah Rasulullah ﷺ masuk ke Musala (tempat lapang di perkarangan Masjid Nabawi tempat salat jenazah dan Ied) . Di sana beliau melihat beberapa orang sedang berbicara banyak. Maka beliau bersabda, “Adapun sesungguhnya, sekiranya kamu sekalian banyak mengingat si pemutus kelazatan, yakni mati, nescaya kamu tidak akan sempat melakukan seperti yang aku lihat. Maka perbanyaklah olehmu memutus segala kelazatan, iaitu mati. Kerana sesungguhnya, tidak lewat seharipun, melainkan kubur itu berbicara mengenai dirinya, katanya, ‘Aku ini rumah pengasingan, aku ini rumah sepi, aku ini rumah debu, aku ini rumah cacing.”
فإذا دفن العبد المؤمن . قال له القبر : مرحباً و أهلاً أما إن كنت لأحب من يمشي على ظهري إلي ، فإذا وليتك اليوم و صرت إلي فسترى صنيعي بك فيتسع له مد بصره ، و يفتح له باب الجنة
“Dan apabila ada seseorang mukmin dikuburkan, maka dia (kubur) berkata, ‘Selamat datang, marhaban wa ahlan! Ketahuilah, kamu adalah orang yang berjalan di permukaanku yang paling aku sukai. Maka, bila hari ini aku sudah menguasaimu, dan kamu telah kembali kepadaku, maka akan kamu lihat apa yang aku perbuat terhadap dirimu.’ Lalu kubur itu melapangkan diri untuknya sejauh mata memandang, dan membukakan untuknya pintu Syurga.”
. و إذا دفن العبد الفاجرأو الكافر قال له القبر : لا مرحباً و لا أهلاً . أما إن كنت لأبغض من يمشي على ظهري إلي . فإذ وليتك اليوم و صرت إلي فسترى صنيعي بك قال : فيلتئم عليه حتى يلتقي و تختلف أضلاعه
“Dan apabila ada seorang jahat atau kafir di kubur, maka dia berkata: ‘Tidak ada ucapan selamat datang untukmu, laa marhaban wa laa ahlan! Ketahuilah, bahawa kamu adalah orang yang berjalan di permukaanku yang paling aku benci. Maka, bila hari ini aku telah menguasaimu, dan kamu telah kembali kepadaku, maka akan kamu lihat apa yang aku perbuat terhadap dirimu.’” Rasulullah ﷺ melanjutkan: “Maka kubur itu menghimpitnya, sampai saling menangkup dan berantakanlah tulang-belulangnya.”
قال رسول الله صلى الله عليه و سلم بأصابعه فأدخل بعضها جوف بعض . قال : و يقيض الله له تسعين تنيناً أو تسعة و تسعين لو أن واحداً منها نفخ في الأرض ما أنبتت شيئاً ما بقيت الدنيا ، فتنهشه حتى يفضى به إلى الحساب قال : قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : إنما القبر روضة من رياض الجنة أو حفرة من حفر النار قال أبو عيسى : هذا حديث غريب .
“Demikian kata Rasulullah ﷺ. Sambil menjalin jari-jarinya, yakni memasukkan yang satu kepada yang lain.” Beliau menyambung lagi, “Allah ﷻ mendatangkan untuk si kafir itu 90 ekor ular gergasi atau 99 ekor, andai kata seekor di antaranya menyembur (bisanya) ke bumi, maka bumi tidak akan menumbuhkan apa-apa [gersang] sepanjang umur dunia. Ular itu menggigitnya terus-menerus sampai datangnya hari hisab.” Bersambung pula, “Sesungguhnya kuburan tidak lain adalah salah satu daripada taman syurga, atau salah satu lubang neraka.”
(Komen Abu Isa, hadith ini gharib (indikasi kedhaifan) .
Tahqiq✍: Syaikh Al Albani menilainya amat dhaif, dhaif At Termidzi 2460
الراوي : أبو سعيد الخدري | المحدث : الألباني | المصدر : ضعيف الترمذي
الصفحة أو الرقم: 2460 | خلاصة حكم المحدث : ضعيف جداً .
