Utama Bilik (10) Sembang Surau Manusia Perlu Bimbingan Allah

Manusia Perlu Bimbingan Allah

210
0
Iklan

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله على نعمه والصلوة والسلام على رسوله الكريم
اللهم انفعنا بما علمتنا و علمنا ما ينفعنا و زدنا علما
رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي
أما بعد،
Cara Mudah Belajar Islam – Siri – 2/100

Manusia Perlu Bimbingan Allah

Manusia tidak akan tahu tatacara yang benar untuk menggunakan sesuatu melainkan dengan petunjuk dan bimbingan dari yang Maha Mengetahui.

Al-Mulk:14 – Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya!

Seseorang yang tidak kenal Allah akan melakukan kerosakan dan kejahatan.  Dia tidak mengetahui Zat yang agung yg maha pemberi petunjuk menuju jalan yang benar, keuntungan dan keselamatan; Allah.

Kerosakan yang berlaku sekarang berpunca manusia jauh dari petunjuk Allah, juga tidak melaksana segala perintahNya. Mereka tidak tahu, hidup ini untuk apa? Al Quran sebagai panduan.  Saat mereka mati pun mereka tidak tahu kenapa mereka berada di dunia.

Orang yang kenal Allah, beriman kepadaNya, beriman dengan apa yang ada disisiNya, akan mendapat pertolongan dari-Nya.

Al-Ĥaj:40 – Iaitu mereka yang diusir dari kampung halamannya dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, (mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata: “Tuhan kami ialah Allah”. Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong ugamaNya (ugama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.

..bersambung – Siri 3/100

Komen dan Soalan