Telinga Bernanah
Soalan 1:
- Doktor, ada cecair seperti nanah telah keluar dari dalam telinga saya tetapi tiada rasa sakit. Sebagai rawatan alternatif, saye telah meletakkan bawang putih ke dalam telinga. Bagaimanakah caranya untuk saya menghentikan cairan nanah yang keluar itu?
- Mengapa telinga saya masih bernanah dan berdesing walaupun telah mengambil antibiotik selama seminggu?
Jawapan:
- Puan perlu berjumpa doktor dan buang bawah putih itu. Cairan nanah yang keluar dari dalam telinga adalah tanda sudah ada jangkitan dalam telinga dan perlu dirawat dengan pengambilan antibiotik.
- Sila berjumpa doktor yang sama untuk membuat pemeriksaan sekali lagi.
[Telinga bernanah selalunya berpunca daripada jangkitan kuman yang berlaku pada bahagian dalam telinga. Ia boleh disebabkan nanah yang terbentuk di belakang gegendang telinga ataupun pada saluran telinga.
Ia selalunya disebabkan jangkitan bakteria pada kawasan tersebut. Jika telinga anda mengeluarkan nanah, anda perlu berjumpa doktor dengan segera.]
https://thediagnosa.com/telinga-bernanah-punca-rawatan/
Masalah Otot dan Pengambilan Kalsium
Soalan 2:
- Doktor, apa rawatan untuk simpul biawak iaitu seperti urat bersimpul dan rasa kurang selesa dan berdenyut-denyut dan kesakitan pada lutut ketika menaiki tangga?
- Saya telah mengalami kekejangan otot ketika sedang tidur dalam keadaan suasana bilik terlalu sejuk. Kalau masalah tersebut berpunca kerana kekurangan kalsium, berapa mg perlu diambil? Bagaimana pengambilan kalsium untuk warga emas pula?
Jawapan:
- Maaf, saya kurang faham dengan simpul bawak. Jika ia bersamaan dengan kekejangan otot (muscle cramp), ini menunjukkan puan kekurangan mineral terutamanya kalsium.
- Pengambilan kalsium boleh diambil sebanyak 600 hingga 1000 mg sekali sebelum tidur.
[Kekejangan otot adalah perkara biasa dan boleh berlaku dalam pelbagai keadaan. Orang dewasa yang lebih tua dan wanita hamil biasanya mengadu kekejangan kaki semasa mereka sedang berehat atau bangun daripada tidur, atlet boleh mengalami kekejangan apabila mereka melakukan aktiviti yang menolak had ketahanan mereka, dan sesetengah orang mengalami kekejangan otot sebagai tanda keadaan perubatan yang lain. Salah satu rawatan yang berpotensi yang sudah dipasarkan untuk mengelakkan kekejangan otot adalah suplemen kalsium magnesium. Magnesium adalah mineral biasa dalam diet kita dan makanan tambahan mineral ini boleh didapati sama ada melalui Internet atau di kedai-kedai makanan kesihatan dan farmasi (biasanya dalam bentuk pil atau serbuk untuk dilarutkan di dalam air).]
https://www.cochrane.org/ms/CD009402/NEUROMUSC_magnesium-untuk-kekejangan-otot
Keperluan menyimpan ubat-ubatan
Soalan 3:
Doktor, bolehkah orang awam menyimpan stok ubat-ubatan sebagai persediaan kecemasan selain daripada yang tersenarai dalam kotak ‘First Aid’?
Jawapan:
Saya kurang pasti mengenai perkara tersebut tetapi ubat-ubatan selain daripada yang tersenarai dalam kotak ‘First Aid’ memerlukan preskripsi daripada doktor.
[Pengambilan ubat dengan kaedah yang betul amat penting bagi memastikan kesan perawatan mencapai kesan terapeutik yang diingini. Namun begitu, cara penyimpanan ubat yang selamat dan betul juga penting kerana ia dapat memastikan kualiti, keberkesanan dan keselamatan ubat terjamin.]
http://www.myhealth.gov.my/penyimpanan-ubat-yang-betul/
Masalah mata berkedip-kedip
Soalan 4:
Doktor, adakah normal jika kanak-kanak berusia 2 tahun sering mengenyit-ngenyitkan mata?
Jawapan:
Mungkin hanya ‘muscle twitch’ pada kelopak mata, atau mungkin juga disebabkan mata tidak selesa disebabkan mata yang kering kerana kurang minum air.
[Dalam istilah perubatan, ia disebut sebagai miokimia. Gerakan otot secara tiba-tiba (spasma) ini biasanya didominasi oleh kontraksi otot kelopak mata bawah dan berlaku hanya pada sebelah mata pada satu-satu masa.
Terdapat beberapa keadaan mata yang berkelip boleh berlarutan andai ada rangsangan berlebihan seperti:
- Stres dan tekanan berlebihan;
- Pengambilan kafein berlebihan;
- Gangguan tidur atau tidak cukup lena;
- Mata kering;
- Pengambilan alkohol;
- Iritasi atau radang pada permukaan biji mata atau bahagian dalam kelopak mata;
- Merokok;
- Terdedah kepada cahaya terang;
- Terdedah kepada cuaca dan angin;
- Sakit kepala atau pening; dan
- Kesan pengambilan ubatan atau rawatan tertentu.
Meskipun masalah mata berkedip tidak merbahaya, sebaiknya ambil beberapa langkah pencegahan bagi memelihara mata seperti berikut:
- Elak pengambilan minuman kafein seperti kopi, teh dan coklat.
- Tidur secukupnya. Ini termasuk hadkan penggunaan gajet atau aktiviti menonton televisyen dan video berlarutan sehingga awal pagi.
- Hentikan pengambilan alkohol kerana akibatnya sama dengan kafein yang boleh memberi kesan kepada saraf mata.
- Pengambilan air kosong mencukupi kerana masalah mata seperti mata kering, kerengsaan atau radang mata boleh berlaku akibat kekurangan air.
- Pengambilan nutrisi baik untuk mata seperti sumber makanan yang mengandungi vitamin A, B12, D dan asid lemak omega 3.
- Rawat mata dengan kaedah tuam menggunakan tuala suam apabila mata berkedip lebih kerap berbanding biasa.
- Disarankan buat urutan lembut bawah kelopak mata bagi membantu peredaran darah dan menguatkan otot mata. Namun diingatkan, jari atau tangan harus dalam keadaan bersih.]
https://www.hmetro.com.my/sihat/2019/06/470580/kerdip-sebelah-mata