Tahqiq Kitab at Tazkirah lil Qurthubi
Kod/Bab 36-2: Bila kubur berbicara kepada penghuni yang baru tiba
(باب ما جاء في كلام القبر كل يوم وكلامه للعبد إذا وضع فيه)
Athar Abdullah bin Ubaid رضي الله عنه (dhaif)
و خرج هناد بن السرى قال : حدثنا حسن الجعفي ، عن مالك بن مغول ، عن عبد الله بن عبيد بن عمير قال : يجعل الله للقبر لساناً ينطق به فيقول : ابن آدم كيف نسيتني ؟ أما علمت أني بيت الدود ، و بيت الوحدة ، و بيت الوحشة .
Dan menurut riwayat Hannad bin As-Sirri (Kufah, w.243H, guru Imam Al Bukhari, tsiqah), daripada Hasan Al-Ja’fi (w.203, Kufah), daripada Malik bin Mighwal (Kufah, w. 158H, thiqah), daripada Abdullah bin Ubaid bin Umair (Tabi’in Makkah, w.73H), dia berkata, “Allah ﷻ menjadikan kubur itu mempunyai lidah yang dapat berbicara, maka dia berkata, ‘Hai anak Adam, kenapa kamu melupakan aku? Tidak tahukah kamu, bahawa aku adalah rumah cacing, rumah sepi dan rumah sunyi?”
Takhrij✏️: Athar riwayat Hannad dalam kitabnya Al Zuhud (1/209), Ibn Tulun (w.953H, Damsyiq, Ibn Abi Dunya, Al Qubur; Nuaim bin Hammad, Al Atsar Fii Zawaid Al Zuhud, mukasurat 163 .
Tahqiq✍: Dhaif.
Ibn Rajab Al Hanbali, Ahwal Aqubur, ms , Muhaqqiq, Khalid Abdul Latif Darul Kitab Al Arabi, Beirut (أهوال القبور), dhaif, sebab Hasan Al Ja’fi atau Al Hasan Syaddad, adalah Majhul )(tiada biodata) .
Komen Ibn Tulun, sahih Maqthu’ (sanadnya sahih tetapi hanya sampai kepada tabi’in) .
Tahqiq Kitab at Tazkirah lil Qurthubi
Kod/Bab 36-3: Bila kubur berbicara kepada penghuni yang baru tiba
(باب ما جاء في كلام القبر كل يوم وكلامه للعبد إذا وضع فيه)
Hikayat Abu Umar Abdul Barr (dhaif)
و ذكر أبو عمر بن عبد البر ، روى يحيى بن جابر الطائي ، عن ابن عائذ الأزدي عن غضيف بن الحارث قال : أتيت بيت المقدس أنا و عبد الله بن عبيد بن عمير قال : فجلسنا إلى عبد الله بن عمر بن العاص فسمعته يقول : إن القبر يكلم العبد إذا وضع فيه فيقول : يا ابن آدم ما غرك بي ؟ ألم تعلم أني بيت الوحدة ؟ ألم تعلم أني بيت الظلمة ؟ ألم تعلم أني بيت الحق ؟ يا ابن آدم ما غرك بي ؟ ! لقد كنت تمشي حولي فداداً
Dan menurut riwayat Umar bin Abdul Barr (Andalusia, Maliki, w.463H) menyebutkan, Yahya bin Jabir Ath-Tha’i (qadhi Hama, Syria, w. 126H) telah meriwayatkan daripada Ibnu A’idz Al-Azdi (Tabi’in Syria, menurut Al Bukhari dan Abu Hatim, dhaif), daripada Ghudhaif bin Al-Harith (ahli Syam, sahabat kecil, tsiqah, w.63H), dia berkata: Saya pernah datang ke Baitul Maqdis bersama Abdullah bin Ubaid bin Umair (tabi’in Mekah, w.73H), dia berkata: Maka duduklah kami berdekatan Abdullah bin Amr bin Al-Ash. Saya dengar dia berkata: “Sesungguhnya kubur itu berbicara kepada manusia manakala dia dimasukkan ke dalamnya, katanya, ‘Hai anak Adam, apakah yang telah memperdayakan kamu sehingga tidak mengingati aku? Tidak tahukah kamu, bahawa aku adalah rumah sepi? Tidak tahukah kamu bahawa aku adalah rumah gelap? Tidak tahukah kamu bahawa aku adalah rumah kebenaran? Hai anak Adam, apakah yang telah memperdayakan kamu sehingga tidak mengingati aku? Kamu benar-benar berjalan di sekitarku dengan sikap bongkak.’”
