Bismillah…
Note 47 : sambungan note 46
9. Denda Melanggar Sumpah :
9.1. Merdekakan seorang hamba lelaki atau wanita yang mukmin. Jika ada.
9.2. Memberi makanan kepada 10 orang miskin.. setiap seorang secupak, iaitu 600 gram.
9.3. Memberi pakaian yang biasa dipakai kepada 10 orang miskin.
10. Penutup Bagi Sumpah :
10.1. Jika seseorang berkata “Aku bersumpah demi Allah, akan melakukan begini begini..” ianya dianggap sumpah sekiranya dia berniat demikian atau tidak berniat langsung kerana lafaz tersebut lumrah digunakan untuk tujuan bersumpah.
10.2. Jika seseorang berkata kepada seseorang yang lain “Demi Allah, aku bersumpah” atau “Aku meminta engkau melakukan begini begini…” ianya dianggap sumpah jika dia maksudkan sumpah itu untuk dirinya sendiri. Kerana terkenalnya sumpah yang sedemikian oleh syarat, sunat orang lain melakukannya.
10.3. Sesiapa yang bersumpah meninggalkan perkara wajib, seperti meninggalkan solat atau puasa, atau bersumpah untuk melakukan yang haram.
10.4. Jika bersumoah tidak membuat sesuatu, seperti berjual beli dan seumpamanya. Kemudian, mewakili orang lain melakukannya, dia tidak dianggap melanggar sumoah dengan perbuatan wakilnya.
10.5. Jika bersumpah tidak akan mengahwini seseorang perempuan, kemudian mewakilkan orang lain menerima akad nikah perempuan tersebut bagi pihaknya. Dia dianggap melanggar sumpahnya kerana perkahwinan ini bukan akad semata-mata tetapi juga bermaksud matlamatnya, iaitu persetubuhan.
10.6. Orang yang bersumpah meninggalkan dua perkara, lalu dia melakukan satu daripadanya, maka tidak dianggap melanggar sumpah.
10.7. Orang yang bersumpah akan melakukan dua perkara, seperti : “Demi Allah! Aku akan memakan dua keping roti ini atau aku akan berbual dengan kedua dua orang ini.” Dianggap tidak melaksanakan sumpahanya jika hanya melakukan satu daripadanya.