. قال ابن عائذ : قلت لغضيف : ما الفداد يا أبا اسماعيل ؟ قال : كبعض مشيتك يا ابن أخي . قال غضيف : فقال لصاحبي ـ و كان أكبر مني ـ لعبد الله بن عمرو : فإن كان مؤمناً فماذا له ؟ قال : يوسع له في قبره و يجعل منزله أخضر و يعرج بروحه إلى السماء . ذكره في كتاب التمهيد
Ibnu A’idz (Al Azdi) berkata: Saya pernah bertanya kepada Ghudhaif, “Apa yang dimaksud faddaad [bongkak] hai Abu Ismail?” maka dia jawab, “Seperti sikap sebahagian kamu ketika berjalan, duhai anak saudaraku.” Lalu seorang temanku (dia lebih tua daripadaku) bertanya kepada Abdullah bin Amru, “Bagaimana kalau yang masuk kubur itu seorang mukmin?” Dia jawab, “Kuburannya dilapangkan, tempat tinggalnya dihijaukan, dan rohnya dinaikkan ke langit.”
Tahqiq✍:
Dhaif kerana terputus sanad antara Ghudaif dan Abdullah bin Amru .
Muhaqqiq, Dr Sadiq Ibrahim
(Demikian disebutkan oleh Abu Umar bin Abdul Barr dalam kitabnya, At-Tamhid; Disebutkan oleh Ibnu Thulun dalam At-Tahrir Al-Murasakh [424] dan dinisbatkan kepada Ibnu Abi Syaibah dalam Al-Mushannaf) .
Tahqiq Kitab at Tazkirah lil Qurthubi
Kod/Bab 36-4: Bila kubur berbicara kepada penghuni yang baru tiba
(باب ما جاء في كلام القبر كل يوم وكلامه للعبد إذا وضع فيه)
Hadith Abu Al Hajjaj Al Al Thumaali (dhaif)
و ذكره أبو محمد عبد الحق في كتاب العاقبة له ، عن أبي الحجاج الثمالي قال : قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : يقول القبر للميت إذا وضع فيه : ويحك يا ابن آدم ما غرك بي ؟ ألم تعلم أني بيت الفتنة . و بيت الظلمة . و بيت الدود ؟ ما غرك إذ كنت تمر بي فداداً ؟
Disebutkan pula oleh Abu Muhammad Abdul Haq (ulama Maliki Andalus, w.581H) dalam kitabnya , Al-Aqibah (ms.189), daripada Abu Al-Hajjaj Ats-Thumali (sahabat tabaqat ke 2, hama, syria), dia berkata, Rasulullah ﷺ. bersabda, “Kubur akan berkata kepada mayat (yang baru disemadikan), manakala dia dimasukkan ke dalamnya (kubur), “Celaka kamu, hai anak Adam, apa yang memperdayakan kamu sehingga tidak mengingatiku? Tidak tahukah kamu, bahawa aku adalah rumah bencana, rumah kegelapan, dan rumah cacing? Apa yang telah memperdayakan kamu ketika melewati aku dulu dengan sombong?’”
قال : فإنا كان صالحاً أجاب عنه مجيب القبر . فيقول : أرأيت إن كان ممن يأمر بالمعروف و ينهى عن المنكر ؟ قال فيقول القبر : فإني أعود عليه خضراً و يعود جسده نوراً . و تصعد روحه إلى رب العالمين
Rasulullah ﷺ bersabda, “Jika yang masuk kubur orang soleh, maka kata-kata kubur itu dijawab oleh seseorang [malaikat] di sana, katanya, “Tidakkah kamu tahu, bahawa dia termasuk mereka yang beramar makruf nahi munkar?” Maka kubur itu berkata, ‘Kalau begitu, aku benar-benar akan menjadi hijau kembali untuknya, sedangkan badannya akan kembali menjadi bercahaya, dan rohnya akan naik kepada Rabbul ‘Aalamiin.”
Takhrij/Tahqiq✍:
قال العراقي: رواه ابن أبي الدنيا في كتاب القبور والطبراني في الكبير وفي مسند الشاميين وأبو أحمد الحاكم في الكنى من حديث أبي الحجاج الثمالي بإسناد ضعيف
Al Hafiz Al Iraqi, tahqiq Ihya’ Ulumiddin hadith no 4054, HR Ibn Abi Dunya dalam Al Kubur, At Tabrani dalam Mu’jam Al Kabir dan Musnad Al Syaamin, Abu Ahmad Al Haakim daripada sanad Al Hajjaj Al Thumali dengan sanad yang dhaif.
Ulasan Al Zubaidi, muhaqqiq Al Ihya’ Ulumiddin,
قلت: بإسناد ضعيف لأن فيه أبا بكر بن أبي مريم فيه ضعف لاختلاطه وبقية مدلس وقد عنعنه وأبو الحجاج الثمالي صحابي اسمه عبد الله بن عبدو يقال ابن عابد
Sanadnya dhaif, kerana perawi bernama Abu Bakar bin Abi Maryam, kecelaruan hafalan dan mudallis (menyembunyikan perawi) dan diriwayatkan dengan sighah “an’anah” sighah atau indikasi yang kedhaifan bukan dengan sighah “Haddatsana” .
Tahqiq Kitab at Tazkirah lil Qurthubi
Kod/Bab 36-5: Bila kubur berbicara kepada penghuni yang baru tiba
(باب ما جاء في كلام القبر كل يوم وكلامه للعبد إذا وضع فيه)
Athar Abdullah bin Ubaid bin Umair (dhaif)
و ذكر ابن المبارك قال : أخبرنا داود بن ناقد قال : سمعت عبد الله بن عبيد بن عمير يقول : بلغني أن الميت يقعد في حفرته و هو يسمع وخط مشيعيه و لا يكلمه شيء أول من حفرته فتقول : ويحك يا ابن آدم قد حذرتني و حذرت ضيقي و ظلماتي . و نتني و هولي . هذا ما أعددت لك فما أعددت لي ؟
الوخط و الوخد : سرعة السير في المشي
Ibnul Mubarak (w.181 Iraqi) menyebutkan, katanya: Telah mengabarkan kepada kami, Daud bin Naqid*, daripada Abdullah bin Ubaid bin Umair (Tabi’in, w. 73H, Mekah) berkata, telah sampai kepadaku berita, bahawa mayat itu duduk di dalam lubang kuburnya, sambil mendengarkan langkah cepat para penghantar (beredar pulang). Tidak ada sesuatu yang berbicara kepadanya sejak pertama kali lubang kubur itu ditimbun. Namun tiba-tiba lubang kubur itu berkata, “Kasihan kamu hai anak Adam, kamu telah diperingatkan tentang aku, dan diperingatkan tentang betapa sempitnya aku, gelapnya aku, busuknya aku, dan mengerikannya aku. Inilah yang aku persiapkan untukmu, lalu apa yang telah kamu persiapkan untukku?”
Komen Muhaqqiq✏️:
Dhaif kerana ia munqathi’, sampai sanadnya kepada tabi’in (Abdullah bin Ubaid bin Umair.
* Al Bukhari berkata (tarikh al kabir, no 805, Daud mendengar daripada Abdullah bin Ubaid, tetapi Al Bukhari tidak komen mengenai status Daud).
Adapun erti “wakhth” dan “wakhdz” adalah langkah cepat dalam perjalanan.
Tahqiq Kitab at Tazkirah lil Qurthubi
Kod/Bab 36-6: Bila kubur berbicara kepada penghuni yang baru tiba
(باب ما جاء في كلام القبر كل يوم وكلامه للعبد إذا وضع فيه)
Athar Sufyan Ath Thauri
و قال سفيان الثوري : من أكثر من ذكر القبر وجده روضة من رياض الجنة . و من غفل عن ذكره وجده حفرة من حفر النار
Sufyan Ath-Thauri (Tabi’-tabi’in, w.161H, Basrah, Iraqi) berkata, “Barangsiapa banyak mengingati kubur, dia akan mendapatinya menjadi salah satu taman syurga. Dan barangsiapa lalai daripada mengingati kubur, dia akan mendapatinya menjadi salah satu lubang neraka.”
Takhrij✍:
1⃣. Abdul Haqq bin Abdul Rahman bin Abdullah Al Isybili Abu Muhammad, w. 581 Andalusia (عبد الحق بن عبد الرحمن بن عبد الله الإشبيلي أبو محمد) العاقبة في ذكر الموت – الإشبيلي)(1/195)
2⃣. Mulla Ali Al Qari (Herat India, w.1014H) (مرقاة المفاتيح شرح مشكاة المصابيح – ج /537/9 ) jld 9/537
3⃣. Al Ghazzali, Al Ihya’, 4/603 .
Tahqiq Kitab at Tazkirah lil Qurthubi
Kod/Bab 36-7: Bila kubur berbicara kepada penghuni yang baru tiba
(باب ما جاء في كلام القبر كل يوم وكلامه للعبد إذا وضع فيه)
Athar Ahmad bin Harb
و . و تقول : يا ابن آدم ألا تذكر طول رقادك في جوفي ، و ما بيني و بينك شيء ؟ .
Ahmad bin Harb (sufi Naisaburi, w. 234H) berkata, “Bumi hairan melihat orang yang menjadikannya sebagai alas berbaring, dan menghamparkan tilam di atasnya untuk tidur. Maka dia katakan kepadanya, ‘Hai anak Adam, tidakkah kamu ingat kelak kamu akan tidur lama dalam perutku, di mana tidak ada satu pun penghalang antara aku dan kamu?”
Takhrij✍:
Dinukil oleh Abdul Haqq Al Isybili, Al Aaqobah, 1/196 .
* Athar dalam bab pelembut hati adalah baik cuma ia bukan hadith .
Tahqiq Kitab at Tazkirah lil Qurthubi
Kod/Bab 36-8: Bila kubur berbicara kepada penghuni yang baru tiba
(باب ما جاء في كلام القبر كل يوم وكلامه للعبد إذا وضع فيه)
Athar Al Hasan (dhaif)
و روي عن الحسن البصري أنه قال : كنت خلف جنازة فاتبعتها ، حتى وصلوا بها إلى حفرتها ، فنادت امرأة فقالت : يا أهل القبور لو عرفتم من نقل إليكم لأعززتموه ؟ قال الحسن : فسمعت صوتاً من الحفرة و هو يقول : قد و الله نقل إلينا بأوزار كالجبال و قد أذن لي أن آكله حتى يعود رميماً . قال : فاضطربت الجنازة فوق النعش . و خر الحسن مغشياً عليه
Dan diriwayatkan daripada Al-Hasan Al-Bashri (Basrah, w.110), bahawa dia berkata, “Pernah saya berada di belakang suatu jenazah. Saya ikuti dia sehingga ke lubang kuburnya. Tiba-tiba seorang perempuan berseru, “Hai ahli kubur, seandainya kalian tahu siapa orang yang dipindahkan kepadamu, nescaya kalian tolak.” Lalu aku mendengar suara daripada dalam lubang kubur berkata, “Demi Allah ﷻ , dia dipindahkan kepada kami benar-benar membawa dosa-dosa seperti gunung. Tetapi aku telah diizinkan memakannya sehingga remuk.” Maka jenazah itu bergerak-gerak di atas keranda, dan Al-Hasan sendiri jatuh pengsan.
Tahqiq Dr Saddiq Ibrahim✍:
Tidak aku ketemui asal athar ini dalam mana-mana kitab melainkan dalam Al Tazkirah. Ia menggunakan jazm ruwiya (روي) bermaksud hikayat, cerita, tanpa sanad. Maka ia adalah dhaif .